PARIS, 14 Januari 2014 /PRNewswire/ --
Kumpulan Altran telah melancarkan operasi inovasi kolaboratif untuk semua kakitangan mereka, terdiri daripada lebih 20,000 orang Innovation Makers[1] di seluruh dunia. THE i PROJECT (abjad "i" mewakili inovasi) direka bagi menggalakkan penyelidikan dan inovasi dalaman melalui pertandingan yang terbuka untuk semua kakitangan Kumpulan itu, tanpa mengira kerjaya mereka, industri mahu pun negara tempat mereka bekerja. Calon mesti menghantar usul mereka untuk inovasi berguna, sama ada dalam bentuk konsep atau prototaip kepada barisan juri.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130408/607421 )
Operasi THE i PROJECT Altran telah membolehkan Kumpulan itu menerokai pendekatan pengurusan lain. Program ini menggalakkan inisiatif persendirian, kerjasama berkumpulan dan memberi kakitangan peluang bagi memikirkan dan membangunkan konsep yang mereka gemari.
Memandangkan objektif strategik Kumpulan itu adalah untuk meramalkan keperluan baharu dan masa depan pelanggan, projek ini mestilah menunjukkan faedah berpotensi yang ia boleh tawarkan kepada Altran daripada segi perniagaan (pelanggan, reputasi, tarikan), pasaran baharu, dan nilai tambahan yang inovatif jika dibandingkan dengan pesaing kami.
EUR100,000 akan dihadiahkan kepada projek inovatif yang menang
Projek paling inovatif yang dipilih di dalam konteks pertandingan dalaman ini akan menerima bantuan kewangan bernilai EUR100,000 setiap satu. Bagi Altran, objektif akhirnya adalah untuk menzahirkan dan melengkapkan tawaran mereka agar Kumpulan itu boleh memenuhi keperluan pelanggan mereka dengan lebih baik.
Diminta memberi komen tentang kejayaan musim pertama program itu, Michael Bailly, Naib Presiden Eksekutif yang bertugas mengendalikan program dan inovasi untuk kumpulan Altran berkata: "Musim pertama THE i PROJECT telah mencatatkan kejayaan cemerlang daripada segi komitmen yang ditunjukkan oleh para Innovation Makers Kumpulan ini serta kualiti projek yang dibentangkan. Ini membuktikan fakta inovasi sudah sebati dalam jati diri Kumpulan ini!"
Bagi musim pertama THE i PROJECT, lima pemenang projek telah dipilih daripada sejumlah dua puluh peserta akhir. Musim pertama mendapat sambutan yang hangat daripada kakitangan dalam Kumpulan itu dengan penyertaan daripada 340 orang dari 15 negara berbeza untuk 104 projek.
Musim kedua "THE i PROJECT" kini sedang berlangsung dengan satu lagi gelombang penyertaan. Projek baharu itu dijangka akan dipertunjukkan pada 5 Mac 2014 dan akan mendapat faedah daripada aset utama Altran, iaitu kepelbagaian pasukannya, sektor aktiviti serta kemahiran.
Ketahui lebih lanjut tentang lima projek yang menang dalam THE i PROJECT musim pertama
Lihat sedutan "THE i PROJECT" musim kedua di sini:
1: pekerja kumpulan Altran
Sumber: Altran