V. Koneti Rao, MD berkongsi bukti baharu tentang keselamatan jangka panjang dan tindak balas hematologi pada pesakit yang menerima leniolisib untuk merawat APDS, sejenis imunokekurangan primer jarang jumpa
Analisis interim menunjukkan leniolisib boleh diterima dengan baik dan menunjukkan hasil keputusan ketahanan keberkesanan yang telah dilihat dalam ujian rawak terkawal Fasa II/III
LEIDEN, Belanda, 16 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pharming Group N.V. ("Pharming" atau "Syarikat") (EURONEXT Amsterdam: PHARM) (Nasdaq: PHAR) mengumumkan data, termasuk bukti baharu, daripada analisis interim kajian lanjutan label terbukanya yang menilai ubat percubaan leniolisib, sejenis perencat fosfoinositida 3-kinase delta (PI3Kδ) oral yang terpilih, untuk merawat pesakit dewasa dan remaja yang menghidap sindrom fosfoinositida 3-kinase delta teraktif (APDS), sejenis imunokekurangan primer jarang jumpa. Penyelidik utama, V. Koneti Rao, M.D., seorang pakar perubatan kakitangan di Klinik Kekurangan Imun Primer di Institut Kesihatan Kebangsaan di Bethesda, Maryland, AS, telah berkongsi penemuan positif tersebut dalam satu pembentangan lisan di Mesyuarat Tahunan Persatuan Hematologi Amerika (ASH) 2022.
Dr. Virgil Dalm, Penyelidik Utama merangkap Perunding Imunologi Klinikal Erasmus MC, Rotterdam, Belanda mengulas:
"Saya teruja dengan penemuan Pharming yang terus menyokong leniolisib sebagai rawatan percubaan yang boleh diterima dengan baik dan memberi manfaat kepada pesakit yang mengalami APDS. Keputusan ini menunjukkan toleransi jangka panjang leniolisib dengan tempoh median terapi kajian melebihi 2 tahun (102 minggu) dan 5 orang subjek dirawat selama 5 tahun atau lebih. Individu yang menghidap APDS sering mengalami jangkitan berulang dan Terapi Penggantian Imunoglobulin (IRT) sepanjang hayat adalah diperlukan untuk mengurangkan masalah ini. Malah, rawatan leniolisib telah menunjukkan pengurangan yang signifikan dalam kadar jangkitan tahunan, manakala 37% pesakit kajian yang menjalani IRT dapat mengurangkan atau menghentikan rejimen IRT mereka sama sekali. Ini merupakan hasil yang luar biasa bagi mana-mana kajian tentang ralat semula jadi imuniti dan melalui kajian berterusan leniolisib ini, saya berharap dapat menyumbang kepada pengetahuan tentang pilihan rawatan yang lebih baik untuk individu yang mengalami APDS."
Kajian lanjutan yang sedang dijalankan ini merangkumi 37 orang pesakit yang mengalami APDS berusia 12 tahun dan ke atas, di mana pada waktu pemotongan data untuk analisis interim ini, mereka telah menerima 70 mg perencat PI3Kδ terpilih leniolisib sebanyak dua kali sehari selama enam tahun dan tiga bulan, dengan tempoh median terapi kajian selama 102 minggu. Kajian ini direka terutamanya untuk menilai keselamatan dan toleransi rawatan leniolisib jangka panjang pada pesakit remaja dan dewasa dengan APDS yang sebelum ini pernah mengambil bahagian dalam kajian leniolisib Fasa II/III. Titik akhir sekunder kajian lanjutan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan dan farmakokinetik rawatan leniolisib jangka panjang pada pesakit-pesakit ini.
Analisis interim mendapati bahawa leniolisib boleh diterima dengan baik sehingga ke tahap ini dalam kajian ini. Ia juga menunjukkan hasil keputusan ketahanan keberkesanan yang dapat dilihat dalam ujian rawak dan terkawal sebelum ini yang menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding kumpulan plasebo dalam titik akhir primer bersama bagi pengurangan saiz nodus limfa dan peningkatan bilangan sel B naif. Keputusan interim menunjukkan kesan jangka panjang yang menggalakkan terhadap nyahpengawalaturan dan kekurangan imun yang sering dilihat pada pesakit yang mengalami APDS, dengan manifestasi klinikal termasuk jangkitan, limfoproliferasi, keautoimunan, enteropati, bronkiektasis, peningkatan risiko limfoma dan kematian awal.
