omniture

Hisense Memajukan Strategi Pertumbuhan dalam Pasaran Timur Tengah, Tingkatkan Usaha Globalisasinya

Hisense
2022-12-06 20:28 92

QINGDAO, China, 6 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Hisense, salah satu kuasa yang semakin meningkat naik dalam industri perkakas rumah, telah mengambil satu lagi langkah dalam meningkatkan pengaruh globalnya. Sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022TM, jenama ini telah menggamit perhatian dunia dengan mewujudkan kehadiran yang memberi impak di stadium FIFA World CupTM yang bukan sahaja menandakan jejak Hisense yang semakin berkembang dalam pasaran Timur Tengah, tetapi turut berperanan sebagai lambang strategi globalisasi Hisense.

Papan Perimeter LED Hisense di FIFA World Cup Qatar 2022
Papan Perimeter LED Hisense di FIFA World Cup Qatar 2022

Timur Tengah Berperanan sebagai Bahagian Penting dalam Strategi Global Hisense

Sejak Hisense mula menembusi pasaran Afrika Selatan dalam tahun 1996, ia telah membina pengaruh jenama dan daya saingnya dalam pasaran Timur Tengah serta Afrika selama lebih daripada 20 tahun lamanya. Dedikasi jangka panjang ini menyaksikan Hisense mempercepatkan pertumbuhan dalam pasaran memuncul ini: Dari tahun 2017 hingga 2021, hasil jualan Hisense di Timur Tengah dan Afrika meningkat daripada 663 juta USD kepada 1.28 bilion USD, mencapai purata kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 17.88%. Pada tahun 2022, jualan Hisense di Dubai menyaksikan peningkatan 22% berbanding tahun sebelumnya dalam 10 bulan pertama.

Kedai utama pertama Hisense di Dubai
Kedai utama pertama Hisense di Dubai

"Timur Tengah telah menjadi salah satu pasaran Hisense yang berkembang paling pantas di seluruh dunia dan membentuk bahagian yang penting dalam strategi globalisasi Hisense," kata Jason Ou, Presiden Hisense MEA.

Kejayaan Hisense dalam pasaran Timur Tengah berkongsi hubungan yang tidak dapat dipisahkan dengan amalan penyetempatannya. Selama bertahun-tahun, Hisense menggabungkan usaha penyelidikan dan pembangunannya (R&D) olehnya dengan keperluan pasaran yang pelbagai, melancarkan produk premium dan setempat kepada pengguna. Dalam bulan Mac 2022, Hisense menerima "Dubai Quality Global Award" yang merupakan satu pengiktirafan rasmi untuk pencapaian cemerlang Hisense serta sumbangan yang positif terhadap pemulihan dan pembangunan ekonomi tempatan.

Tahun 2022 merupakan satu lagi tahun yang kritikal dalam skema pembangunan Timur Tengah Hisense. Tahun ini, Hisense menubuhkan kedai utama pertamanya di Dubai dan merancang untuk membuka 4 kedai utama di Timur Tengah pada tahun 2022. "Hisense menjangkakan untuk memanfaatkan kedai-kedai utama yang canggih bagi meningkatkan imej jenama Hisense sebagai sebuah syarikat multinasional yang boleh dipercayai dengan produk terunggul dan teknologi termaju," kata Ou.

FIFA World Cup Qatar 2022TM: Enjin Pertumbuhan Penting untuk Globalisasi Hisense

Menjadi penaja FIFA World Cup 2022TM ialah satu pencapaian dalam strategi globalisasi Hisense. Dengan FIFA World CupTM diadakan di Timur Tengah buat julung kalinya, Hisense berharap dapat mempererat hubungannya dengan pelanggan Timur Tengah dan meningkatkan lagi kesedaran jenama globalnya melalui kerjasama yang mendalam bersama FIFA.

Sebagai contoh, Hisense telah membantu Doha dalam membina sistem pengangkutan pintar menggunakan teknologi B2B. Projek tersebut telah berkuat kuasa semasa kejohanan ini, memastikan trafik yang cekap berdasarkan kepada trajektori GPS dan fungsi-fungsi penjejakan video waktu sebenar.

Bagi Hisense, menaja FIFA World CupTM bukan semata-mata keputusan pemasaran standard. Ia juga merupakan cara yang penting untuk mewujudkan hubungan yang autentik bersama pengguna global melalui perantaraan sukan, yang memuliakan semangat sejagat dan memecahkan halangan bahasa.

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Corporate Expansion