omniture

TECNO Melakar Pencapaiannya dalam Pasaran Telefon Pintar Mewah menerusi Pelancaran PHANTOM X2 Series Utamanya

TECNO
2022-12-13 08:33 22

DUBAI, UAE, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Sub-jenama premium TECNO, PHANTOM, melancarkan PHANTOM X2 Series baharu yang utama, termasuk telefon pintar pertama dunia bagi membawakan kanta potret boleh retrak yang setanding dengan kamera profesional. Diperkenalkan di acara TECNO Flagship Product Launch 2022 di Dubai, PHANTOM X2 Series, yang merangkumi PHANTOM X2 Pro 5G dan PHANTOM X2 5G, menandakan penembusan berani jenama ini ke dalam pasaran telefon pintar global yang mewah dengan pelbagai ciri perintis serta prestasi yang luar biasa.

Dengan panjang fokus 65mm, kanta potret boleh retrak zum optik 2.5x, PHANTOM X2 Pro 5G merevolusikan pembuatan imej dalam industri telefon pintar. Kanta yang inovatif itu memperkasa pengguna untuk menangkap gambar potret yang setanding dengan tangkapan kamera profesional dengan peranti hanya bersaiz poket. Tersedia dengan Edisi Mesra-Alam yang menampilkan penutup belakang mikrogentian perintis yang diperbuat daripada plastik kitar semula, X2 Pro 5G turut meninggikan standard untuk reka bentuk mampan dalam industri ini.

Satu kejayaan penting dalam penawaran produk premium jenama ini, PHANTOM X2 Pro 5G dan PHANTOM X2 5G dikuasakan oleh cip Dimensity 9000 4nm MediaTek. Siri ini turut menampilkan binaan dwi-lengkung 'unibody' unik dan reka bentuk kawah bulan 3.5D dengan tiga warna misteri yang diinspirasikan oleh angkasa, seterusnya menghasilkan rupa yang menggamit perhatian dan rasa yang selesa.

PHANTOM X2 Series merevolusikan pengalaman telefon pintar premium
PHANTOM X2 Series merevolusikan pengalaman telefon pintar premium

Berucap di majlis pelancaran rasmi global PHANTOM X2 Series di Dubai, Jack Guo, Pengurus Besar TECNO berkata: "TECNO sentiasa berusaha untuk mendedahkan teknologi premium yang terkini dan terbaik. Sebagai telefon pintar utama yang baharu daripada PHANTOM, PHANTOM X2 Series membawa jenama PHANTOM ke pasaran termaju dengan semangat inovasi perintis, di dalam dan luar.

Siri baharu ini bukan sahaja membawakan teknologi yang terkemuka di dunia seperti kanta potret boleh retrak, ia juga mencerminkan keprihatinan jenama ini terhadap isu-isu alam sekitar menerusi penutup belakang kitar semula edisi mesra alam. Susulan kejayaan telefon pintar PHANTOM X asal, PHANTOM X2 Series membawa pengalaman premium ke tahap yang jauh lebih tinggi."

Ketersediaan

PHANTOM X2 Series akan tersedia untuk dibeli mulai akhir Disember ini di peringkat global.

Bagi menandakan penembusan TECNO ke dalam pasaran telefon pintar mewah, PHANTOM X2 Series utama menampilkan inovasi teknologi yang canggih dan prestasi luar biasa. Mencerminkan semangat berani dan perintis PHANTOM, siri ini membawakan pengalaman pengguna premium yang tiada tandingan untuk dinikmati oleh pengguna di seluruh dunia.

 

Source: TECNO
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services