omniture

FOTON tandatangani perjanjian pembangunan bersama, percepatkan perniagaan tenaga baharu Eropah

Foton International
2022-12-15 14:30 44

BEIJING, 15 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada 29 November 2022, FOTON menandatangani satu perjanjian bersama rakan kongsi Eropah bagi tujuan pembangunan kenderaan komersial ringan elektrik baharu. Perjanjian berkenaan mengukuhkan perkongsian yang terjalin oleh kedua-dua kumpulan ini pada September 2017 bagi tujuan pembangunan bersama penyelesaian yang inovatif untuk pasaran kenderaan komersial ringan. Sepanjang beberapa bulan akan datang, kedua-dua pihak akan memuktamadkan dokumentasi teknikal untuk projek dan kontrak menjelang Musim Bunga 2023.

FOTON EV truck launched at the Green Logistics Expo 2022 in Padua, Italy.
FOTON EV truck launched at the Green Logistics Expo 2022 in Padua, Italy.

Perjanjian baharu ini akan mengukuhkan perkongsian yang terjalin oleh kedua-dua kumpulan ini dalam bulan Mei 2018 bagi membangunkan dan mengeluarkan produk kenderaan komersial ringan yang baharu untuk pasaran Eropah, berdasarkan kepada platform produk trak-mini FOTON. Selepas lebih dua tahun terlibat dalam pembangunan bersama ini, trak bandar pertama daripada kedua-dua pihak, NP6 dilancarkan di Eropah pada 26 Januari 2021 yang mematuhi sepenuhnya piawaian Eropah.

Baru sahaja pada November ini di Ekspo Logistik Hijau (Green Logistics Expo) 2022 di Padua, Itali, FOTON membawa trak elektrik-penuh yang dibangunkan untuk pasaran Eropah, yang menunjukkan petanda ia menembusi pasaran tenaga baharu Eropah.

Pada bulan Jun tahun ini, FOTON telah mula muncul di Eropah. Pada 3 Jun, FOTON memperkenalkan buat julung kalinya dua trak elektrik tulen yang dibangunkan khas untuk pasaran Eropah di pameran IFAT yang bertempat di Munich, Jerman. Sejak itu, FOTON telah memulakan penembusannya ke dalam pasaran tenaga baharu Eropah.

Diketahui bahawa Kesatuan Eropah mencapai persetujuan untuk mengharamkan kereta enjin-pembakaran baharu dengan efektif mulai tahun 2035 yang bererti pasaran kenderaan tenaga baharu Eropah sedang beralih menuju laluan yang membuahkan hasil. FOTON telahpun mencapai piawaiannya untuk teknologi tenaga baharu, kualiti produk dan rantaian bekalan. Sebagai kad akses ke pasaran Eropah, WVTA diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai salah satu sistem pensijilan yang paling bernilai di dunia dan diterima di seluruh EU tanpa memerlukan ujian selanjutnya. Rangkaian produk tenaga baharu FOTON termasuk trak elektrik tulen, VAN dan bas, telah menerima pensijilan WVTA serta telah mula beroperasi di negara-negara seperti Australia, New Zealand dan Singapura.

Difahamkan bahawa FOTON juga meningkatkan jaringan operasi, jualan dan perkhidmatannya secara beransur-ansur di Eropah. Dalam beberapa tahun akan datang, FOTON akan berusaha untuk mencapai kejayaan yang penting dalam pasaran Eropah seperti Itali, Poland serta Jerman dan menguasai pasaran tenaga baharu Eropah secara beransur-ansur dengan membangunkan rantaian perindustrian dalam pasaran termaju.

Source: Foton International
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Transportation Trucking and Road Transportation Utilities Contracts