omniture

SWAG Live Tawarkan Secara Eksklusif bahagian kandungan terakhir Selebriti Internet Malaysia MsPuiyi sebelum persaraannya

SWAG
2022-12-07 15:20 14

TAIPEI, 7 Disember 2022 /PRNewswire/ -- MsPuiyi (Siew Pui Yi), selebriti internet Malaysia yang paling popular, memiliki wajah yang cantik dan sosok tubuh yang menggiurkan. Dengan setiap langkahnya menjadi tajuk utama, beliau secara tiba-tiba mengumumkan persaraan beliau daripada OnlyFans. Mengikt perjanjian dengan SWAG, platform penstriman langsung Taiwan yang terkenal, pada harga yang tinggi, hasil kerja terakhir beliau dengan kandungan yang eksklusif akan disiarkan pada platform tersebut bermula pada hari ini (6hb).

MsPuiyi (Siew Pui Yi), selebriti internet Malaysia yang paling popular dalam hiburan dewasa menyertai SWAG Live
MsPuiyi (Siew Pui Yi), selebriti internet Malaysia yang paling popular dalam hiburan dewasa menyertai SWAG Live

Sebagai pelakon pertama di Asia Tenggara yang muncul pada muka depan majalah Penthouse di Amerika Syarikat, MsPuiyi (Siew Pui Yi), mempunyai lebih daripada 20 juta pengikut, malah telah mengatasi ramai artis atas-pentas di Singapura, Malaysia, Eropah serta Amerika Syarikat dan telah dipilih sebagai salah seorang daripada "100 Teratas Wanita Paling Seksi di Malaysia" oleh majalah Malaysia.

SWAG menyatakan bahawa MsPuiyi (Siew Pui Yi) merupakan pengguna tetap platform media sosial terkenal Taiwan PTT dan Dcard serta mengendalikan OnlyFans yang telah menarik minat puluhan ribu peminat di seluruh dunia untuk membayar dan melanggan. Memandangkan pengunduran beliau secara tiba-tiba daripada industri hiburan pada hari ini akan menjadi satu kejutan untuk peminat beliau, SWAG menghubungi beliau sebelum sidang media persaraan dan menandatangani kontrak bersama beliau dengan wang yang cukup untuk membeli sebuah rumah baharu di Taipei, Taiwan. SWAG menyatakan selanjutnya bahawa "kandungan secara langsung" yang eksklusif daripada MsPuiyi (Cik Siew Pui Yi) akan tersedia di platform berkenaan bermula pada 6 Disember.

MsPuiyi (Siew Pui Yi) berkata dengan penuh emosi dalam sidang media sebelum ini bahawa beliau akan menamatkan pengemaskinian OnlyFans dan memutuskan hubungan secara rasmi daripada industri ini bagi mengejar impian muzik beliau untuk menjadi seorang DJ. Menyatakan tekad beliau yang kuat, beliau sendiri meletupkan belon berwarna hitam dengan tag negatif dalam sidang tersebut bagi menandakan kelahiran semula. Walau bagaimanapun, berita tentang persaraan MsPuiyi (Siew Pui Yi) serta merta menarik minat lebih daripada 200,000 tanda suka pada IG dan ramai orang turut mengulas: "Bagus untuk anda, semoga yang terbaik untuk anda!", "Perancangan langkah yang hebat untuk masa depan anda!" "Saya pastinya akan menyokong anda di SWAG", "Jumpa di SWAG".

 

 

 

Source: SWAG
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Social Media