omniture

HADIAHKAN KHAZANAH BOTANI DENGAN SET KRISMAS BARE FOR BARE

Bare for Bare
2022-12-16 22:57 18

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Serlahkan rasa cinta dan kasih sayang anda pada musim Krismas ini dengan khazanah botani dengan set Krismas Bare for Bare. Produk penjagaan diri dan mandian badan Bare for Bare menjanjikan kualiti terbaik dengan hampir 100% bahan botani semulajadi. Rangkaian semula jadi itu dihasilkan dengan teliti menggunakan 100% minyak pati tulen untuk memberikan aromaterapi yang mendamaikan dan manfaat yang menenangkan. Pengalaman penjagaan badan mewah Bare for Bare adalah seperti pelukan Ibu, kembali kepada asas kuasa penyembuhan khazanah alam semula jadi.

Hadiahkan Khazanah Botani Dengan Set Krismas Bare for Bare
Hadiahkan Khazanah Botani Dengan Set Krismas Bare for Bare

Bare for Bare juga bebas kekejaman dan bebas daripada sumber haiwan - tiada satu pun daripada produknya diuji pada haiwan dan tidak mengandungi produk sampingan haiwan. Malah botolnya boleh terbiodegradasi.

Pemenang "Penjagaan Badan Terbaik" 2022 (Mandian dan Losyen Badan Lavender dan Camomile), Anugerah Kecantikan dan Kesejahteraan, yang dianugerahkan oleh Beauty Insider, kini membolehkan anda mengalami kebaikan penjagaan badan dalam lima set yang mampu milik, setiap satu berharga dibawah RM100. Pek Mini Twin (RM19.80), yang mengandungi dua botol sama ada  penjagaan badan atau rambut bersaiz kembara (60ml), sangat sesuai untuk pertukaran hadiah mengikut bajet. Set Yin Yang (RM32.80) terdiri daripada krim tangan botani dan sabun botani 80g percuma - sesuai untuk merawat tangan yang letih. Set Triple Indulgence (RM68.70) membolehkan anda bereksperimen dengan tiga krim tangan botani dalam empat varian - ros merah, lavender, rosemary dan teh hijau. Dan jika anda ingin mencuba kesemua produk di atas, Set Abundance (RM99) menawarkan mandian dan losyen badan bersaiz penuh (300ml), lengkap dengan krim tangan dan sabun botani percuma dalam kotak hadiah yang menawan.

Dapatkan set hadiah Krismas Bare for Bare hari ini - sekarang hanya boleh didapati di laman web mereka, www.bareforbare.com.

Tentang Bare for Bare

Direka di Singapura, Bare for Bare diilhamkan dan diformulasikan secara asli dengan bahan-bahan alami dan botani dalam setiap produk untuk memberikan anda manfaat semula jadi yang terbaik, disamping menjaga Alam Semulajadi. Bare for Bare menawarkan rangkaian produk mewah mampu milik yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memanjakan diri dan memenuhi setiap keperluan anda, membantu anda untuk bertenang dan berehat. Setiap produk kaya dengan rumusan dan rendaman gabungan minyak pati istimewa yang dirumus khas, memberikan anda rejim penjagaan badan, penjagaan rambut dan penjagaan kulit yang menyegarkan dan menenangkan.

 

Source: Bare for Bare
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail