omniture

Dassault Systèmes Papar Pengalaman Kembar Maya di Forum 3DEXPERIENCE Asia Pasifik Selatan 2022

Dassault Systèmes
2022-12-13 17:52 66
  • Pada 21 Oktober, Dassault Systèmes melancarkan format hibrid sulung Forum 3DEXPERIENCE Asia Pasifik Selatan 2022
  • Sesi meja bulat secara bersemuka diadakan merentas lapan bandar di lima negara, mencapai kemuncak dalam edisi maya pada 7 Disember
  • Lebih 250 pemimpin perniagaan dan pakar teknologi menghadiri perbincangan secara bersemuka untuk membina kebingkasan demi kejayaan yang berterusan melalui teknologi kembar maya
  • Para peserta membincangkan transformasi digital dan kemampanan untuk sektor-sektor Pembuatan dan Perlombongan serta pembinaan, perancangan dan pengendalian Infrastruktur & Bandar

SINGAPURA, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Dassault Systèmes (Euronext Paris: FR0014003TT8, DSY.PA) hari ini mengadakan edisi terakhir dan maya bagi acara Forum 3DEXPERIENCE Asia Pasifik Selatan 2022 hibrid sulungnya. Bertema 'Membina Kebingkasan demi Kejayaan Berterusan dengan Pengalaman Kembar Maya', Forum hibrid tersebut turut menampilkan edisi bersemuka yang dihadiri oleh lebih 250 pemimpin perniagaan dan pakar teknologi yang dianjurkan merentas lapan bandar – Adelaide, Brisbane, Sydney, Bandar Bekasi, Jakarta, Bandar Raya Ho Chi Minh, Kuala Lumpur dan Singapura – di lima negara mulai 21 Oktober hingga 30 November.

Di acara-acara tersebut, para penceramah ternama dan pakar-pakar bidang khusus berbicara tentang bagaimana perniagaan dapat merebut peluang pertumbuhan dan membina kebingkasan dengan memanfaatkan teknologi kembar maya. Para perserta juga membincangkan keperluan perniagaan untuk menerima cara kerja baharu, berusaha untuk mencapai operasi kalis masa depan dan kepentingan menjadi tangkas untuk mengurus risiko dalam persekitaran peniagaan yang dinamik.

Josephine Ong, Pengarah Urusan, Asia Pasifik Selatan, Dassault Systèmes, mengulas: "Kami berasa gembira untuk membawa semula Forum 3DEXPERIENCE pada tahun ini dalam format hibrid selepas mengadakan acara maya sepanjang dua tahun yang lalu. Sesi meja bulat secara bersemuka ini sangat membuahkan hasil, memberi peluang kepada kami untuk berhubung dengan lebih baik bersama pelanggan dan rakan kongsi kami di wilayah ini. Kami telah berupaya untuk memaparkan bagaimana kembar maya dapat menyokong perniagaan bagi mengurangkan perubahan dalam tabiat pengguna, mengoptimumkan proses pembuatan dan mencipta impak yang positif ke atas alam sekitar. Lebih penting lagi, matlamat kami adalah untuk mengupayakan perniagaan untuk memodenkan operasi mereka dan memacu pertumbuhan dalam iklim perniagaan yang sentiasa berkembang."

Pengalaman kembar maya Dassault Systèmes membolehkan perniagaan untuk memvisualisasikan, memodelkan, mensimulasikan dan mengoptimumkan seluruh kitar hayat produk. Pengalaman kembar maya bermula dengan mereka bentuk model 3D yang mewakili dimensi, sifat dan kebergantungan objek fizikal. Simulasi pada model maya meninjau bagaimana objek berkelakuan apabila dipasang, dikendalikan atau berhubung dengan sistem lain yang membolehkan analisis dan penciptaan inovasi perniagaan yang mampan dalam seluruh kitar hayat.

Forum 3DEXPERIENCE Asia Pasifik Selatan 2022 memaparkan sejauh mana pengalaman kembar maya boleh diaplikasikan merentas pelbagai industri dan sektor.

