omniture

Growatt Mengumumkan Penyongsang PV Baharu untuk Aplikasi Luar Grid

Growatt
2022-12-13 09:35 75

SHENZHEN, China, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian tenaga teragih global, Growatt, telah melancarkan penyongsang SPF 6000 ES Plus terbaharunya untuk aplikasi storan PV luar grid kediaman. Menyasarkan pasaran yang kerap mengalami gangguan bekalan elektrik atau akses terhad kepada grid, SPF 6000 ES Plus melaksanakan peningkatan hebat bagi penyelesaian luar grid sebelumnya — SPF 3000-5000 ES.

Growatt Mengumumkan Penyongsang PV Baharu untuk Aplikasi Luar Grid, SPF 6000 ES Plus
Growatt Mengumumkan Penyongsang PV Baharu untuk Aplikasi Luar Grid, SPF 6000 ES Plus

Dengan kuasa input PV maksimum 8000W dan voltan masukan sehingga 500V, peranti ini membolehkan sambungan kepada lebih banyak modul PV pada setiap rentetan dan mengurangkan kos dalam sambungan selari. Arus masukan rentetan penyongsang mencecah sehingga 16A, menjadikannya serasi dengan modul PV kuasa besar 500W+. Selain itu, penyongsang termasuk penjejak dwi MPP untuk rumah dengan pelbagai kawasan atas bumbung, menyokong pemasangan panel pada orientasi berbeza dan penjanaan tenaga yang lebih tinggi.

Dari segi prestasi dan kebolehpercayaan, produk baharu ini mempunyai faktor kuasa 1.0 yang membolehkan sistem mengeluarkan output kuasa sebanyak 6kW untuk beban dan 2kW untuk mengecas bateri apabila tenaga suria mencukupi. Selain itu, dengan menambahkan reka bentuk kalis habuk, ia menghalang kerosakan yang disebabkan oleh habuk yang berlebihan dan meningkatkan kebolehpercayaan produk, menjadikan penyelenggaraan lebih mudah sambil memanjangkan jangka hayat operasinya.

Penambahbaikan juga diterima pakai untuk pemasangan yang lebih mudah dan lebih rendah kos, menampilkan peranti ATS (suis pemindahan automatik) bersepadu dan dua terminal AC untuk input kuasa daripada utiliti dan penjana. Selain itu, terminal PV palam-dan-gunanya menjadikan pemasangan lebih cekap dan menjimatkan masa untuk pemasang.

Source: Growatt
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services