omniture

Memperkenalkan bahan pendakap gigi lutsinar pertama dunia untuk alat fungsian digital: TRISTAR T- Plus

Visivest Corporation (M) Sdn Bhd
2022-12-10 10:12 49

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pengalaman selama lebih sedekad dalam memasang siap pendakap gigi lutsinar menunjukkan bahawa permintaan terhadap pergerakan pendakap gigi lutsinar telah meningkat dan sekumpulan bahan diperlukan untuk pergerakan yang mencabar seperti dalam rawatan alat fungsian.

"Penambahbaikan yang berterusan dan berusaha mencapai hasil yang terbaik dalam mengeluarkan bahan pendakap gigi yang inovatif namun berpatutan merupakan apa yang sentiasa diusahakan oleh TRISTAR," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pakar ortodontik Dr Reuben How. Beliau menambah, "Hari ini, kami dengan bangganya mengumumkan pelancaran bahan Tristar T – Plus yang dikeluarkan khusus untuk rawatan alat fungsian."

Tristar T- Plus ialah lapisan alat fungsian yang inovatif dengan dwi cangkang. Lapisan luar yang keras dan tegar untuk menahan daya fungsian dan dalam masa yang sama lapisan dalaman yang fleksibel melakukan pergerakan gigi dan akar. Dengan jumlah ketebalan 1.8mm, alat yang diperbuat dengan bahan ini merupakan bahan pertama yang dapat menggabungkan antara kesan alat fungsian dengan penjajaran gigi.

Tristar T - Plus memiliki kekuatan untuk memberikan kestabilan walaupun dalam keadaan yang mencabar. Ia dapat mengekalkan kestabilan sekali gus menawarkan kelegaan untuk pertumbuhan gigi baru muncul, di samping turut menawarkan peluang untuk reka bentuk miofungsi seperti bumper bibir digital. Ia mewujudkan standard baharu untuk alat pengubahsuaian pertumbuhan. "Bahan Tristar T – Plus menandakan satu pencapaian dalam ortodontik pemintas. Buat kali pertama, kami mempunyai pemeringkatan Broadbent yang andal dan pergerakan akar sebagai persediaan untuk kemunculan pertumbuhan gigi kekal," kata Dr Stephanie Salanitri, Doktor Gigi Pediatrik yang membuka klinik di Singapura yang bersama-sama membantu membangunkan bahan ini.

"Menerusi pelancaran bahan Tristar T-plus, efek ini merupakan bahan yang pertama di dunia dengan keupayaan untuk menggabungkan alat fungsian dengan keupayaan pergerakan gigi," kata Dr William Mojlip, doktor pelancar utama untuk Tristar.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung bahan ini, anda boleh mengunjungi secara langsung laman sesawang mereka di alignermaterial.com/functional-appliance-clear-aligner-material; atau hubungi Pejabat Jualan mereka di +60-3-2771-1607 untuk berhubung dengan pasukan sokongan pelanggan.

Latar Belakang Tristar:

Tristar ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di River Valley, Singapura dan Kuala Lumpur, Malaysia. Ia membangunkan dan mengeluarkan bahan-bahan ortodontik canggih dan penyelesaian kecerdasan buatan untuk industri Pergigian, secara global. Tristar dianggap secara meluas sebagai peneraju dalam penyediaan khidmat runding dan bahan-bahan untuk industri pendakap gigi lutsinar, perancangan rawatan serta peralatan tambahan di rantau ini. Mereka juga berkolaborasi dengan aktif bersama Universiti-universiti Kebangsaan dalam Asia Tenggara bagi memajukan penyelidikan untuk pendakap gigi lutsinar.

alignermaterial.com

 

Source: Visivest Corporation (M) Sdn Bhd
Keywords: Banking/Financial Service Cosmetics & Personal Care Dentistry Household/Consumer/Cosmetics New products/services