omniture

Luye Pharma dan DCH Auriga Jalin Perkongsian Pengedaran Eksklusif dan Bersama-sama Lancarkan Inisiatif "We Care About Mental Health"

Luye Pharma Group
2022-12-14 14:17 41
  • Luye Pharma memberi hak pengedaran dan pemasaran eksklusif kepada DCH Auriga Singapore untuk Seroquel® dan Seroquel XR® di Singapura.
  • Kedua-dua syarikat berikrar untuk menggandingkan usaha bagi meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental sebagai sebahagian daripada inisiatif "We Care About Mental Health".

SINGAPURA, 14 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Luye Pharma Group, sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa yang mengkhusus terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan ubat-ubatan yang inovatif telah menjalin perkongsian pengedaran bersama DCH Auriga, penyedia pengurusan pasaran bersepadu berpangkalan di Asia yang mengkhusus dalam bidang penjagaan kesihatan. Menurut terma-terma perjanjian, Luye Pharma memberi hak pengedaran dan pemasaran eksklusif kepada Auriga untuk Seroquel® (quetiapin fumarat, formulasi pelepasan segera) dan Seroquel XR® (formulasi pelepasan dilanjutkan) di Singapura. Seroquel® yang digunakan untuk merawat penyakit skizofrenia dan kecelaruan rasa hati (bipolar disorder), disyorkan oleh beberapa garis panduan yang dibenarkan di serata dunia.

Perjanjian berkenaan ditandatangani di Singapura, dengan kedua-dua pihak menandakan secara rasmi perkongsian tersebut dan selanjutnya berjanji untuk menggandingkan usaha bagi meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental sebagai sebahagian daripada inisiatif "We Care About Mental Health" APAC. Inisiatif serantau itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental, menyokong pesakit, pakar perubatan dan sistem kesihatan bagi memenuhi keperluan pesakit.

Luye Pharma dan DCH Auriga menandatangani perjanjian perkongsian dan melancarkan inisiatif "We Care About Mental Health" (Dari kiri ke kanan: En. Rajesh Sehgal, Naib Presiden, Asia Tenggara, DCH Auriga; En. Andy Siow, Pengarah Komersial Serantau, Luye Pharma APAC)
Luye Pharma dan DCH Auriga menandatangani perjanjian perkongsian dan melancarkan inisiatif "We Care About Mental Health" (Dari kiri ke kanan: En. Rajesh Sehgal, Naib Presiden, Asia Tenggara, DCH Auriga; En. Andy Siow, Pengarah Komersial Serantau, Luye Pharma APAC)

Gangguan mental seperti kecelaruan rasa hati, skizofrenia, kemurungan dan kegelisahan telah menjadi masalah kesihatan awam yang utama yang menjejaskan kesihatan awam global. Menurut data tinjauan daripada Singapura, kadar prevalens bagi penyakit mental biasa ialah 13.9% antara individu dewasa tempatan berumur 18 ke atas, menunjukkan trend yang semakin meningkat[1]; manakala prevalens kecelaruan rasa hati dan skizofrenia masing-masing mencapai kira-kira 1.6% dan 1%. Menurut Kajian Kesihatan Wunderman Thompson 2021, 68% daripada warga Singapura percaya terdapat stigma terhadap isu kesihatan mental[2]. Bilangan pesakit psikiatri yang tidak mendapatkan bantuan perubatan masih tinggi. Justeru itu, mengukuhkan aspek pencegahan, rawatan peringkat awal dan kaunseling adalah sangat penting untuk pesakit kembali ke masyarakat secepat mungkin dan mengurangkan impak kemasyarakatan.

Bagi meningkatkan kesedaran awam tentang isu kesihatan mental, Luye Pharma dan rakan-rakan kongsi bersama-sama melancarkan inisiatif "We Care About Mental Health" ("Kami Prihatin Tentang Kesihatan Mental") di rantau Asia Pasifik pada tahun 2020. Simposium Psikiatri Asia Pasifik tahunan yang dianjurkan oleh Luye Pharma for Healthcare Professionals diadakan dengan jayanya setiap tahun sejak tahun 2020. Lebih daripada 1000 pakar perubatan dari 10 negara dan wilayah Asia Pasifik yang berbeza mengambil bahagian, berbicara tentang pengurusan penyakit skizofrenia dan kecelaruan rasa hati.

