omniture

TCL Lancar Panduan Hadiah Perayaan Baharu Diinspirasikan oleh Duta-duta Jenama TCL

TCL Electronics
2022-12-15 10:00 15

HONG KONG, 15 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka TCL, mengulangi lagi penguasaannya sebagai jenama TV LCD 2 Terbaik di seluruh dunia pada tahun 2022, menurut laporan Set TV Global OMDIA. TCL Electronics memenangi dua CES® 2023 Innovation Awards untuk TV 4K LED Mini TCL 75C935 dan TV 4K LED Mini TCL 75C835. Kedua-dua produk diiktiraf oleh hakim-hakim untuk reka bentuk dan ciri-ciri kejuruteraannya, menyertai kumpulan produk elit lantaran perbezaan ini.

TCL meraikan kejayaan perniagaan dan anugerah pada tahun 2022 dengan memperkenalkan panduan hadiah bagi membantu pengguna meningkatkan hiburan rumah mereka dan mewujudkan suasana perayaan yang hebat pada musim cuti ini. Untuk tema yang menyeronokkan, syarikat ini mengharapkan empat Duta Jenama bola sepaknya dan kemahiran luar biasa mereka untuk mendapatkan inspirasi, kemudian menggunakan daya kreativiti dan imaginasinya untuk memadankan TV dan perkakas TCL yang paling baik. Hasilnya ialah panduan hadiah musim cuti yang unik.


RODRYGO
TV LED Mini C835 TCL


Sentiasa teruja untuk menonton, pemain penyerang Brazil cemerlang dalam membawa bola dan tindak balas yang cepat. Persembahan yang hebat dalam perlawanan, membuatkan beliau memperoleh berjuta-juta peminat di seluruh dunia.

Alat hiburan menyeluruh yang menyampaikan pengalaman tontonan yang hebat dalam sebarang suasana. TV LED Mini 144Hz 4K dengan teknologi QLED ini memastikan kawalan cahaya yang luar biasa, warna-warna terang, kontras yang tinggi serta tahap perincian yang hebat. Dilengkapi oleh Dolby Atmos dan sistem bunyi 2.1, ciri-ciri yang menarik termasuk Game Master Pro, HDMI 2.1, ALLM, 144Hz VRR, Freesync Premium, TCL Game Bar dan ia menyokong format HDR (termasuk HDR10+, Dolby Vision, Dolby Vision IQ). Siri C83 termasuk 65C835, TV LED Mini Premium Terbaik EISA 2022-2023.

RAPHAEL VARANE
TV QLED C635 TCL


Pemain utama bagi kejayaan skuad Perancis dalam perlawanan bola sepak global baru-baru ini, pemain pertahanan yang disanjungi ini menunjukkan prestasi cemerlang pada kawalan bola yang tepat. Berfikir dengan teliti dan peka, beliau sentiasa bertindak balas dengan cepat dan efektif.

Untuk TV yang bertindak balas pantas dengan ciri-ciri TV Google pintar, TV QLED C635 TCL merupakan hadiah yang membuatkan hiburan kegemaran setiap orang kelihatan dan kedengaran lebih baik. TV 4K 120 Hz ini menyediakan kecerahan dan warna yang cemerlang serta kualiti audio yang sangat baik melalui teknologi Quantum Dot sementara sistem bunyi yang canggih, untuk filem, TV, menstrim video dan juga permainan. Pengguna boleh berhubung bersama insan tersayang dengan Google Duo dan mengawal berbilang platform dengan berkata "OK Google". Dirangkumkan dengan reka bentuk kurang-bezel yang nipis, TV QLED C635 akan kelihatan hebat di mana-mana ruang dalam mana-mana bilik pada musim cuti ini.

PHIL FODEN 
TV Google P735 TCL


Pemain tengah Inggeris muda yang luar biasa, terkenal dengan permainannya yang rancak dan kebolehan untuk mengalahkan pihak lawan dengan beberapa strategi serta kemahiran yang mengagumkan.

Untuk paparan TV yang luar biasa terang dengan pelbagai ciri menonjol bagi menarik perhatian keluarga dan rakan-rakan, TV Google P735 TCL menawarkan pilihan hiburan yang tidak berkesudahan dan pengalaman tontonan yang mengasyikkan. TV TCL ini menggabungkan antara Dolby Vision, HDR10 dan 60Hz Motion Clarity untuk imej HDR 4K yang lebih terperinci dan lancar. Turut ditambah kepada ciri-ciri berkenaan seperti Game Master, HDMI 2.1, ALLM (Mod Kependaman Rendah Auto) dan turut menyokong format HDR Dolby Vision + Dolby Atmos yang terkini. Reka bentuk kurang-bezel yang kontemporari ini akan memaparkan kandungan yang harus ditonton pada musim perayaan ini.

Meningkatkan pengalaman bunyi

Mencari sesuatu sebagai tambahan? Sama ada berkongsi senarai main perayaan, menonton filem atau permainan, apabila digandingkan dengan TV ini, bar bunyi terkini TCL dapat menjamin bunyi yang luar biasa dan pengalaman imersif yang mengagumkan.

Dilancarkan pada tahun ini untuk melengkapi Siri P73 daripada TV TCL, Bar Bunyi P733W saluran 3.1 yang sofistikated, dengan subwufer tanpa wayar, mempunyai bunyi keliling 3D demi pengalaman audio yang imersif dan berbilang dimensi. Dalam masa yang sama, Dolby Audio menyampaikan bunyi yang diperkaya, jelas dan berkuasa.

TCL X937U dengan teknologi RAY•DANZ merupakan bar bunyi utama TCL. Unit bergaya dengan 7.1.4 saluran ini mewujudkan persekitaran mendengar yang unggul serta teknologi TCL RAY DANZ yang eksklusif bagi menyediakan bunyi pentas luas dengan bunyi yang lebih alami.

PEDRI
Penyaman Udara FreshIN TCL


Seorang pemain bola sepak Sepanyol muda dan cemerlang yang membawa tenaga sepenuhnya kepada setiap permainan. Bertindak balas dengan pantas, beliau mencipta peluang untuk rakan-rakan sepasukan dan seorang pemain tengah yang amat efektif.

Bagi membuatkan rumah selesa untuk musim perayaan ini, FreshIN membawakan udara segar dan suasana penuh bertenaga ke sebarang bilik. Sama ada menyediakan bilik yang lebih sejuk atau lebih hangat untuk menikmati makan malam, menonton wayang pada waktu malam atau sebarang majlis perjumpaan, penyaman udara FreshIN sentiasa bertindak balas dengan efektif bagi memastikan suhu bilik seimbang dan selesa, hasil daripada angin yang sepoi-sepoi. Penulenan udara yang amat cekap menggunakan QuadruPuri Filters dengan empat lapisan penapisan yang berbeza.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Advertising Computer/Electronics Consumer Electronics Sports Awards