omniture

MADAME TUSSAUDS SINGAPORE LANCAR PATUNG LILIN LOKI PERTAMA DI ASIA

Madame Tussauds Singapore
2022-12-10 10:00 56

SINGAPURA, 10 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Melututlah di hadapan God of Mischief apabila Madame Tussauds Singapore melancarkan patung Loki yang pertama seumpamanya di Asia. Loki menyertai barisan Marvel Super Hero bersama Spider-Man dan Iron Man di setnya yang amat imersif dan interaktif. Disarungkan dengan penutup kepala klasiknya, tongkat simbolik yang bercahaya dan jubah berwarna hijau dan emas, ciri-ciri patung lilin yang terperinci dan seakan-akan hidup ini akan membuatkan pengunjung berfikir bahawa Tom Hiddleston berada di sini!

Disarungkan dengan penutup kepala klasiknya, tongkat simbolik yang bercahaya dan jubah berwarna hijau dan emas, patung lilin Loki yang pertama di Asia menampilkan persamaan dengan pelakon Tom Hiddleston.
Disarungkan dengan penutup kepala klasiknya, tongkat simbolik yang bercahaya dan jubah berwarna hijau dan emas, patung lilin Loki yang pertama di Asia menampilkan persamaan dengan pelakon Tom Hiddleston.

"Kami berasa teruja untuk memasukkan Loki ke dalam pasukan Marvel Super Heroes kami yang sentiasa berkembang di tempat tarikan kami. Para peminat boleh mengharapkan lebih banyak kandungan dan pelancaran Marvel yang akan datang," kata Steven Chung, Pengurus Besar Madame Tussauds Singapore.

Bagi meraikan ketibaan Loki, Madame Tussauds Singapore bekerjasama dengan Singapore Comic Con (SGCC) untuk pelancaran yang eksklusif pada 10 dan 11 Disember 2022 di Sands Convention Centre. Para peminat Marvel boleh membeli berkas SGCC x Madame Tussauds melalui Klook dan menjadi salah seorang yang pertama melihat patung lilin Loki. Para peminat juga boleh membeli tiket secara langsung daripada Madame Tussauds untuk melihat Marvel Super Heroes yang lain seperti Iron Man dan Spiderman beraksi.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.madametussauds.com/singapore/ dan ikuti Madame Tussauds Singapore di Facebook dan @MTsSingapore di Instagram, Twitter dan TikTok.

Pertanyaan Media
Elaine Quek, Ketua Penjualan & Pemasaran, Madame Tussauds Singapore 
Elaine.Quek@madame-tussauds.com 
Tel: +65 6715 4077 

Latar Belakang Madame Tussauds Singapore

Terletak di Imbiah Lookout, Sentosa, Madame Tussauds Singapore membawakan pelbagai pengalaman yang interaktif di bawah satu bumbung, yang turut merangkumi Images of Singapore, menaiki bot "Spirit of Singapore"– satu-satunya tapak Madame Tussauds yang mempunyai aktiviti menaiki bot, Marvel Universe 4D Cinema dan Ultimate Film Star Experience! Membawakan 12 zon luar biasa bermula daripada pelakon-pelakon Hollywood yang glamor hinggalah bintang-bintang K-pop kegemaran anda, para artis, ahli-ahli muzik serta wira sukan, Madame Tussauds Singapore yang luar biasa ini menempatkan lebih 75 patung lilin. Galeri keajaiban adalah lebih daripada sekadar tarikan yang menarik – yang mana para tetamu akan berpeluang untuk merasai pengalaman teknologi kami yang imersif dan interaktif di setiap sudut!

Madame Tussauds Singapore mengalu-alukan para tetamu mulai jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari (kemasukan akhir jam 5 petang). Untuk pertanyaan tentang tiket, sila hubungi (65) 6715 4000 atau kunjungi www.madametussauds.com/singapore/.

Latar Belakang Merlin Entertainments

Merlin Entertainments ialah peneraju global bagi hiburan keluarga berasaskan lokasi. Sebagai Nombor Satu di Eropah dan operator tempat tarikan pengunjung yang kedua terbesar di dunia, kini Merlin mengendalikan 130 tempat tarikan, 20 hotel dan 6 kampung percutian di 25 negara dan merentas 4 benua. Tujuan Merlin adalah untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada 67 juta tetamunya di seluruh dunia, melalui jenama-jenamanya yang ikonik dan pelbagai format tarikan selain komitmen dan keghairahan 28,000 pekerjanya (musim puncak). Untuk maklumat lanjut, http://www.merlinentertainments.biz.

 

Source: Madame Tussauds Singapore
Keywords: Entertainment