"Kesihatan mental ialah cabaran kesihatan awam global serius yang memerlukan respons yang berterusan dan bersatu padu daripada kita semua. Inisiatif serantau 'We Care About Mental Health' bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menghapuskan prasangka, memberi pemahaman tentang pilihan rawatan yang tersedia dan menekankan kepentingan diagnosis serta rawatan awal bagi masalah kesihatan mental. Kami gembira dengan adanya Auriga menyertai projek ini," kata Andy Siow, Pengarah Rantau APAC Luye Pharma (International), "Auriga ialah pengedar berpengkhususan yang berpengalaman yang berpangkalan di Asia. Kerjasama ini akan meningkatkan lagi kebolehcapaian produk CNS Luye Pharma dalam pasaran Asia Tenggara. Tatkala kami memperdalam liputan pasaran kami di seluruh Asia-Pasifik, kami berharap dapat menyediakan lebih banyak ubat inovatif yang bebas dalam masa terdekat."

"Auriga bermatlamat untuk menjadikan ubat-ubatan dan penyelesaian penjagaan kesihatan yang terkemuka di dunia tersedia dengan lebih mudah dan sedia diperoleh di seluruh Asia. Perkongsian pengedaran bersama Luye Pharma ini membolehkan DCH Auriga meluaskan impak positif kami ke atas beribu-ribu pesakit yang mengalami cabaran kesihatan mental," kata Rajesh Sehgal, Naib Presiden, SEA, DCH Auriga. "Kami juga amat berbangga dan komited untuk menjadi sebahagian daripada kempen "Kami prihatian tentang kesihatan mental" Luye bagi meningkatkan kesedaran awam dan mengurangkan stigma sosial yang dihadapi oleh pesakit. Kami berharap dapat membina pemahaman bersama yang mantap dan mengumpul pengalaman bagi meletakkan asas, demi perkongsian yang kukuh dengan peluang untuk memperkenalkan lebih banyak produk inovatif daripada Luye Pharma kepada pesakit Asia."

Latar Belakang Luye Pharma Group

Luye Pharma Group ialah sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa yang mengkhusus terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan ubat-ubatan yang inovatif. Syarikat ini telah menubuhkan pusat-pusat R&D di China, A.S. dan Eropah dengan saluran mantap lebih 30 calon ubat di China dan lebih daripada 10 calon ubat dalam pasaran antarabangsa yang lain. Berserta beberapa ubat baharu dan formulasi baharu dalam sistem saraf pusat dan bidang terapi onkologi yang sedang dikaji di A.S., Eropah dan Jepun, Luye Pharma mengekalkan piawaian antarabangsa pada paras tinggi dalam teknologi penyampaian ubat baharu termasuk mikrosfera, liposom dan sistem penyampaian ubat transdermal. Syarikat ini telah mencapai pelbagai inovasi dalam entiti dan antibodi kimia baharu dan juga aktif mencapai pembangunan yang strategik dalam bidang terapi sel dan juga terapi gen.

Luye Pharma membangunkan rantaian bekalan global melibatkan 8 tapak pembuatan dengan lebih 30 barisan pengeluaran secara keseluruhan, bagi mewujudkan sistem pengurusan kualiti GMP dan sistem kawalan standard antarabangsa. Dengan lebih daripada 30 produk meliputi sistem saraf pusat, onkologi, kardiovaskular, metabolisme dan bidang terapi yang lain, perniagaan ini dijalankan di lebih 80 negara dan wilayah seluruh dunia, termasuk pasaran-pasaran farmaseutikal yang terbesar - China, A.S., Eropah dan Jepun, serta dalam pasaran memuncul yang berkembang pantas.

Latar Belakang DCH Auriga

Auriga ialah penyedia pengurusan pasaran bersepadu berpangkalan di Asia yang mengkhusus dalam bidang penjagaan kesihatan. Kami menyasarkan untuk menghubungkan syarikat-syarikat penjagaan kesihatan dan sains hayat yang terkemuka di dunia dengan penyedia perkhidmatan penjagaan dan pesakit di seluruh Asia dengan rangkaian komprehensif penyelesaian pengurusan pasaran yang bertanggungjawab dan berkesan.

Selama lebih 50 tahun, kami membantu rakan kongsi kami untuk menbawakan tawaran farmaseutikal dan sains hayat yang penting ke Asia dengan integriti beretika, perkongsian dan ketelusan. Menawarkan penyelesaian komersial mahupun logistik, Auriga beroperasi di Hong Kong, Macau, tanah besar China, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Malaysia, Vietnam dan Filipina. Selaras dengan misi kami untuk memperkayakan kehidupan dengan penjagaan yang berkualiti, kami mengedar lebih daripada 500 jenama di lebih 10,000 titik jualan.

Rujukan

1. M Subramaniam etc. Tracking the mental health of a nation: prevalence and correlates of mental disorders in the second Singapore mental health study. Epidemiol Psychiatr Sci. 2019 Apr 5;29:e29. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30947763/

2. Wunderman Thompson. Well: Singapore. Taking The Pulse of The National Health. Jun, 2021.

Source: Luye Pharma Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Pharmaceuticals