omniture

Pelancong Thai kini boleh membuat bayaran DuitNow QR di Malaysia melalui Boost

Boost
2022-12-07 19:21 43

Fasa pertama adalah untuk pelancong dari Thailand, dengan Indonesia dan Singapura dalam perancangan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh serantau Axiata yang terkemuka, dan Payments Network Malaysia (PayNet), infrastruktur rangkaian pembayaran runcit nasional hari ini mengumumkan bahawa peniaga Boost di Malaysia kini boleh menerima bayaran rentas sempadan daripada pelancong Thailand melalui DuitNow QR.

Pelancong Thailand kini boleh membuat pembayaran tanpa tunai dengan eDompet masing-masing melalui Boost DuitNow QR
Pelancong Thailand kini boleh membuat pembayaran tanpa tunai dengan eDompet masing-masing melalui Boost DuitNow QR

Ciri baharu ini menjadikannya lebih mudah untuk pelancong membuat bayaran tanpa tunai di negara ini dengan eDompet mereka sendiri. Para pelancong akan hanya perlu mengimbas kod Boost DuitNow QR, kemudian menerima permintaan untuk memasukkan amaun belian mereka dalam nilai Ringgit Malaysia (MYR). Penukaran automatik kemudiannya akan ditolak daripada eDompet negara mereka.

Dalam fasa pertama, kemudahan ini kini tersedia untuk pelancong Thai melalui aplikasi bayaran mudah alih institusi kewangan yang mengambil bahagian daripada CIMB Thai, Siam Commercial Bank, Bangkok Bank, Krungthai Bank dan Bank of Ayudhya.

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, berkata: "Di Boost, kami sentiasa berada di barisan hadapan dalam usaha menginovasi penyelesaian pembayaran digital kami untuk memberi manfaat kepada peniaga dan menyediakan pilihan pembayaran yang dipermudah untuk pembeli belah tempatan. Hari ini, kami teruja untuk menawarkan pilihan ini kepada pelancong serantau melalui kolaborasi kami bersama rangkaian pembayaran rentas sempadan PayNet yang luas. Tawaran baharu dalam pasaran ini akan menyediakan peniaga kami dengan kelebihan untuk meluaskan jaringan pelanggan mereka, sementara pelancong pula boleh menikmati transaksi yang dipermudah dalam mata wang mereka sendiri. Kami menyasarkan untuk menyertakan penerimaan pembayaran QR rentas sempadan kepada pelancong Indonesia dan Singapura berserta wilayah-wilayah lain dalam liputan PayNet beberapa bulan akan datang."

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, En Farhan Ahmad, "Peranan kami adalah untuk mengupayakan pembayaran digital yang lancar, boleh dicapai dan mudah dengan cara yang selamat, terjamin dan cekap. Ini termasuk kebolehoperasian rentas sempadan bagi pembayaran runcit, khususnya antara negara-negara ASEAN. Kami gembira kerana peserta ekosistem kami, Boost, telah membuka jalan untuk pelancong dari Thailand membuat bayaran rentas sempadan melalui DuitNow QR. Kemudahan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada industri pelancongan Malaysia tetapi juga mikro-PKS kami dan peruncit-peruncit lain yang selanjutnya meningkatkan aktiviti dan pertumbuhan ekonomi. Kesan dan impak berganda daripada pengupayaan sedemikian adalah sangat besar. Ini merupakan permulaan yang sangat baik."

Hampir 200,000 peniaga Boost DuitNow QR boleh ditemui dengan mudah di tempat berkunjung pelancong popular di sekitar Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, antaranya.

Source: Boost
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services