  • Kembar Maya untuk Pembuatan: Kembar maya boleh diaplikasikan untuk menyokong pemulihan pembuatan dan mengukuhkan kebingkasan terhadap gangguan masa depan. Dengan mengoptimumkan proses kilang, pengeluar bertindak dengan lebih pantas dan mengeluarkan produk baharu dengan lebih cekap. Umpamanya, teknologi kembar maya akan membantu mempercepatkan pembangunan kenderaan eletrkik (EV) apabila ia diaplikasikan dalam penilaian dan komunikasi konsep mobiliti dan reka bentuk serta simulasi sistem sokongan seperti aplikasi atau infrastruktur.
  • Kembar Maya untuk Bandar Pintar: PBB menganggarkan bahawa hampir 7 dalam 10 orang dijangka menetap di bandar-bandar menjelang tahun 2025 dan pembinaan bandar yang mampan dan pintar telah menjadi satu keutamaan. Platform 3DEXPERIENCE memperkasa kerajaan dan perancang untuk mereka bentuk dan membina bandar-bandar mampan melalui kolaborasi yang lebih baik dan perancangan senario untuk pembuatan keputusan yang dioptimumkan.
  • Kembar Maya untuk Perlombongan: Perniagaan dalam industri perlombongan perlu melihat dengan lebih lanjut terhadap impak alam sekitar mereka dan memilih sumber perlombongan mampan memandangkan kebimbangan terhadap perubahan iklim meningkat. Teknologi kembar maya telah diterima pakai oleh syarikat-syarikat dalam industri ini untuk membantu menyahkarbonkan operasi, menyokong adaptasi perubahan iklim melalui inovasi, meningkatkan kilang proses dan menyediakan pengurusan rantaian bekalan mineral strategik yang bersepadu

Edisi maya bagi Forum 3DEXPERIENCE berlangsung mulai 7 Disember 2022 hingga 30 Januari 2023. Untuk meninjau kisah-kisah daripada pelanggan Dassault Systèmes dan pemimpin industri tentang bagaimana platform 3DEXPERIENCE membolehkan perniagaan untuk membina kebingkasan demi kejayaan yang berterusan, kunjungi https://events.3ds.com/3dexperience-forum-asia-pacific-south-2022 

LATAR BELAKANG DASSAULT SYSTÈMES

Dassault Systèmes, Syarikat 3DEXPERIENCE ialah pemangkin untuk kemajuan insan. Kami menyediakan kepada perniagaan dan orang ramai dengan persekitaran maya 3D kolaboratif untuk membayangkan inovasi yang mampan. Dengan mencipta pengalaman kembar maya dunia sebenar dengan platform dan aplikasi 3DEXPERIENCE kami, pelanggan kami menerobos sempadan inovasi, pembelajaran dan pengeluaran untuk mencapai dunia yang lebih lestari untuk pesakit, rakyat dan pengguna. Dassault Systèmes membawa nilai kepada lebih daripada 300,000 pelanggan daripada semua saiz, dalam kesemua industri, di lebih 140 negara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.3ds.com

© Dassault Systèmes. Hak cipta terpelihara. 3DEXPERIENCE, ikon Compass, logo 3DS, CATIA, BIOVIA, GEOVIA, SOLIDWORKS, 3DVIA, ENOVIA, NETVIBES, MEDIDATA, CENTRIC PLM, 3DEXCITE, SIMULIA, DELMIA dan IFWE ialah tanda dagangan komersial atau tanda dagangan berdaftar Dassault Systèmes, bahasa Perancis "société européenne" (Daftar Komersial Versailles # B 322 306 440), atau subsidiari-subsidiarinya di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain.

HUBUNGI: AP South, Minming CHEN minming.chen@3ds.com, +65 90221874; FINN Partners, June CHEN June@trueworth.com.sg, +65 96210190

 

Source: Dassault Systèmes
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services