omniture

Bola sepak dan seni digabungkan dalam pameran NFT pertama seumpamanya

King Abdul Aziz Center for World Culture (Ithra)
2022-12-06 20:45

Pameran From Strike to Stroke di Pusat Kebudayaan Dunia Raja Abdulaziz menampilkan 64 keputusan perlawanan Piala Dunia FIFA dalam satu kerjasama unik antara manusia dan mesin

DHAHRAN, Arab Saudi, 6 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pusat Kebudayaan Dunia Raja Abdulaziz (Ithra) meraikan seni permainan yang indah dalam sebuah pameran unik di Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar. Pameran From Strike to Stroke menampilkan 64 NFT yang dihasilkan oleh 32 seniman dari negara-negara yang bersaing dalam Piala Dunia kali ini, sementara Kecerdasan Buatan (AI) menggabungkan hasil karya daripada dua buah negara yang saling bertanding dalam setiap 64 perlawanan menjadi sebuah karya unik berdasarkan keputusan perlawanan mereka. Ia akan menghasilkan koleksi karya tunggal NFT yang unik yang dicipta melalui kerjasama antara manusia dan mesin. Pameran Strike to Stroke diadakan di Msheireb Galleria Doha, Qatar sehingga 23 Disember ini.

King Abdul Aziz Center for World Culture (Ithra)
King Abdul Aziz Center for World Culture (Ithra)

Ithra yang menghubungkan budaya Arab Saudi ke seluruh dunia, membawakan keghairahan warga dunia terhadap sukan bola sepak kepada kegilaannya terhadap kesenian ini ketika mereka berhimpun untuk menyaksikan Piala Dunia. Pameran ini menggabungkan hasil karya buatan manusia dan buatan mesin serta menggabungkan kesenian, sukan dan teknologi dalam satu gaya yang inovatif.

Ia menampilkan hasil karya 32 orang seniman yang sedang meningkat naik dan seniman terkenal yang ditugaskan untuk menghasilkan sebuah karya yang mewakili negara mereka masing-masing dengan menggunakan warna-warna jersi pasukan negara mereka masing-masing. Selepas setiap perlawanan berlangsung, algoritma yang dikuasakan AI akan menggabungkan karya ciptaan para seniman dengan statistik perlawanan untuk menghasilkan karya unik yang dapat mewakili setiap permainan yang telah berlangsung. Koleksi ini akan menjadi satu set karya unik yang akan dipersembahkan sebagai NFT – token tidak sepiawai. Aset kriptografi ini dihasilkan berdasarkan kepada teknologi blok rantai dan dicipta dalam proses yang serupa dengan penghasilan mata wang kripto.

Pameran From Strike to Stroke merangkumi seniman yang tidak pernah menghasilkan NFT dan artis NFT yang tidak pernah bekerja dalam seni halus tradisional.

"Minat yang dikongsi antara para peminat bola sepak terhadap sukan yang indah ini boleh menjadi sesuatu yang bertentangan kepada minat yang dikongsi antara para peminat seni," kata Dr. Shurooq Amin dalam taklimat kurator beliau untuk pameran ini. "Dengan menghubungkan 32 orang seniman daripada bidang tradisional dan digital, Ithra bukan sahaja merapatkan jurang antara Web2 dengan Web3 serta antara sukan bola sepak dengan bidang seni, malah turut merapatkan jurang antara manusia dan mesin kerana para seniman ini bekerjasama dengan teknologi penjanaan AI untuk mencipta NFT unik yang menggabungkan seni, bola sepak dan teknologi."

Sila layari www.striketostroke.com.

Imej dan katalog pameran boleh didapati di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Ithra dan programnya, sila layari www.ithra.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1961775/Ithra_World_Cup_NFTs.jpg?p=medium600

 

Source: King Abdul Aziz Center for World Culture (Ithra)
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Sports Blockchain Financial Technology