NINGBO, China, 14 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Risen Energy, pengeluar modul solar yang terkemuka di China, merupakan antara suara yang berkongsi visi dan pandangannya tentang inovasi penting yang membentuk masa depan tenaga boleh baharu di Persidangan Tahunan Industri Solar China 2022, salah sebuah acara industri terbesar yang menghimpunkan pakar, pemimpin industri dan ilmuwan terkemuka untuk membincangkan serta menawarkan pandangan tentang peluang dan cabaran yang dihadapi oleh rantaian bekalan solar, strategi karbon rendah dan aplikasi teknologi.
Dalam ucaptama, Song Yifeng, Pengarah Produk Risen Energy, menekankan peranan Hyper-ion, modul solar heterosimpang (HJT) dalam menerajui laluan ke arah penyahkarbonan, sebagai sebahagian daripada pengenalan strategi produk baharu syarikat ini yang akan menyaksikan Risen Energy bergantung pada teknologi HJT untuk membangunkan generasi produk baharu yang dicirikan oleh karbon rendah, kos rendah dan kecekapan tinggi.
"Produk fotovolta merupakan salah satu penyelesaian terhebat untuk mengurangkan emisi karbon dan penggunaan tenaga. Berlatarbelakangkan pacuan global untuk menyahkarbon ekonomi, tenaga solar memenuhi permintaan dunia untuk memajukan pembangunan karbon rendah yang mampan. Strategi produk kami adalah berdasarkan kepada teknologi HJT 210mm bersaiz besar dan jenis-n bagi mencipta modul solar berkuasa tinggi dan berkecekapan tinggi yang mengurangkan kos tenaga elektrik. Di samping itu, produk kami akan dilengkapi dengan wafer silikon lebih nipis dan bingkai keluli aloi berkekuatan tinggi, yang bererti ia lebih mesra iklim dan mempunyai jejak karbon yang sedikit," kata Song Yifeng.
Modul solar HJT Risen Energy, Hyper-ion ialah produk utama di bawah panji strategi baharunya. Modul berkecekapan tinggi dan berkuasa tinggi ini merangsang keandalan prestasi yang tiada tandingan di samping menampilkan pekali pengecilan dan suhu yang lebih rendah. Produk solar karbon rendah yang direka bentuk untuk menurunkan kos kuasa elektrik, Hyper-ion menerima pakai teknologi penyusunan dan padatan sel HJT 210mm yang berkecekapan tinggi dengan kuasa modul ini mencecah hingga 700Wp+.
Prestasi luar biasa sel jenis-n daripada Risen Energy ini menghasilkan perolehan penjanaan kuasa yang lebih tinggi. Ia membawakan teknologi sel ultra-nipis 100μm yang terkemuka di dunia dan dikilangkan melalui proses padatan modul, digandingkan dengan bingkai keluli aloi berkekuatan tinggi yang lebih mesra alam untuk menjadikan nilai jejak karbonnya (CFP) lebih rendah daripada 400kg eq CO2/kWc, yang jauh lebih rendah daripada purata pasaran.
Ujian pihak ketiga yang mengesahkan prestasi modul solar HJT Risen Energy, Hyper-ion menunjukkan bahawa perolehan penjanaan kuasanya mencecah 6.14%, mengatasi modul dwimuka PERC dalam sebuah projek di Yinchuan, China. Dibandingkan dengan modul solar monohabluran PERC, perolehan penjanaan kuasanya mencecah 9.63%. Loji janakuasa solar 100MW menggunakan modul HJT Hyper-ion dapat menjana 6 juta kWj lebih banyak kuasa elektrik dan membebaskan 5,760 tan karbon dioksida yang lebih rendah berbanding yang menggunakan modul PERC. Dibandingkan dengan modul TOPCon, ia juga dapat menjana 3 juta kWj lebih banyak kuasa elektrik setahun, yang bersamaan dengan mengurangkan 2,880 tan CO2.
Latar Belakang Risen Energy
Risen Energy ialah pengeluar bertaraf kredit "AAA", Tahap 1, global dan terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan keseluruhan untuk penjanaan kuasa. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1986 dan disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, mendorong penjanaan nilai untuk pelanggan globalnya. Inovasi tekno-komersial, disokong oleh kualiti dan sokongan yang sempurna, meliputi penyelesaian perniagaan PV Solar keseluruhan Risen Energy yang merupakan antara yang paling berkuasa dan berkesan kos dalam industri ini. Dengan kehadiran pasaran tempatan serta status keupayaan menjana keuntungan kewangan yang mantap, kami komited dan berupaya untuk membina kolaborasi yang strategik dan saling memberi manfaat bersama rakan kongsi kami tatkala kami bersama-sama memanfaatkan nilai tenaga hijau yang semakin meningkat.