omniture

Jenama Premium Yili SATINE Beri Respons kepada Seruan COP15 untuk Membina Masa Depan Bersama buat Semua Hidupan di Bumi dengan Komitmen Berterusannya untuk Memelihara Biodiversiti

SATINE
2022-12-08 21:36 14

Yili Group Mengamalkan Konsep Kelestarian melalui Penyertaan dalam COP 15

MONTREAL, 8 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada 7 Disember, syarikat gergasi tenusu global Yili Group menghadiri sesi kedua Persidangan ke-15 Pihak-pihak (COP15) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan di Montreal, Kanada atas jemputan daripada penganjur acara tersebut. Untuk memberi respons kepada seruan COP15 untuk "Membina Masa Depan Bersama buat Semua Hidupan di Bumi", pembuat produk tenusu ini telah menjadikan kelestarian sebagai bahagian yang penting dalam komitmennya untuk menggalakkan pembinaan tamadun ekologi global.

Yili’s Premium Brand SATINE Responds to COP15's Call to Build a Shared Future for All Life on Earth with Its Ongoing Commitment to Preserving Biodiversity
Yili’s Premium Brand SATINE Responds to COP15's Call to Build a Shared Future for All Life on Earth with Its Ongoing Commitment to Preserving Biodiversity

Bagi membantu merealisasikan wawasan untuk mencapai keharmonian antara manusia dan alam semula jadi, SATINE, jenama premium Yili yang berdedikasi untuk mencipta susu organik yang berkualiti tinggi di China, baru-baru ini merancang dan mengadakan satu siri acara yang diwujudkan untuk menyeru dan meningkatkan perlindungan terhadap biodiversiti sebagai respons kepada inisiatif kelestarian kumpulan ini, termasuk penggambaran dokumentari tentang kepentingan ekosistem padang rumput dan penganjuran acara luar talian yang menyeru untuk melindungi planet ini.

Bulan lalu, SATINE, melalui jalinan kerjasama dengan China National Traditional Orchestra, mengeluarkan sekuel dokumentari ekosistem padang rumput Homeland II bersama penyanyi pop terkenal Li Yuchun yang menyanyikan lagu tema. Sekuel tersebut, mencerminkan pesanan yang sama seperti acara Confession of Love for the Earth yang diadakan bersama-sama China Environmental Protection Foundation dalam separuh pertama tahun ini, memberi peluang kepada khalayak untuk mengalami keindahan kewujudan bersama yang organik dengan alam semula jadi dan menemui erti sebenar pelan tindakan SATINE untuk gaya hidup yang organik.

Sementara itu, jenama ini melancarkan pembungkusan pencetakan tanpa dakwat (NIP) pertama, sesuai dinamakan Confession of Love for the Earth, sebagai langkah pertama dalam program yang lebih luas untuk meninjau dan terlibat dalam laluan baharu untuk perlindungan terhadap alam sekitar dan pengurangan karbon dalam seluruh industri tenusu.

Membuat keputusan bermaklumat apabila melibatkan perlindungan terhadap alam sekitar memerlukan pemahaman yang mendalam tentang keadaan persekitaran semasa. Pada tahun 2021, SATINE mengeluarkan data dan pandangan langsungnya sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran tentang status ekologi padang rumput. SATINE membuka kemudahan pemantauan Padang Rumput Pintar pertama China, mengupayakan pemantauan dan penyelidikan saintifik yang berterusan terhadap ekosistem padang rumput dan biodiversiti melalui terminal pintar, Internet Pelbagai Benda mudah alih dan teknologi maklumat rangkaian. Dengan memantau data raya daripada ekosistem tersebut, output daripada kemudahan dapat memberi pandangan yang intuitif tentang keadaan padang rumput semasa.

Selain daripada usaha untuk memelihara biodiversiti, SATINE juga komited untuk memperkasa produk-produknya melalui inovasi dalam teknologi dan melancarkan Zero Carbon Satine Jersey Organic Pure Milk. Dengan mencapai emisi gas rumah hijau "sifar bersih" dalam seluruh proses bermula daripada pemerolehan bahan mentah untuk susu organik hinggalah pembuatan, pengangkutan, penggunaan dan pelupusan produk, jenama ini berfungsi sebagai model pelaksanaan strategi hijau, karbon rendah dalam seluruh industri ini.

Source: SATINE
Keywords: Beverages Environmental Products & Services Green Technology Non-Alcoholic Beverages Corporate Social Responsibility Trade show news