omniture

Empat pasukan usahawan muda Malaysia menjadi finalis pertandingan dunia

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2022-12-13 08:49 20

SUZHOU, China, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada 14 Disember, Kolej Usahawan Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool (Taicang) di China, dengan kerjasama inkubator pemula XbotPark (Changzhou), akan mengadakan peringkat akhir Pertandingan Pemburu-impian Keusahawanan Globalnya (Global Entrepreneurial Dream-chasers Competition).

Pusingan akhir Pertandingan Pemburu-impian Keusahawanan Global Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool (XJTLU) dijadualkan berlangsung pada 14 Disember.
Pusingan akhir Pertandingan Pemburu-impian Keusahawanan Global Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool (XJTLU) dijadualkan berlangsung pada 14 Disember.

Acara berkenaan akan menghimpunkan 16 pasukan pelajar daripada institusi-institusi akademik di serata dunia untuk melontarkan idea-idea inovatif mereka berdasarkan tujuan untuk meneruskan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG PBB). Empat pasukan dari Malaysia – kesemuanya daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) – merupakan antara peserta akhir.

Penyertaan dikurangkan kepada 16 daripada 64 sementara projek-projek finalis meliputi pelbagai penyelesaian bermula daripada penapis air hingga peranti keselamatan diri.

Pelajar-pelajar Malaysia menunjukkan inovasi mereka

  • Sebuah pasukan yang diketuai oleh Muhammad Nur Firdaus Bin Mohd daripada Sekolah Pengurusan Perniagaan UniKL mengusahakan penyedut penapis air pakai buang yang membolehkan orang ramai untuk minum serta merta dengan selamat di mana-mana pada bila-bila masa.  
  • Satu lagi pasukan, diketuai oleh Muhammad Afiq Bin Shamsudin daripada Institut Teknologi Perindustrian Malaysia UniKL, menghasilkan bahan pembungkusan pakai buang mesra alam yang diperbuat daripada miselium, yang merupakan bahagian seperti benang pada kebanyakan kulat. Miselium adalah terbiodegradasi dan selamat untuk dimakan dan bahannya menjimatkan kos, terutamanya di Malaysia kerana kulat miselium ditanam secara meluas di negara berkenaan.
  • Dengan tumpuan kepada keselamatan diri, Sir Mohd Nasrul Hakim Bin Jalaludin dan pasukan beliau daripada Sekolah Pengurusan Perniagaan UniKL mencadangkan sejenis penyembur lada baharu yang menggabungkan antara cecair lada, penggera, fungsi kejutan elektrik dan penjejak. Produk ini mampan dan dibina dengan teknologi pintar.
  • Pasukan Malaysia keempat memasuki pusingan akhir menerusi Smartech Bin. Pasukan berkenaan, diketuai oleh Ili Maisarah Binti Mohd Faizal daripada Sekolah Pengurusan Perniagaan UniKL bertujuan untuk menyediakan cara yang lebih bersih bagi membuang tuala wanita yang telah digunakan, bagi mencegah penularan penyakit yang berkaitan dalam kalangan wanita.

Pemburu-impian

Hab Keusahawanan dan Perusahaan Kolej Usahawan XJTLU (Taicang), bersama-sama rakan industrinya XbotPark (Changzhou), akan menyediakan dana benih sehingga CNY 500,000 kepada projek-projek yang berjaya oleh XbotPark (Changzhou), Biasiswa XJTLU untuk Program Sarjana Sains Keusahawanan dan Inovasi serta bimbingan keusahawanan daripada mentor.

 

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Higher Education