HONG KONG, 7 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Yidan Prize Foundation, yayasan bersifat dermawan global di sebalik anugerah pendidikan tertinggi di dunia, menganjurkan Sidang Kemuncak Yidan Prize 2022 semalam.
Guru-guru menghadapi cabaran yang lebih banyak—dan lebih rumit—berbanding sebelum ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru kita semua untuk memberi sokongan yang lebih baik kepada para guru di Sidang Kemuncak Mentransformasikan Pendidikan (Transforming Education Summit, TES) dalam bulan September. Sidang Kemuncak Yidan Prize tahun ini menghimpunkan tokoh-tokoh penting dalam bidang pendidikan, dasar dan kedermawanan untuk membincangkan apa ertinya menjadi seorang guru pada hari ini—dan akan datang.
Dalam satu siri perbincangan, ahli-ahli panel membincangkan kaedah-kaedah yang memberi kesan untuk menyokong pembangunan dan pemerkasaan pendidik, kepentingan untuk menghubungkan antara dasar pendidikan dan amalan, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran STEM dan bagaimana kolaborasi dapat memacu perubahan di bilik darjah.
Dr Charles CHEN Yidan, Pengasas Yidan Prize, berkata, "Pendidikan ialah sebuah ekosistem. Agar ekosistem ini berkembang maju, ia harus menyediakan keadaan yang mengiktraf dan menyokong tugas penting pendidik dan mengupayakan kejayaan mereka."
Dr Linda Darling-Hammond, Penerima Yidan Prize 2022 untuk Kajian Pendidikan dan Pengasas Learning Policy Institute serta ahli-ahli panel yang lain berucap di sidang panel Sidang Kemuncak Yidan Prize 2022, ‘Membentuk semula persiapan guru dalam menghadapi pandemik’
Dr Linda Darling-Hammond, Penerima Yidan Prize for Education Research 2022, disertai oleh pakar-pakar pendidikan untuk membincangkan cabaran dan peluang yang timbul dalam bidang pendidikan semasa pandemik. Beliau menekankan bahawa program persiapan guru yang berjaya mempersiapkan guru dengan jayanya bagi menghadapi dunia yang berubah-ubah, mengambil contoh daripada sistem pendidikan di China, New Zealand, Singapura dan AS. Ahli-ahli panel turut membincangkan kepentingan menghubungkan antara penyelidikan, amalan dan dasar.
Dalam panel kedua, Penerima Yidan Prize for Education Research 2020 dan Pengasas PhET Interactive Simulations, Profesor Carl Wieman, disertai oleh Dr Kathy Perkins, Pengarah PhET Interactive Simulations dan Zachariah Mbasu, Duta PhET Afrika. Mereka membincangkan bagaimana inovasi seperti simulasi matematik dan sains PhET yang interaktif dapat menjadi alat yang berkuasa di bilik darjah dengan menghapuskan halangan dan memberi peranan yang lebih aktif kepada pelajar dalam proses pembelajaran. Mereka juga berbincang tentang bagaimana program seperti PhET Fellowship dapat membantu mempercepatkan penerimaan amalan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berasaskan kajian dalam pendidikan STEM.
Profesor Yongxin Zhu, Penerima Yidan Prize 2022 untuk Pembangunan Pendidikan dan Pengasas New Education Initiative serta ahli-ahli panel yang lain berucap di sidang panel Sidang Kemuncak Yidan Prize 2022, ‘Apa ertinya menjadi seorang guru: identiti, motivasi dan kemahiran’
Dalam satu lagi panel, Profesor Yongxin Zhu, Penerima Yidan Prize for Education Development 2022, berkongsi contoh-contoh hebat motivasi guru dan amalan pembangunan profesional, memanfaatkan pengalaman selama lebih 20 tahun di New Education Initiative di China. Ahli-ahli panel berkongsi strategi untuk membina jaringan rakan setara yang mantap, yang dapat berhubung dan memperkasa guru untuk belajar daripada satu sama lain. Mereka juga berbicara tentang bagaimana hab pembelajaran dalam talian telah mengalami transformasi dan meluaskan peluang pembelajaran guru-guru secara dalam talian—kesemuanya lebih penting dalam konteks pandemik dan selanjutnya.
Sidang kemuncak berkenaan turut meninjau peranan kerdermawanan yang sedang berubah. Wakil-wakil daripada D. H. Chen Foundation dan Bei Shan Tang Foundation menekankan kepentingan untuk berkolaborasi dengan pihak berkepentingan pendidikan bagi menyokong pembangunan profesional guru tempatan mereka. Para guru daripada beberapa buah sekolah Hong Kong turut berkongsi contoh-contoh program perintis yang mempersiapkan pendidik secara proaktif untuk memupuk pelajar-pelajar yang bersedia menghadapi masa depan.
Menganugerahi Pemenang Yidan Prize 2022
Pada 4 Disember, Dr Linda Darling-Hammond dan Profesor Yongxin Zhu masing-masing dianugerahi secara rasmi Yidan Prize for Education Research 2022 dan Yidan Prize for Education Development 2022 atas usaha luar biasa mereka dalam memperkasa guru-guru dan belia kita dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam abad ke-21. Mereka menyertai komuniti pelaksana perubahan pendidikan global Yidan Prize Foundation dan juga Yidan Council of Luminaries.
Pencalonan untuk Yidan Prize 2023 dibuka
Pencalonan untuk Yidan Prize 2023 kini dibuka dan akan ditutup pada 31 Mac 2023. Yidan Prize Foundation akan menganjurkan webinar pada 18 Januari 2023 untuk berkongsi lebih banyak maklumat tentang hadiah, cara untuk menyertainya dan apa yang diinginkan oleh hakim daripada penerima hadiah.
Untuk mengetahui lebih lanjut untuk membuat pencalonan Yidan Prize, kunjungi laman sesawang Yidan Prize Foundation: https://yidanprize.org/the-prize/nominations/
LATAR BELAKANG YIDAN PRIZE FOUNDATION
Yidan Prize Foundation ialah sebuah yayasan bersifat dermawan global dengan misi untuk mencipta dunia yang lebih baik melalui pendidikan. Melalui hadiah dan jaringan penginovasinya, Yidan Prize Foundation menyokong idea dan amalan dalam bidang pendidikan—khususnya yang mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan dan masyarakat dengan positif.
Yidan Prize ialah anugerah pendidikan inklusif yang mengiktiraf individu-individu atau pasukan-pasukan yang menyumbang dengan banyak kepada teori dan praktis dalam pendidikan. Ia mengandungi dua hadiah, bekerjasama dengan harmoni: Yidan Prize for Education Research dan Yidan Prize for Education Development. Ia diwujudkan untuk mencetuskan impak: penerima-penerima hadiah menerima dana projek bernilai HK$15 juta selama tiga tahun, bagi membantu mereka meluaskan hasil kerja mereka serta pingat emas dan hadiah wang tunai sebanyak HK$15 juta (dikongsi sama rata untuk pasukan).
Untuk maklumat lanjut kunjungi yidanprize.org atau hubungi media@yidanprize.org.
Cari kami di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn.