omniture

Penyedia Penyelesaian Penyahkarbonan 3DOM Singapore dedahkan nama baharu, "noco-noco"

noco-noco
2022-12-08 20:47 110

Syarikat akan mempercepatkan penyelesaian untuk masalah alam sekitar melalui model perniagaan dan teknologi yang menekankan nilai ke atas kelanjutan usia dalam jangka hayat produk

SINGAPURA, 8 Disember 2022 /PRNewswire/ -- noco-noco Pte. Ltd. ("noco-noco"), penyedia penyelesaian penyahkarbonan berpangkalan di Singapura, mengumumkan nama syarikat baharu mereka pada hari ini. Nama noco-noco, satu permainan kata untuk "tiada CO2", menegaskan komitmen syarikat terhadap dasar "tiada CO2" yang sebenar. Sebelum ini dikenali sebagai 3DOM Singapore, subsidiari di bawah syarikat induk 3DOM Alliance Inc. ("3DOM Alliance") Jepun, penjenamaan semula kepada noco-noco ini menandakan kematangan apabila syarikat ini beralih untuk menawarkan penyelesaian yang komprehensif bagi menangani masalah penyahkarbonan dan isu-isu alam sekitar. Masataka Matsumura, Ketua Pegawai Eksekutif noco-noco dan Presiden 3DOM Alliance, memperkukuh pasukan noco-noco dengan penambahan 55 ahli profesional perniagaan, kakitangan IT dan jurutera dari Jepun untuk memacu perniagaan ini ke hadapan. Slogan baharu mereka "Memacu masa depan tanpa CO2 dengan kecerdasan dan jiwa" menandakan mereka berada di barisan hadapan teknologi dan mengemudi pergerakan menuju penyahkarbonan.

Mendefinisikan Semula Bateri sebagai Infrastruktur Sosial

Syarikat induk noco-noco, 3DOM Alliance, merupakan peneraju bagi kecanggihan pembangunan bateri. Pemahaman yang mendalam terhadap bidang ini telah mendedahkan pentingnya untuk memposisikan semula bateri dalam masyarakat. Justeru itu, noco-noco mendefinisikan semula bateri sebagai infrastruktur yang mengoptimumkan data dan kuasa, yang bukan hanya peranti storan untuk kegunaan elektrik. Bateri generasi seterusnya daripada noco-noco mempunyai otak (kecerdasan) dan akan berfungsi sebagai peranti Internet Pelbagai Benda (IoT) yang tidak "dimiliki" tetapi "digunakan" dalam pelbagai aplikasi, yang melaluinya ia mengumpul data, mengoptimumkan penggunaan kuasa dan berfungsi sebagai infrastruktur untuk meningkatkan kecekapan masyarakat secara keseluruhan.

Matsumura mengulas, "Sekiranya kami membina platform IoT, kami akan dapat meningkatkan kadar penggunaan setiap 'benda' dan memastikan bilangan minimum peranti yang diperlukan. Kami percaya bahawa kami dapat mengurangkan emisi CO2 melalui pengelektrikan dan dengan meningkatkan kecekapan masyarakat keseluruhan menggunakan IoT. Meskipun IoT menjadikan hidup lebih mudah, kita tidak seharusnya lupa bahawa lebih banyak peranti IoT bererti lebih banyak penggunaan awan, yang akan memudaratkan alam sekitar. Kami bersifat unik kerana kami mentransformasikan bateri yang akan membentuk teras bagi era IoT, menjadi sebuah infrastruktur, seterusnya menyelesaikan isu-isu alam sekitar dengan mengoperasikan IoT dengan peranti paling sedikit yang mungkin dan kadar penggunaan maksimum, tanpa bergantung pada awan." Dengan cara ini, noco-noco merupakan sebuah syarikat IoT yang berjanji untuk mengubah keadaan penyahkarbonan.

