omniture

Pertunjukan Udara Antarabangsa Bali 2024 - Bagi menyokong Industri Penerbangan Bebas dan Mengambil Bahagian dalam Mempercepatkan Prestasi Eksport Negara

Bali International Airshow
2022-12-08 19:14 75
  • Pertunjukan Udara Antarabangsa Bali 2024 bakal diadakan dalam bulan September 2024 dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Indonesia
  • Pertunjukan Udara Antarabangsa yang bertujuan untuk menyokong pembangunan industri penerbangan Indonesia

BALI, Indonesia, 8 Disember 2022 /PRNewswire/ -- PT Inaro Tujuh Belas dengan kerjasama Menteri Maritim dan Pelaburan Indonesia, hari ini mengumumkan penganjuran Pertunjukan Udara Antarabangsa Bali (Bali International Airshow) 2024, pada bulan September 2024.

(left-right): Andy Wismarsyah, President Director of PT Inaro 17; Elaine Chia, CEO of Comexposium Asia Pacific; Seno Adhi Damono, Director of PT Inaro 17. Witnessed by the Indonesian Coordinating Minister for Maritime Affairs and Investment, Luhut Binsar Pandjaitan.
(left-right): Andy Wismarsyah, President Director of PT Inaro 17; Elaine Chia, CEO of Comexposium Asia Pacific; Seno Adhi Damono, Director of PT Inaro 17. Witnessed by the Indonesian Coordinating Minister for Maritime Affairs and Investment, Luhut Binsar Pandjaitan.

Sebagai sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 170,000 pulau, pengangkutan udara di Indonesia merupakan satu keperluan yang sangat penting untuk pergerakan penumpang serta kargo. Walaupun semasa pandemik, pergerakan penghantaran karbon adalah stabil, menggambarkan peningkatan pesat dalam pertumbuhan penerbangan di Indonesia.

Luhut Binsar Panjaitan, Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan Indonesia, berkata bahawa "Indonesia, yang terdiri daripada 17,000 pulau, memerlukan pelaburan signifikan untuk mempercepatkan industri penerbangan domestik. Ketika ini, Indonesia mempunyai 673 lapangan terbang dengan pelbagai saiz di pelbagai kawasan, pembangunan dan pengurusan yang akan memerlukan dana yang banyak. Bahkan, bilangan lapangan terbang perlu ditambah, dengan mengambil kira banyak kawasan terpencil akan dapat diakses dengan mudah oleh pengangkutan udara. Justeru itu, Pertunjukan Udara Antarabangsa Bali diperlukan untuk mencapai matlamat pembangunan industri penerbangan Indonesia."

Pertunjukan Udara Antarabangsa Bali 2024 dijangka akan menjadi tempat pertemuan untuk perniagaan penerbangan daripada lingkungan domestik dan asing. Menggalakkan kerjasama dua hala antara Indonesia dan negara-negara lain di rantau Asia Pasifik, Eropah dan AS, dalam pelaburan serta perolehan pengangkutan udara yang ketika ini amat diperlukan untuk keperluan komersial dan domestik bagi meningkatkan kekuatan ketenteraan Indonesia.

Andy Wismarsyah, Pengarah Presiden PT Inaro Tujuh Belas, berkata bahawa "Kami bersyukur kerana bersama-sama Kerajaan, kami merancang untuk mengadakan Pertunjukan Udara Antarabangsa Bali 2024. Kami berharap agar Pertunjukan Udara Antarabangsa Bali akan memberi peluang kepada para pengusaha perniagaan penerbangan antarabangsa untuk melihat potensi industri penerbangan Indonesia. Bagi memberi peluang kepada mereka yang melabur untuk meningkatkan industri penerbangan Indonesia, yang mana akhirnya, akan mempromosikan nama Indonesia dalam penganjuran pertunjukan industri penerbangan global."

Bagi mencapai tujuan tersebut, sebagai persiapan dan pelaksanaan, Pertunjukan Udara Antarabangsa Bali akan menerima input dan arahan daripada Dr. Ing. H. Ilham Akbar Habibie, Dip.Ing., M.B.A., pakar penerbangan Indonesia, yang akan berkhidmat dalam Lembaga Penasihat untuk Pertunjukan Udara Antarabangsa Bali 2024.

Hubungan Media:

Andy Wismarsyah
Telefon Bimbit: +628161812171
E-mel: andy@api-event.com

www.baliairshow.com

Source: Bali International Airshow
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Transportation Travel