Nasihat pakar kepada pemberi hadiah yang sesuai dengan sebarang bajet, semua peringkat umur dan setiap minat
KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Hari Krismas akan tiba tidak lama lagi dan dengan banyak belanjawan yang menjadi semakin ketat pada tahun ini, semakin banyak keluarga mencari jalan untuk memanfaatkan pembelian hadiah mereka sebaik mungkin. Toys"R"Us berada di sini untuk membantu ibu bapa dan pemberi hadiah memilih mainan yang sesuai untuk kanak-kanak agar sesuai dengan sebarang bajet, semua peringkat umur dan setiap minat. untuk mengukir senyuman pada wajah anak-anak kecil anda dan dalam masa yang sama tetap mengikut bajet anda, terdapat beberapa pertimbangan penting yang perlu diingat apabila anda membeli-belah di Toys"R"Us.
Toys"R"Us membantu ibu bapa dan pemberi hadiah memilih mainan yang terbaik untuk kanak-kanak yang sesuai dengan sebarang bajet, semua peringkat umur dan setiap minat.
"Kita sedia maklum bahawa apabila melibatkan mainan, kanak-kanak hanya ingin berseronok, namun berdasarkan kepada kajian kami, kami mendapati ramai orang dewasa yang membeli-belah mainan kanak-kanak pada hari ini lebih peka tentang sejauh mana mainan dapat menyokong perkembangan kemahiran yang kritikal dan pembelajaran apabila kanak-kanak bermain dengannya," kata Jo Hall, Ketua Pegawai Komersial Toys"R"Us Asia. "Mainan boleh membantu kanak-kanak menemui dan menerokai, membina daya kreativiti, mengembangkan emosi mereka serta mendorong imaginasi mereka. Namun begitu, bagi mengetahui mainan yang sesuai untuk anak-anak kecil anda, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan."
Memilih mainan yang sesuai melibatkan empat faktor penting: umur kanak-kanak itu, tahap mereka berada dalam perjalanan perkembangan mereka, corak bermain yang menyokong keperluan perkembangan mereka dan apabila mereka sudah cukup dewasa, aktiviti bermain atau mainan yang mereka minati.
Mainan untuk pelbagai peringkat umur dan corak bermain yang berbeza
Bayi baru lahir hingga 6 bulan
Mainan Perkembangan: Pada peringkat ini, bayi belajar bagaimana tubuh mereka bergerak dan sedang mengembangkan kemahiran motor teras – meniarap penting untuk membina otot kepala dan leher. Mereka terpesona dengan bunyi, warna dan bentuk! Mainan yang sesuai ialah mainan yang boleh mereka capai, lihat dan dengar. Pada umur ini, ia juga tentang mainan yang menggalakkan orang dewasa untuk berinteraksi secara terus dengan bayi.
Cadangan mainan: Tikar mainan aktiviti, mainan bermuzik dengan lampu dan mainan dengan tekstur berbeza.
6 hingga 12 bulan
Mainan Perkembangan dan Fizikal: Pada peringkat ini, bayi boleh bergerak dengan lebih banyak. Bayi mungkin boleh duduk, menarik badan ke atas, malah merangkak. Mainan yang menyokong pergerakan, khususnya tangan dan kaki merupakan pilihan terbaik pada peringkat ini.
Cadangan mainan: Meja mainan dengan muzik dan objek untuk disentuh dan ditekan, cincin susun dan blok binaan yang besar dan lembut.
12 hingga 24 bulan
Mainan Perkembangan, Fizikal dan Peranan: Kanak-kanak kecil mungkin mula menunjukkan lebih kawalan ke atas pergerakan motor halus mereka dan selalunya lebih berminat untuk meneroka dan mencuba! Mereka juga lebih banyak meniru dan berpura-pura semasa mereka bermain. Mainan yang membolehkan mereka terus mempraktikkan pergerakan motor kasar mereka dan membantu mereka mencuba dan meneroka ialah pilihan terbaik!
Cadangan mainan: Walker tunggang, set mainan dapur/isi rumah, blok binaan, anak patung dan aksesori serta mainan tarik.
24 hingga 36 bulan
Mainan Perkembangan, Fizikal dan Peranan: Pada usia ini, ramai kanak-kanak bercakap dengan perbendaharaan kata yang semakin berkembang, mula berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan penuh bertenaga, berjalan, berlari dan mendaki. Mainan yang sesuai untuk kumpulan usia ini ialah mainan yang dapat menyokong perkembangan perbendaharaan kata, perhatian dan tumpuan, kemahiran menyelesaikan masalah dan mendengar.
Cadangan mainan: Mainan peranan, blok binaan, tablet belajar kanak-kanak dan buku cerita audio.