Mekanisme Baharu untuk Merangsang Pertumbuhan Mampan, Yang Melaluinya Produk Bertahan Lebih Lama Menjana Lebih Banyak Hasil

"Sejak Revolusi Perindustrian, sistem ekonomi pengeluaran berlebihan massa dan penggunaan berlebihan tanpa pertimbangan yang cukup terhadap emisi CO2 merupakan punca isu-isu alam sekitar. Dasar tenaga tidak boleh dipandang sebelah mata dan masyarakat harus menuntut kebertanggungjawaban yang lebih besar daripada perniagaan untuk menjauhi pembuatan produk jangka pendek bagi membendung emisi CO2," ujar Matsumura. "Kita masih berpeluang untuk mencegah perubahan iklim yang tidak dapat dibalikkan. Kami ingin menyokong set nilai baharu yang mengutamakan hayat produk yang panjang dan mencipta rantaian bekalan baharu."

noco-noco mencadangkan model perniagaan "Perkongsian Data & Keuntungan" ("DPS") baharu yang meninggalkan jualan yang dijana oleh kuantiti produk jangka pendek yang banyak untuk sebaliknya memberi tumpuan bagi melanjutkan hayat produk yang disediakan kepada pengguna sebagai perkhidmatan. Maklumat dan keuntungan dikongsi antara syarikat-syarikat yang telah menyumbang untuk melanjutkan hayat produk. Model perniagaan ini bukan sahaja mewujudkan rantaian bekalan yang rata dan terbuka, tetapi turut berpotensi untuk mencetuskan kejayaan teknologi apabila maklumat berhubung penggunaan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dikongsi.

Memperkenalkan Siri Penyelesaian Penyahkarbonan Boleh Dilaksana, Sebelum Masa Berakhir untuk Planet Kita

noco-noco telah mencipta platform berdasarkan kepada model perniagaan DPS yang mengkhusus dalam penciptaan dan penggunaan produk tahan lama. Syarikat ini merancang untuk menghidupkan konsep tersebut melalui projek-projek di Thailand dan Filipina masing-masing bermula dalam bulan Disember 2022 dan Januari 2023. noco-noco akan turut mempersembahkan peranti IoT revolusioner yang membolehkan manusia dan peranti berkomunikasi "dengan bebas" di CES (Pameran Elektronik Pengguna) 2023 pada bulan Januari akan datang ini di Las Vegas. noco-noco akan mempersembahkan visi idealnya untuk dunia, diperlihatkan oleh konsep yang jelas untuk repatriasi awan dan pendemokrasian maklumat (pemilikan individu terhadap maklumat peribadi) bagi menangani masalah yang mungkin timbul pada masa akan datang yang mana segala-galanya bermula dari rumah hingga bandar dijadikan "pintar".

Dengan menggunakan platform tersebut, noco-noco akan menawarkan tiga penyelesaian yang amat berkait rapat:

·  X-SEPA  teknologi pemisah perintis daripada 3DOM Alliance

·  noco-noco – perkhidmatan pajakan neutral-karbon untuk bateri dan kenderaan elektrik (EV)

·  noco-noco+  sistem pengurusan tenaga pintar dikawal data

noco-noco akan menawarkan teknologi pemisah revolusioner, hasil daripada lapan tahun usaha yang berdedikasi oleh 3DOM Alliance kepada pelbagai rakan kongsi termasuk pengeluar bateri dan mobiliti melalui model perniagaan DPS. noco-noco akan membeli bateri dan EV daripada rakan-rakan kongsi berkenaan dan menggunakan perkhidmatan neutral karbon secara progresif untuk penggunaan yang mengutamakan bateri dan hayat kedua, kemudian berkongsi data yang dikumpul melalui perantai IoT yang dipasang bersama rakan-rakan kongsi X-SEPA bagi meningkatkan lagi kualiti dan jangka hayat bateri.

Dengan cara ini, noco-noco akan beralih kepada model edaran yang melaluinya bilangan optimum bateri hayat panjang digunakan secara maksimum dan keuntungan dikongsi sepanjang hayat bateri, seterusnya beralih daripada pengeluaran massa dan penggunaan massa. "Kami percaya dengan menawarkan siri penyelesaian penyahkarbonan dengan tiada kos tambahan kepada pengguna, kami dapat memberi nafas baharu kepada usaha penyahkarbonan yang bergerak perlahan. Kami menyasarkan untuk menghimpunkan rakan kongsi yang berkongsi visi yang sama dengan kami dan berusaha dengan pantas untuk mentransformasikan rantaian bekalan dan membangunkan penyelesaian penyahkarbonan yang dapat disediakan tanpa kos tambahan kepada pengguna," ulas Matsumura.

Ikuti dan Hubungi Kami

Untuk kemas kini mutakhir, kunjungi noco-noco.com dan www.linkedin.com/company/noco-noco, atau emelkan kepada kami di contactus@noco-noco.com

 

 

Source: noco-noco
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services