Sebahagian besar peristiwa mudarat (AE) yang dilaporkan dalam analisis interim ini adalah gred 1 dan 2, dan merangkumi jangkitan saluran pernafasan atas, sakit kepala dan demam. Gred 1 bagi AE adalah yang paling kurang teruk manakala gred 5 adalah yang paling teruk. Secara keseluruhan, 13.5% daripada AE adalah berkaitan dengan ubat-ubatan kajian; ia telah memberi kesan kepada lima orang pesakit, termasuklah menyebabkan peningkatan berat badan, artralgia, hiperglisemia dan penurunan bilangan neutrofil. Daripada keseluruhan AE yang dinilai dalam analisis tersebut, 16.2% diklasifikasikan sebagai serius, tetapi tiada satu pun daripadanya yang dikenal pasti berkaitan dengan rawatan kajian. Terdapat satu kematian dalam kalangan peserta kajian yang dikenal pasti tidak berkaitan dengan rawatan kajian.
Dalam kalangan peserta kajian, sesetengah daripada mereka telah mengalami pengurangan dalam penanda penyakit APDS, dengan tahap tindak balas yang berbeza-beza antara individu. Tindak balas yang berlaku termasuk:
Apa yang lebih penting adalah 37% daripada peserta yang menjalani terapi penggantian imunoglobulin (IRT) mampu mengurangkan penggunaan IRT mereka semasa mengambil leniolisib. Enam orang pesakit telah berhenti menjalani IRT, dengan empat daripada mereka ini telah berhenti menjalani IRT selama 1 hingga 2.5 tahun ketika pemotongan data dilakukan. Setakat waktu pemotongan data untuk analisis interim ini, antara tiga orang pesakit yang mempunyai sejarah masalah limfoma sebelum ujian ini, tidak ada seorang pun yang mengalami masalah limfoma berulang atau yang baru semasa mengambil bahagian dalam kajian ini.
Anurag Relan, MD, MPH, Ketua Pegawai Perubatan Pharming mengulas:
"Pharming berbesar hati untuk berkongsi penemuan interim yang positif tentang keselamatan dan keberkesanan jangka panjang leniolisib. Keputusan yang diumumkan pada Mesyuarat Tahunan ASH 2022 ini adalah hasil daripada penemuan kajian Fasa II/III yang diumumkan pada awal tahun ini dan diterbitkan dalam jurnal Blood1 pada bulan November 2022 yang menyerlahkan potensi leniolisib untuk mengawal perkembangan gejala APD yang berkaitan dengan imun. Kami berasa bangga dapat membantu memenuhi keperluan yang tidak dipenuhi dengan membangunkan sesuatu yang boleh menjadi ubat pertama yang diluluskan untuk menyasarkan punca bagi APDS."
Penemuan analisis interim ini adalah selaras dengan data yang diperoleh, yang pertama kali dilaporkan pada 2 Februari 2022 untuk ujian klinikal Fasa II/III yang mengkaji leniolisib sebagai rawatan untuk pesakit golongan dewasa dan remaja yang mengalami APDS. Berbanding dengan kumpulan plasebo, pesakit dalam ujian klinikal Fasa II/III telah mencapai pengurangan yang ketara dari segi saiz nodus limfa indeks dan mencapai peningkatan dalam peratusan bilangan sel B naif dalam darah periferal.
Berdasarkan keputusan ujian klinikal Fasa II/III dan data lanjutan label terbuka jangka panjang ini, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) A.S. kini menjalankan satu semakan keutamaan bagi Permohonan Ubat-ubatan Baharu Pharming untuk leniolisib sebagai rawatan untuk golongan remaja dan dewasa yang mengalami APDS serta telah menetapkan tarikh sasaran Akta Yuran Pengguna Ubat-ubatan Preskripsi (PDUFA) pada 29 Mac 2023. Selain itu, Permohonan Kebenaran Pemasaran (MAA) Pharming untuk leniolisib dalam populasi pesakit yang sama telah disahkan untuk penilaian di bawah semakan yang dipercepat oleh Jawatankuasa Produk Perubatan untuk Kegunaan Manusia (CHMP) Agensi Perubatan Eropah (EMA). Kebenaran pemasaran untuk leniolisib di Kesatuan Eropah dijangka akan diperoleh pada separuh pertama tahun 2023.
