omniture

EASY AI Menunjukkan Teknologi Penggredan Khinzir AI Dalam Semua Baka

Medicisoft
2022-12-07 08:58 43

Pembangunan teknologi penggredan AI pertama dunia boleh diaplikasikan untuk semua baka khinzir

SEOUL, Korea Selatan, 7 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Medicisoft mengumumkan kejayaan pembangunan teknologi yang baharu dalam 'penggredan AI khinzir' yang boleh diaplikasikan untuk semua baka khinzir melalui teknologi bebasnya 'EASY AI Image Vision Differentiation'.

[EASY AI] Penyelesaian AI Penggredan Khinzir
[EASY AI] Penyelesaian AI Penggredan Khinzir

EASY AI Pork Grading Solution ialah sistem yang menentukan gred terakhir (1+, 1, dsb.) berdasarkan kepada analisis imej bahagian khinzir oleh AI pada waktu sebenar selepas kamera AI pintar menangkap imej di rumah penyembelihan dan sistem pengumpulan AI mengumpul imej bangkai khinzir yang berkualiti tinggi.

Peralatan penggredan yang digunakan sebelum ini merakam bangkai khinzir dari jarak 3m, namun kamera AI pintar yang baru dibangunkan boleh merakam bangkai khinzir dari jarak 1.5m dan ini meningkatkan kecekapan ruang kerja dengan ketara. Kakitangan Medicisoft menjelaskan bahawa teknologi ini bersifat kompetitif dalam erti kata ia boleh digunakan tanpa mengira keadaan persekitaran di rumah penyembelihan dengan ruang yang sempit. Teknologi ini dibangunkan melalui usaha oleh bakat yang luar biasa dari pelbagai negara dan ia dibangunkan untuk menyasarkan pasaran global.

Teknologi penggredan EASY AI boleh diaplikasikan untuk semua baka khinzir. Teknologi ini menggamit perhatian industri ini lantaran ketepatan penggredan AInya yang mencecah lebih 99% tanpa mengira baka khinzir. Teknologi ini boleh mengurangkan masa yang diambil untuk proses penggredan dengan ketara. Penggredan ini secara tradisinya bergantung kepada pemeriksaan secara visual oleh penilai kualiti daging pada masa lalu dan ini dijangka menghasilkan lebih 50% peningkatan dari segi produktiviti kerja serta pengurangan kos penyelenggaraan.

Medicisoft menyatakan bahawa teknologi ini dilengkapi dengan kecekapan serta ketepatan yang tinggi dan ia akan menyediakan daging yang selamat kepada orang ramai di seluruh planet ini dan merombak semula industri ternakan.

EASY AI daripada Medicisoft ialah peneraju bagi teknologi AI di Korea dan pasukannya terdiri daripada pakar-pakar AI/SW yang berkelulusan ijazah sarjana dan Ph.D dan syarikat ini juga merekrut bakat-bakat yang cemerlang dari luar negara terutamanya dari Asia Tenggara untuk meneruskan persiapannya untuk berkembang menjadi sebuah syarikat ICT bertaraf global. Syarikat ini juga memberi sokongan yang aktif untuk pemindahan teknologi AI dalam bidang-bidang lain melalui perkhidmatan perundingan dan pendidikan pelaksanaan sementara contoh terkenal untuk hal ini ialah teknologi pengurusan keselamatan AI kemudahan awam (jambatan khas).

Medicisoft / Young / 82-10-8579-2394 / http://www.medicisoft.com/

Source: Medicisoft
Keywords: Computer/Electronics Food/Beverages