omniture

PERMAINAN MUDAH ALIH SRPG RAGNAROK ARENA OLEH GRAVITY GAME HUB KINI TERSEDIA

Gravity Game Hub
2022-12-12 11:47 21

SINGAPURA, 12 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Penantian yang panjang sudahpun berakhir! Gravity Game Hub (GGH) PTE.LTD, subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY) mengumumkan pelancaran rasmi permainan mudah alih SRPG yang amat dinanti-nantikan Ragnarok Arena (ROA) pada 8 Disember. Para pemain dari Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah dan Oceania kini boleh memuat turun permainan ini di Google Play Store , Apple App Store dan Huawei AppGallery 

PERMAINAN MUDAH ALIH SRPG RAGNAROK ARENA OLEH GRAVITY GAME HUB KINI TERSEDIA
PERMAINAN MUDAH ALIH SRPG RAGNAROK ARENA OLEH GRAVITY GAME HUB KINI TERSEDIA

Kesemua Pemain yang telah membuat pra-pendaftaran kini boleh mengalami dunia ikonik Ragnarok Arena! Kandungan permainan ini mengikuti jalan cerita yang mana pemain boleh mengumpul lebih 99 raksasa terkenal dan MVP daripada Ragnarok Online yang akan bertarung di samping pemain untuk mara dalam permainan ini, memburu bos dan bersaing dalam pertempuran bersama pemain-pemain lain.

Selain daripada jalan cerita dan watak-watak yang berbeza, para pemain boleh mengharapkan banyak ciri permainan yang baharu dalam Ragnarok Arena. Walaupun permainan ini membenarkan pelbagai strategi untuk menewaskan musuh, Ragnarok Arena juga akan mempunyai ciri "Idle Adventure" yang membolehkan permainan ini bercucuk tanam secara automatik semasa pemain berada di luar talian. Selain daripada mod permainan standard, Ragnarok Arena akan turut merangkumkan Sistem PvP Tahap Perseikatan (Guild Level PvP System) yang membolehkan para pemain menikmati aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama perseikatan mereka. Sama ada Boss Fight, Guild War & Siege War, para pemain boleh meningkatkan kekuatan mereka bersama-sama rakan-rakan perseikatan mereka.

Bagi meraikan Pelancaran Besar-besaran Ragnarok Arena, semua pemain yang telah menyertai pra-pendaftaran akan mendapat ganjaran pra-pendaftaran mereka apabila permainan dilancarkan. Gravity Game Hub turut membariskan satu siri Upacara Pelancaran dalam-permainan dan Ganjaran Fizikal:

Grand Rush Pengembara
Kesemua pengembara yang mencapai Bab 20-1 sebelum 19 Disember 2022 1000jam akan menerima 4-Elements Elective Monster Chest.

Rafel Barangan Fizikal
Tempoh Acara: 8 Disember selepas pengumuman acara - 19 Disember 2022 1000jam (GMT+8)
Pengumuman Pemenang: 22 Disember 2022.

Dua (2) pemenang bertuah akan memenangi Airpods Pro manakala Dua (2) pemenang bertuah yang lain akan membawa pulang Samsung Galaxy Watch 5!

Acara Pemeringkatan Kuasa Pertempuran

Bersaing untuk memenangi ganjaran menarik seperti Dead Branches dan Elective SS-rank Monster Chest apabila anda tersenarai di kedudukan 50 Teratas pada pelayan dalam 8 hari!

Ketahui lebih lanjut tentang upacara pelancaran ROA di Laman Sesawang kami atau sertai saluran komuniti kami untuk berinteraksi dengan pemain-pemain dalam permainan ini di Facebook atau Discord !

Jangan ketinggalan untuk menyertai SRPG Ragnarok Arena yang terbaru! Sedia dimuat turun di Google Play Store , Apple App Store dan Huawei AppGallery!

Latar Belakang Gravity Game Hub

Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte Ltd ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan kepada permainan dalam talian dan permainan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang interaktif serta mewujudkan komuniti yang dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.

Gravity Game Hub ialah subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY), pembangun dan penerbit permainan dalam talian dan permainan mudah alih yang beribu pejabat di Korea Selatan. Syarikat ini merupakan pencipta Ragnarok Online yang diiktiraf secara global dengan lebih 120 juta pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang Ragnarok Arena, sila kunjungi laman sesawang berikut:

Laman Sesawang Rasmihttps://roa.gnjoy.asia/     
Facebook Ragnarok Arena
https://www.facebook.com/ROArenaGlobal   
YouTube:
 https://bit.ly/GravityGameHub

 

 

 

 

Source: Gravity Game Hub
Keywords: Electronics Gaming Entertainment New products/services