omniture

GWM Memperdalam Strategi Tenaga Baharu Globalnya

GWM
2022-12-06 17:03 50

BAODING, China, 6 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada 2 Disember, GWM berjaya mengadakan Persidangan Luar Negara 2022 di Thailand. Lebih daripada 200 pengedar dari lebih 50 negara dan wilayah di serata dunia membincangkan strategi pembangunan dan perancangan tenaga baharu GWM.

GWM Memperdalam Strategi Tenaga Baharu Globalnya
GWM Memperdalam Strategi Tenaga Baharu Globalnya

GWM memiliki rantaian industri tenaga baharu yang lengkap di Thailand. Acara ini bertujuan untuk menyediakan pengalaman sehenti produk tenaga baharu, teknologi, pengeluaran, penjualan serta aspek-aspek yang lain kepada pengedar luar negara serta menyediakan templat untuk transformasi tenaga baharu di lebih banyak wilayah.

Di persidangan tersebut, wakil daripada GWM Thailand berkongsi pelaksanaan tenaga baharu yang strategik dalam pasaran tempatan. Memfokuskan kepada produk tenaga baharu, syarikat ini melancarkan produk terpelbagai yang meliputi HEV, PHEV dan BEV. Berdasarkan kepada amalan loji tenaga baharu Rayong, GWM turut membina sebuah "ekosistem hutan" yang meliputi pengeluaran kenderaan, produk pintar, perkhidmatan pengecasan dan gaya hidup pengguna.

Hanya dalam tempoh setahun, GWM telah melakar pencapaian yang luar biasa dalam pasaran ASEAN. Setakat November 2022, syarikat ini telah menyerahkan lebih daripada 13,000 kenderaan tenaga baharu di Thailand, sementara HAVAL H6 HEV mengekalkan kedudukan yang utama dari segi volum jualan dalam pasaran SUV kelas-C selama 15 bulan. Dari pangkalannya di Thailand, syarikat ini melancarkan produk tenaga baharunya di negara-negara ASEAN yang lain.

Parker Shi, Naib Presiden GWM, berkata terdapat banyak pengalaman daripada laluan pembangunan tenaga baharu yang harus kita manfaatkan di Thailand. Sebagai salah satu pasaran teras GWM, pencapaian pembangunan di Thailand akan mendorong GWM ke barisan hadapan dalam transformasi yang bersih dan lestari.

GWM turut melancarkan strategi tenaga baharunya secara global pada kadar kepantasan yang tinggi. Dalam pasaran Eropah, WEY Coffee 01 dan ORA FUNKY CAT (turut dikenali sebagai ORA GOOD CAT) telah dilancarkan secara rasmi. Kumpulan pertama WEY Coffee 01 telah dihantar dan akan diserahkan kepada pengguna Jerman. Di samping itu, syarikat ini mempunyai rancangan untuk mengembangkan pasaran Sepanyol dan Sweden bagi mempromosikan susun atur tenaga baharunya dan premiumisasi jenama. Di Amerika Selatan, GWM menyelesaikan penaiktarafan teknikal bagi kilang Brazilnya dalam bulan November tahun ini. Pencapaian ini telah meletakkan asas yang kukuh untuk pasaran global.

Digabungkan dengan pelaksanaan pantas strategi tenaga baharu ini, ia telah mendorong pengembangan perniagaan global dan juga pertumbuhan jualan. Kini, syarikat ini memiliki jaringan jualan luar negara dengan 700 wakil pengedar dan produknya telah dieksport ke lebih daripada 170 negara dan wilayah dengan volum jualan luar negara keseluruhan melebihi 1 juta. Antara Januari hingga Oktober tahun ini, volum jualan kenderaan tenaga baharu melangkaui 100,000.

GWM akan terus menggalakkan pelaksanaan strategi tenaga baharu global menerusi pelan tindakan pasaran ASEAN. Syarikat ini juga akan tekal meninjau produk tenaga baharu yang memenuhi keperluan perjalanan mesra alam pengguna global dan membawakan pengalaman yang bersih dan pintar kepada mereka.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Trade show news