36 bulan hingga 5 tahun
Mainan Perkembangan, Fizikal, Peranan dan Sosial: Kumpulan kanak-kanak kecil ini kini mempunyai cara fikir mereka sendiri, membangunkan minat peribadi yang boleh dikenal pasti dan bermain dengan satu sama lain! Mainan yang menggalakkan pergerakan, koordinasi dan mainan berkumpulan sebagai interaksi sosial dan menjalin persahabatan penting pada usia ini.
Cadangan mainan: Skuter, bola, buku mewarna, mainan berpapan ringkas, patung, kenderaan tuang beracuan dan produk doh.
5 hingga 8 tahun
Mainan Perkembangan, Fizikal, Peranan dan Sosial: Ketika kanak-kanak ini mula masuk sekolah rendah, mereka terus membangunkan dan mengembangkan minat serta hobi mereka sendiri. Mainan pada peringkat ini boleh dipersiapkan lebih lagi ke arah menyokong minat unik mereka.
Cadangan mainan: Peralatan sukan, kit sains, kit seni dan kraf, blok binaan, kenderaan kawalan jauh, patung aksi, pasir kinetik dan slime.
8 tahun ke atas
Mainan Perkembangan, Fizikal, Peranan dan Sosial: Pada peringkat ini, kanak-kanak bersedia untuk mainan yang lebih canggih apabila mereka melalui peningkatan dari segi perkembangan fizikal, emosi dan kognitif. Mainan yang sesuai harus dipadankan ke arah membina minat mereka, mencabar kemahiran motor dan kognitif mereka.
Cadangan mainan: Permainan kad dan mainan berpapan, kit sains, mainan teknologi dan peralatan sukan.
"Pada Krismas ini, kedai-kedai Toys"R"Us kami merupakan tempat yang sesuai untuk melihat apa yang menarik minat anak anda apabila mereka meninjau kedai dan bermain dengan mainan di atas meja demonstrasi," tambah Hall. "Kami menggalakkan ibu bapa bukan sahaja untuk berbicara dengan ahli-ahli pasukan dalam-kedai kami, tetapi juga untuk memerhatikan dan belajar daripada anak-anak mereka dalam persekitaran ni bagi membantu memastikan agar apabila tiba masanya untuk membeli hadiah yang paling sesuai, mereka benar-benar tahu apa yang harus dicari."
Jenama-jenama eksklusif Toys"R"Us yang menyokong perkembangan kanak-kanak
Bagi menyokong pembelajaran dan perkembangan dengan bermain, Toys"R"Us memperkenalkan rangkaian luas jenama yang unik dan eksklusif yang bukan sahaja menyediakan aktiviti bermain yang amat menyeronokkan selama berjam-jam lamanya dan juga mendorong imaginasi, tetapi turut membesar bersama kanak-kanak apabila mereka beralih menempuh pelbagai peringkat pertumbuhan. Dalam banyak keadaan, maklumat tentang manfaat pembelajaran dan pembangunan disertakan pada pembungkusan. Ini menjadikannya lebih mudah untuk ibu bapa dan pemberi hadiah untuk menilai kesesuaian barang tersebut.
Jenama-jenama yang eksklusif ini meliputi rangkaian luas produk mainan dan termasuk Top Tots, Friends for Life, Creation Nation, Play Pop, Speed City dan Baby Blush.
"Toys"R"Us Asia telah mencipta dan terus mengembangkan jenama-jenama eksklusif ini yang bertindak balas secara langsung kepada keinginan pelanggan kami terhadap produk yang selamat dan berkualiti pada nilai yang hebat dan tahan lebih lama serta menawarkan lebih banyak acara permainan untuk kanak-kanak apabila mereka membesar dan belajar," kata Hall. "Dengan rancangan untuk memperkenalkan jenama-jenama baharu dalam beberapa bulan akan datang, kami terus menawarkan lebih banyak penyelesaian untuk ibu bapa yang dapat memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik."
Latar Belakang Toys"R"Us Asia
Selama hampir 40 tahun, Toys"R"Us telah menjadi rakan kongsi yang dipercayai kepada keluarga sebagai destinasi utama untuk mainan, permainan, peralatan sukan dan kelengkapan pembelajaran yang terbaik untuk kanak-kanak dan bayi, serta segala keperluan yang diperlukan oleh ibu bapa baharu untuk menjaga dan menyokong bayi mereka.
Beribu pejabat di Hong Kong, syarikat ini mengendalikan lebih 470 buah kedai bersama lebih daripada 10,000 ahli pasukan di seluruh Asia termasuk Brunei, tanah besar China, Hong Kong, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand – serta melesenkan lebih daripada 85 buah kedai di Filipina dan Macau. Toys"R"Us dan Babies"R"Us menawarkan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa berkualiti yang dipilih dengan teliti, produk yang inovatif dan eksklusif, program kesetiaan yang menarik serta pengalaman dalam-kedai interaktif yang mendorong imaginasi kanak-kanak dan menginspirasikan pembelajaran pada setiap peringkat perkembangan kanak-kanak.