Tentang Sindrom Fosfoinositida 3-Kinase δ Teraktif (APDS)
APDS ialah sejenis imunokekurangan primer jarang jumpa yang dihidapi oleh kira-kira 1 hingga 2 orang bagi setiap sejuta orang. APDS berlaku disebabkan oleh varian dalam salah satu daripada dua gen berikut iaitu PIK3CD atau PIK3R1 yang mengawal kematangan sel darah putih. Varian gen-gen ini membawa kepada hiperaktiviti laluan PI3Kδ (fosfoinositida 3-kinase delta).2,3 Isyarat seimbang dalam laluan PI3Kδ adalah penting untuk fungsi imun fisiologi. Apabila laluan ini menjadi hiperaktif, sel imun gagal untuk mencapai tahap matang dan berfungsi dengan betul, yang membawa kepada imunokekurangan dan nyahpengawalaturan.2,4 APDS dicirikan oleh jangkitan sinopulmonari yang parah dan berulang, limfoproliferasi, keautoimunan dan enteropati.5,6 Oleh kerana gejala-gejala ini boleh dikaitkan dengan pelbagai keadaan, termasuk imunokekurangan primer yang lain, individu yang menghidap APDS sering disalah diagnosis dan mengalami kelewatan diagnostik median selama 7 tahun.7 Memandangkan APDS adalah sejenis penyakit progresif, kelewatan seperti ini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan yang terkumpul dari semasa ke semasa, termasuk kerosakan paru-paru kekal dan limfoma.5-8 Satu-satunya cara untuk mendiagnosis keadaan ini secara tepat ialah melalui ujian genetik.
Tentang leniolisib
Leniolisib ialah sejenis perencat molekul kecil isoform delta bagi subunit pemangkin 110 kDa kelas IA PI3K. PI3Kδ dinyatakan secara dominan dalam sel hematopoietik dan ia adalah penting untuk fungsi sistem imun biasa melalui penukaran fosfatidilinositol-4-5-trifosfat (PIP2) kepada fosfatidilinositol-3-4-5-trifosfat (PIP3). Leniolisib merencat penghasilan PIP3 yang berfungsi sebagai utusan sel penting yang mengaktifkan AKT (melalui PDK1) dan mengawal pelbagai fungsi sel seperti pembiakan, pembezaan, pengeluaran sitokin, kemandirian sel, angiogenesis dan metabolisme. Tidak seperti PI3Kα and PI3Kβ yang sentiasa dinyatakan di kebanyakan tempat, PI3Kẟ and PI3Kγ dinyatakan terutamanya dalam sel-sel yang berasal dari hematopoietik. Peranan utama PI3Kẟ dalam mengawal pelbagai fungsi sel bagi sistem imun mudah suai (sel B dan sedikit sel T) serta sistem imun semula jadi (neutrofil, sel masta dan makrofaj) menunjukkan dengan jelas bahawa PI3Kẟ adalah sasaran terapeutik yang sah dan berpotensi berkesan untuk penyakit imun seperti APDS. Setakat ini, leniolisib telah diterima dengan baik semasa Fasa 1 ujian pertama kepada manusia ke atas subjek yang sihat serta Fasa II/III kajian yang membenarkan pendaftaran pada pesakit APDS.
Tentang Pharming Group N.V.
Pharming Group N.V. (EURONEXT Amsterdam: PHARM/Nasdaq: PHAR) ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal global yang dikhususkan untuk mengubah kehidupan pesakit yang menghidap penyakit jarang jumpa, melemahkan badan dan mengancam nyawa. Pharming mengkomersial dan membangunkan portfolio yang inovatif bagi terapi penggantian protein dan ubat-ubatan kepersisan, termasuk molekul kecil, biologi dan terapi gen yang sedang dalam pembangunan dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Pharming beribu pejabat di Leiden, Belanda dan mempunyai pekerja di seluruh dunia yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit di lebih 30 pasaran di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pharming.com dan temui kami di LinkedIn.
Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan merupakan pernyataan terhadap jangkaan masa depan yang berdasarkan jangkaan dan andaian semasa daripada pihak pengurusan serta melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang diketahui dan tidak diketahui yang mungkin menyebabkan keputusan, prestasi dan kejadian sebenar berbeza secara material daripada apa yang dinyatakan atau tersirat dalam kenyataan ini. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini dikenal pasti melalui penggunaan istilah dan frasa seperti "tujuan", "cita-cita", ''jangka'', ''percaya'', ''boleh'', ''anggaran'', ''jangkaan'', ''matlamat'', ''hasrat'', ''mungkin'', "pencapaian", ''objektif'', ''pandangan'', ''rancang'', ''kemungkinan'', ''unjur'', ''risiko'', "jadual", ''mengharap'', ''sepatutnya'', ''sasaran'', ''akan'' dan istilah serta frasa yang serupa. Contoh bagi pernyataan berpandangan ke hadapan mungkin merangkumi pernyataan berkenaan dengan masa dan kemajuan kajian praklinikal Pharming dan ujian klinikal calon produknya, prospek klinikal dan komersial Pharming, serta jangkaan Pharming tentang unjuran keperluan modal kerja dan sumber tunainya, yang mana penyataan ini tertakluk kepada beberapa risiko, ketidakpastian dan andaian, termasuk tetapi tidak terhad kepada skop, kemajuan dan pengembangan ujian klinikal Pharming dan kos yang rumit; serta perkembangan klinikal, saintifik, kawal selia dan teknikal. Dengan mengambil kira risiko dan ketidakpastian ini, serta risiko dan ketidakpastian lain yang diterangkan dalam Laporan Tahunan 2021 Pharming dan Laporan Tahunan pada Borang 20-F untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021 yang telah difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S., segala peristiwa dan keadaan yang dibincangkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini mungkin tidak berlaku, dan keputusan sebenar Pharming mungkin berbeza secara material dan bertentangan daripada apa yang dijangkakan atau tersirat di dalam pernyataan ini. Semua pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini layak dinyatakan secara menyeluruh dengan pernyataan amaran yang terkandung atau dirujuk dalam bahagian ini. Pembaca tidak sepatutnya meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada pernyataan berpandangan ke hadapan. Sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan hanya benar pada tarikh siaran akhbar ini dan berdasarkan maklumat yang tersedia kepada Pharming pada tarikh siaran ini. Pharming tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda mana-mana pernyataan ini secara terbuka.
Maklumat Dalaman
Siaran akhbar ini berkaitan dengan pendedahan maklumat yang layak atau mungkin telah layak disifatkan sebagai maklumat dalaman mengikut takrifan Artikel 7(1) Peraturan Penyalahgunaan Pasaran Kesatuan Eropah.
Rujukan
1. Rao VK, dll. Blood. 2022. https://doi.org/10.1182/blood.2022018546.
2. Lucas CL, dll. Nat Immunol. 2014;15:88-97.
3. Elkaim E, dll. J Allergy Clin Immunol. 2016;138(1):210-218.
4. Nunes-Santos C, Uzel G, Rosenzweig SD. J Allergy Clin Immunol. 2019;143(5):1676-1687.
5. Coulter TI, dll. J Allergy Clin Immunol. 2017;139(2):597-606.
6. Maccari ME, dll. Front Immunol. 2018;9:543.
7. Jamee M, dll. Clin Rev Allergy Immunol. 2019;21 Mei.
8. Condliffe AM, Chandra A. Front Immunol. 2018;9:338.
Untuk mendapatkan maklumat awam selanjutnya, sila hubungi:
Pharming Group, Leiden, Belanda
Michael Levitan, Naib Presiden Perhubungan Pelabur & Komunikasi Korporat
Tel: +1 (908) 705 1696
Heather Robertson, Pengurus Perhubungan Pelabur & Komunikasi Korporat
E-mel: investor@pharming.com
FTI Consulting, London, UK
Victoria Foster Mitchell/Alex Shaw/Amy Byrne
Tel: +44 203 727 1000
LifeSpring Life Sciences Communication, Amsterdam, Belanda
Leon Melens
Tel: +31 6 53 81 64 27
E-mel: pharming@lifespring.nl
Perhubungan Awam AS:
Ethan Metelenis
E-mel: Ethan.Metelenis@precisionvh.com Tel: +1 (917) 882 9038
Perhubungan Awam EU:
Dan Caley
E-mel: Dan.caley@aprilsix.com Tel: +44 (0) 787 546 8942
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1778344/Pharming_Group_NV_Logo.jpg?p=medium600