omniture

Elementa Trina Storage dipilih oleh Econergy untuk projek bateri 50MW/102 MWj pertama di UK

Trina Storage
2022-12-14 11:21 65
  • Projek Swangate ialah yang pertama seumpamanya menggunakan produk storan bateri bersepadu secara vertikal daripada Trina Storage - Elementa
  • Trina Storage akan menyediakan penyelesaian sistem balutan penuh serta skop EPC dengan kerjasama rakan kongsi G2 Energy. Aset tersebut akan dimiliki dan dikendalikan oleh Econergy Renewable Energy

MUNICH, 14 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Trina Storage, penyedia penyelesaian storan tenaga bateri bersepadu secara vertikal hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Econergy Renewable Energy, pelabur, pemaju dan operator yang terkemuka dalam industri tenaga boleh baharu, bagi menyerahkan sistem storan tenaga 50MW/102MWj menggunakan produk storan bateri terkininya Elementa, yang terletak di Yorkshire, Northern England.

Trina Storage akan menjalankan projek Swangate dengan kerjasama G2 Energy, penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrikal voltan tinggi dan kejuruteraan awam yang terkemuka. Trina Storage dan G2 Energy telah menjalin perkongsian yang mantap setelah mentauliahkan beberapa projek BESS skala utiliti di UK. Usaha bersama ini akan turut dijayakan kali ini, bagi menyokong rancangan syarikat Econergy menerusi projek storan hampir 2.6 GWj di UK.

Memanfaatkan pengalaman pengilangan PV selama 25 tahun, pelaburan yang besar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sel bateri serta keupayaan kejuruteraan dan perkhidmatan yang mantap, Trina Storage benar-benar bersedia untuk menggunakan penyelesaian sistem storan bateri kelas teratas yang membawakan produk terkini mereka, Elementa. Sistem itu akan menyediakan perkhidmatan perkhidmatan sekuriti dan keandalan sistem kepada grid nasional UK susulan operasi komersialnya yang dijangkakan pada awal tahun 2024.

Elementa ialah sistem storan tenaga bateri berskala grid yang fleksibel, selamat dan berprestasi tinggi yang menggabungkan antara teknologi dalaman dan reka bentuk inovatif Trina. Sistem bateri dioptimumkan untuk jangka hayat yang ditingkatkan, prestasi sistem unggul dan pulangan maksimum. Teknologi baharu ini padat dengan ciri-ciri keselamatan yang proaktif seperti sistem penyejukan cecair dwi-hala unik dan sistem pencegah kebakaran berasaskan aerosol peta penuh bagi memastikan sebarang risiko dihapuskan. Sistem Pengurusan Bateri 3-tahap yang disesuaikan menyediakan ciri pemantauan dan pengesanan pada waktu sebenar, lalu mengupayakan mekanisme keselamatan termaju. Konsep pemalam pintar yang eksklusif dan sambungan busbar dapat membantu meminimumkan sambungan kabel dan kerja-kerja awam di tapak, lalu menambah lagi kefleksibelan kepada penyelesaian ini.

Trina Storage, sebagai peneraju storan bertaraf global yang mempunyai pengalaman penggunaan yang luas dalam pasaran storan UK, akan memanfaatkan kelebihan rantaian bekalannya yang tangkas, produk yang andal dan dioptimumkan serta keupayaan operasi dan penyerahan tempatan yang mantap untuk menyokong pelanggan.

Terry Chen, Ketua Storan Luar Negara di Trina Storage berkata,

"Kami melabur dengan banyak untuk membangunkan sistem storan bateri LFP skala utiliti dalaman kami. Projek bateri Swangate merupakan tawaran pertama yang membawakan produk bersepadu secara vertikal kami, Elementa di UK. Sebagai sebahagian daripada projek ini, Trina Storage akan menyerahkan penyelesaian BESS yang disepadukan sepenuhnya dengan piawaian keselamatan dan keupayaan bertaraf dunia yang dibina dalam setiap aspek reka bentuk sistem dan penyerahan. Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Econergy dan G2 Energy untuk menyerahkan projek ini dengan jayanya dan banyak lagi pada masa akan datang.

UK telah menetapkan piawaian yang menjadi contoh bagi mengintegrasikan bateri besar ke dalam grid nasional. Aset-aset grid ini meningkatkan kefleksibelan sistem, menambah baik kestabilan dan akhirnya membuka jalan untuk mencapai infrastruktur tenaga yang lebih tangkas dan andal di UK. Kami berbesar hati dapat menyumbang kepada kisah pertumbuhan ini dan melangkah maju ke arah dunia yang lebih bersih, lestari dan terjamin tenaga."

Eyal Podhorzer, Ketua Pegawai Eksekutif Econergy berkata:

"Kami berbesar hati kerana memeterai perjanjian EPC dengan Trina dan G2 untuk projek storan Swangate kami di UK. Ini merupakan projek storan pertama dalam rancangan Econergy yang telah mencapai tahap ini, seraya menandakan pencapaian penting untuk syarikat ini.

"Trina Storage ialah peneraju bertaraf global dalam industri tenaga boleh baharu dengan lebih 500 MW projek storan terhubung dan lebih 1GWj sedang dibina di seluruh dunia. Kami berbesar hati untuk mengukuhkan perkongsian kami bersama mereka serta G2, bagi menyokong pembangunan rancangan tenaga boleh baharu Econergy."

Latar Belakang Trina Storage

Trina Storage, unit perniagaan Trina Solar, ialah penyedia sistem storan tenaga global yang mengkhusus untuk mentransformasikan cara kami menyediakan tenaga. Misi kami adalah untuk menerajui peralihan tenaga boleh baharu melalui storan yang berkesan kos dan bagi menyediakan Solar Untuk Semua Orang (Solar For Everyone) dengan meluaskan penjanaan solar secara berskala. Memanfaatkan pengalaman solar selama 25 tahun, kami menyampaikan penyelesaian yang berkesan kos dan fleksibel untuk utiliti dan pemaju di serata dunia.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Trina StorageFacebook dan LinkedIn.

Source: Trina Storage
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements