omniture

Penubuhan NV Gotion Thailand tatkala Gotion merancang untuk membina tapak eksport bateri di negara-negara ASEAN

Gotion High-Tech
2022-12-16 20:27 60

HEFEI, China, 16 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada 15 Disember, Gotion High-tech menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Nuovo Plus daripada PTT Group yang berpangkalan di Thailand, untuk menubuhkan usaha sama yang digelar NV Gotion Co., LTD Thailand (Akan ditentukan, singkatannya NV Gotion). Usaha sama berkenaan memfokuskan kepada reka bentuk, pembangunan, pengilangan, penjualan dan eksport modul bateri dan produk pek serta bertujuan untuk meninjau pasaran tenaga baharu ASEAN dan membina tapak eksport bateri di ASEAN. PTT Group merupakan syarikat tenaga dan petrokimia dikawal negara yang terbesar di Thailand. Perkongsian berkenaan akan membantu Thailand mencapai pengelektrikan penuh dan emisi karbon sifar bersih menjelang tahun 2065.

Online signing ceremony site
Online signing ceremony site

Pada sebelah pagi hari berkenaan, kedua-dua pihak menandatangan perjanjian melalui pautan video. Ketua Pegawai Perniagaan dan Infrastruktur Baharu PTT Group dan Pengerusi Lembaga Nuovo Plus, Buranin Rattanasombat serta Pengerusi Gotion High Tech, Li Zhen menghadiri mesyuarat berkenaan dan menyaksikan upacara tersebut.

Menurut perjanjian tersebut, Gotion Singapore PTE. Ltd. daripada Gotion High-tech menjalin kerjasama strategik dengan Nuovo Plus Co., LTD daripada PTT Group berpangkalan di Thailand dan merancang untuk menubuhkan Thailand NV Gotion Co., Ltd. ("NV Gotion") di Koridor Ekonomi Timur (EEC) Thailand. Skop perniagaan usaha sama tersebut merangkumi reka bentuk, pembangunan, pengesahan dan pengilangan modul bateri dan pek bateri selain sistem pengurusan bateri untuk pelbagai jenis kenderaan dan sistem storan tenaga. NV Gotion merancang untuk membina barisan pengeluaran pek bateri kuasa ion-litium di EEC. Menjelang suku keempat tahun 2023, fasa pertama barisan pengeluaran itu dijangka akan memulakan kerja-kerja pengeluaran dan menyediakan produk bateri yang berkualiti tinggi ke pasaran. NV Gotion akan meninjau dengan aktif pasaran tenaga baharu di negara-negara anggota ASEAN dan dalam masa yang sama merealisasikan pengilangan bateri tempatan dan pembangunan pasaran di Thailand. Ia komited untuk membina tapak eksport bateri di ASEAN.

Latar Belakang Gotion High-tech

Gotion High-tech ialah penyedia penyelesaian tenaga baharu yang terkemuka di dunia. Ia memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan bateri ion-litium EV dan bateri ESS serta tersenarai antara yang teratas di China dan pasaran global dari segi kekuatan komprehensif. Ketika ini, Gotion High-tech mengendalikan lebih daripada 14 tapak pengilangan bateri berskala-giga di seluruh dunia. Menerusi 5 tapak material bateri, perniagaannya turut meliputi seluruh rantaian bekalan bateri daripada huluan hingga hiliran, termasuk kitar semula bateri.

 

 

 

Source: Gotion High-Tech
Related Stocks:
Shanghai:002074
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Joint ventures Licensing/marketing agreements