omniture

CGTN: China mengiringi jenazah Komrad Jiang Zemin, mengumpul kekuatan untuk mara ke hadapan

CGTN
2022-12-08 20:15 45

BEIJING, 8 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Rakyat Cina diselubungi kesedihan setelah mendengar berita tentang kematian bekas pemimpin mereka Jiang Zemin yang meninggal dunia pada 30 November di Shanghai pada usia 96 tahun.

Rakyat dari seluruh negara ini memberi penghormatan senyap selama tiga minit pada pagi Selasa apabila sesi berkabung diadakan dalam satu pertemuan peringatan yang suram.

Berucap di pertemuan peringatan di Dewan Besar Rakyat di Beijing, Presiden Cina Xi Jinping berkata pada hari Selasa bahawa "Kami menjunjung tinggi Komrad Jiang Zemin dan menghargai memori bersama Komrad Jiang Zemin kerana beliau mengabdikan hidup beliau kepada rakyat Cina dan bekerja tanpa mengenal penat lelah sepanjang hayat beliau untuk menyumbang kepada perjuangan kemerdekaan negara dan pembebasan rakyat dan kepada kemakmuran negara kita serta kesejahteraan rakyat."

Kehidupan Jiang Zemin yang hebat dan mulia

Dalam eulogi beliau, Xi memuji kehidupan Jiang yang mulia, berkata bahawa pencapaian hebat Parti dan negara ini selama 13 tahun sejak sesi pleno keempat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) ke-13 tidak dapat dipisahkan daripada bakat hebat, peranan penting dan seni kepimpinan politik Jiang yang luar biasa sebagai seorang negarawan penganut Marxisme.

Xi menyatakan bahawa dalam menghadapi persekitaran yang rumit baik di luar negara mahupun di dalam negara, Jianglah yang menerajui kepimpinan kolektif pusat CPC bagi menyatukan Parti dan rakyat China daripada semua kumpulan etnik untuk mendukung dan membangunkan sosialisme tanpa berbelah bahagi dengan ciri-ciri Cina.

Selain daripada mencatatkan pencapaian yang besar dalam memimpin pemodenan pertahanan negara dan angkatan tentera, Jiang turut mengumpul kebijaksanaan daripada seluruh Parti untuk merumuskan Teori Tiga Perwakilan, menurut Xi.

Teori Tiga Perwakilan menyatakan bahawa Parti sentiasa mewakili tuntutan pembangunan kuasa produktif China yang termaju, orientasi untuk budaya maju China dan kepentingan asas majoriti terbesar rakyat Cina seumpamanya.

Xi menekankan sumbangan luar biasa teori tersebut, menegaskan bahawa ia seterusnya menjawab persoalan tentang apa itu sosialisme dan bagaimana untuk membangunkannya dan menumpukan perhatian secara kreatif kepada jenis Parti untuk dibangunkan dan bagaimana untuk membangunkannya. "Ia telah memperdalam pemahaman tentang peraturan untuk memajukan perjuangan sosialisme dengan ciri-ciri Cina dan mengukuhkan pembinaan Parti dalam keadaan baharu."

Xi turut memuji Jiang kerana memimpin negara ini untuk menangani beberapa kecemasan antarabangsa berhubung kedaulatan dan keselamatan China, menangani kesukaran dan risiko yang timbul dalam lingkungan politik dan ekonomi serta yang dibawa oleh bencana alam dan khususnya mengatasi impak krisis kewangan Asia dengan jayanya dan meraih kemenangan yang lengkap dalam usaha bantuan bencana semasa kejadian banjir pada tahun 1998.

Jiang menjamin gandingan yang hebat antara reformasi, pembukaan dan pemodenan sosialis China mara ke hadapan di atas landasan yang betul, kata Xi.

Ucapan takziah mencurah-curah dari dalam, luar negara 

Sejurus selepas kematian Jiang Zemin diumumkan, ratusan jambangan bunga dapat dilihat di tempat-tempat penting dalam hidup mendiang pemimpin Cina itu.

Penghormataan dalam bentuk bunga diletakkan di ambang pintu kediaman Jiang di kampung halaman beliau, Yangzhou, Wilayah Jiangsu serta di dataran Shanghai Jiao Tong University, alma mater beliau.

Pada hari Isnin, rakyat daripada semua lapisan masyarakat di Beijing beratur di jalan-jalan untuk mengiringi jenazah Komrad Jiang, melahirkan rasa dukacita yang mendalam ketika kereta jenazah melakukan perjalanan dari Hospital Besar PLA Cina ke Tanah Perkuburan Revolusioner Babaoshan.

Di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) dan Macau SAR, orang ramai daripada semua lapisan masyarakat pergi ke Pejabat Perhubungan kedua-dua SAR itu untuk mengucapkan takziah.

Eric Chu, pengerusi parti Kuomintang Cina, serta rakan-rakan senegara Taiwan di tanah besar ini, turut mengucapkan takziah atas kematian Jiang.

Pemimpin-pemimpin dari banyak negara dan organisasi antarabangsa juga merakamkan ucapan takziah mereka melalui telefon, surat dan kaedah lain kepada Presiden Xi berhubung kematian Jiang.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata bahawa Jiang menyokong sepenuhnya penglibatan antarabangsa China, menggalakkan kemajuan ekonomi China yang hebat dan kejayaan penembusannya ke dalam World Trade Organization dan memimpin China dalam penganjuran Persidangan Wanita Sedunia Keempat yang penting.

Mengubah kesedihan menjadi tindakan positif

Mengambil maklum bahawa kematian Jiang merupakan satu kehilangan yang tidak ternilai kepada Parti, anggota tentera dan rakyat Cina daripada semua kumpulan etnik, Xi menyeru seluruh Parti, seluruh angkatan tentera dan rakyat daripada semua kumpulan etnik untuk menukarkan kesedihan menjadi kekuatan, meneruskan legasi Jiang dan meluahkan kesedihan mereka dengan tindakan yang konkrit.

Beliau menggesa negara ini untuk belajar daripada semangat revolusioner Jiang, menyeru untuk berusaha secara bersatu-padu bagi membina sebuah negara sosialis moden dalam semua aspek dan memajukan penggiatan semula bangsa Cina yang hebat dalam semua bidang.

"Rakyat merupakan kuasa asas yang menentukan Parti kita dan masa depan negara," kata Xi apabila menegaskan keperluan untuk sentiasa mengutamakan rakyat. Beliau turut menyeru reformasi dan pembukaan langkah yang penting dalam menentukan masa depan dan nasib China yang kontemporari.

"Pembangunan China tidak dapat dicapai tanpa dunia dan dunia juga memerlukan China untuk kemakmurannya," kata presiden Cina, menambah bahawa negara ini akan terus komited untuk menggalakkan keamanan, pembangunan, kerjasama dan faedah bersama serta berusaha untuk membina jenis hubungan antarabangsa yang baharu serta komuniti insan dengan masa depan yang dikongsi bersama.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-06/China-sees-off-Comrade-Jiang-pooling-strength-for-striving-forward-1fy7y2mCvzq/index.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Obituary