CHENNAI, India, 6 Disember 2022 /PRNewswire/-- Apollo Proton Cancer Centre (APCC) baru-baru ini melakukan pembedahan pintasan otak yang pertama di Asia ke atas dua orang kanak-kanak kembar berumur 8 tahun dari Belanda. Teknologi dan kepakaran canggih yang disepadukan di APCC membantu kanak-kanak tersebut menjalani pembedahan dan pulih dengan cepat.
Kes pertama bagi penyakit Moya Moya yang disaksikan di Asia -- sejenis penyakit gangguan salur darah (vaskular) jarang jumpa di mana arteri karotid dalam tengkorak tersumbat atau mengecil -- lalu mengurangkan aliran darah ke otak. Keadaan ini didiagnosis pada sepasang kanak-kanak perempuan kembar berumur lapan tahun. Tahun demi tahun, salah seorang pasangan kembar ini telah mengalami gejala yang kurang jelas seperti pergerakan yang tersentak-sentak pada tangan dan kaki kanan. Imbasan otak MRI yang diminta, menunjukkan bahawa bekalan darah ke otak telah terjejas dengan teruk di kedua-dua belah otak, terutamanya pada otak kiri. Episod-episod ini yang pada asalnya dianggap sebagai sawan adalah satu siri strok ringan yang sering digelar 'epilepsi menggetarkan anggota badan' yang menandakan bahawa terdapat gangguan aliran darah ke otak. Memandangkan kedua-dua kanak-kanak perempuan ini adalah pasangan kembar, otak mereka diimbas dan menunjukkan penemuan MRI yang serupa. Kanak-kanak ini diperiksa oleh seorang pakar perubatan neuro kanan, yang mendiagnosis keadaan ini sebagai penyakit Moya Moya.
Pasukan neuro-sains ini diketuai oleh Dr. Roopesh Kumar, Perunding Kanan Pakar Bedah Neuro APCC, yang memeriksa kanak-kanak ini selanjutnya menggunakan MRI perfusi otak. Penemuan ini hampir sama pada kedua-dua pasangan kembar dan otak kiri lebih terjejas daripada otak kanan. Disebabkan kekurangan ubat untuk penyakit ini, para doktor menawarkan intervensi pembedahan melalui pembedahan pintasan otak di mana bekalan darah dari kulit kepala dialihkan ke dalam otak melalui tetingkap yang dibuat pada tulang tengkorak. Pembedahan pintasan STA - MCA ini mula-mula dilaksanakan pada kanak-kanak yang bergejala. Dan pada hari kedua, kanak-kanak yang seorang lagi turut menjalani prosedur yang sama.
Dr. Roopesh Kumar, Perunding Kanan Pakar Bedah Neuro, Apollo Proton Cancer Centre berkata, "Pembedahan untuk memastikan aliran darah yang baik pada otak kiri dan mengurangkan risiko strok hingga ke tahap minimum ini telah berjaya dan diterima dengan baik oleh tubuh badan. Keputusan yang cepat untuk menjalankan pembedahan yang rumit ini telah membantu menyelamatkan nyawa tepat pada masanya. Di APCC, kes-kes berisiko tinggi diuruskan di pusat tertiari khusus dengan kemudahan yang sangat baik. Teknik pembedahan dan ketersediaan teknologi canggih serta kepakaran yang ada meningkatkan peluang untuk menyelamatkan nyawa pesakit walaupun mereka mengalami komplikasi yang kritikal."
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1962604/APCC.jpg?p=medium600