GAITHERSBURG, Maryland, 19 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX), sebuah syarikat bioteknologi yang dikhususkan untuk membangun dan mengkomersialkan vaksin generasi seterusnya bagi penyakit berjangkit yang serius, hari ini mengumumkan harga bagi tawaran amaun pokok agregat bernilai $150 juta daripada 5.00% nota senior boleh tukar syarikatnya yang matang pada tahun 2027 ("nota"). Nota tersebut ditawarkan dan dijual hanya kepada individu yang dipercayai secara munasabah sebagai pembeli institusi yang layak menurut Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda. Sehubungan dengan tawaran nota tersebut, Novavax telah memberikan pilihan selama 30 hari kepada pembeli awal untuk membeli amaun pokok agregat tambahan bagi nota tersebut bernilai sehingga $25.25 juta. Tawaran nota ini dijangka akan ditutup pada 20 Disember 2022, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan yang lazim.
Nota tersebut akan mewakili kewajiban nota senior tidak bercagar Novavax yang akan mengumpulkan faedah terakru yang perlu dibayar setiap setengah tahun secara tertunggak dan akan matang pada 15 Disember 2027, melainkan jika ditukar, ditebus atau dibeli semula lebih awal. Novavax akan menyelesaikan penukaran dengan membayar atau menyerahkan, seperti yang berkenaan, sama ada wang tunai, saham biasa, nilai tara $0.01 sesaham ("saham biasa"), atau gabungan tunai dan saham biasa, mengikut ketentuan Novavax. Nota tersebut akan dapat ditebus, secara keseluruhan atau sebahagian (tertakluk kepada had tertentu), dengan wang tunai mengikut pilihan Novavax pada bila-bila masa, dan dari semasa ke semasa, pada atau selepas 22 Disember 2025, sekiranya harga jualan terakhir yang dilaporkan bagi saham biasa adalah sekurang-kurangnya bernilai 130% daripada harga penukaran pada masa itu yang berkuat kuasa untuk sekurang-kurangnya 20 hari dagangan (sama ada berturut-turut atau tidak), dalam mana-mana tempoh 30 hari dagangan berturut-turut (termasuk hari dagangan terakhir bagi tempoh tersebut) yang berakhir pada hari dagangan dan termasuk hari dagangan sejurus sebelum tarikh Novavax memberikan notis penebusan pada harga penebusan yang bersamaan dengan nilai 100% daripada amaun pokok nota tersebut yang akan ditebus, termasuk sebarang faedah terakru dan masih belum dibayar pada, tetapi tidak termasuk, tarikh penebusan.
Nota tersebut akan boleh ditukar pada kadar penukaran awal sebanyak 80,0000 saham biasa bagi setiap $1,000 amaun pokok nota (bersamaan dengan harga penukaran awal bernilai $12.50 sesaham, yang mewakili premium penukaran sebanyak 25% daripada harga tawaran awam dalam tawaran saham biasa serentak seperti penerangan di bawah).
J.P. Morgan, Jefferies dan Cowen bertindak sebagai pengurus penaja jamin bersama dan wakil pembeli awal bagi tawaran nota tersebut. J. Wood Capital Advisors bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Syarikat ini berhubung dengan tawaran nota tersebut.
Serentak dengan pengumuman tawaran nota tersebut, Novavax turut mengumumkan pada hari ini harga bagi tawaran awam yang ditaja jamin yang diumumkan sebelum ini untuk menjual sehingga 6,500,000 saham biasanya pada harga tawaran awam bernilai $10.00 sesaham yang menjadikan keseluruhan saham biasanya bernilai $65 juta. Sehubungan dengan tawaran saham biasa tersebut, Novavax memberikan pilihan selama 30 hari kepada penaja jamin untuk membeli sehingga 975,000 saham biasa tambahan pada harga tawaran awam, yang ditolak diskaun dan komisen penajaan jamin. Tawaran nota tersebut tidak bergantung pada penyempurnaan tawaran saham biasa serentak, manakala tawaran saham biasa serentak tidak bergantung pada penyempurnaan tawaran nota tersebut. Tawaran saham biasa serentak ini dijangka akan ditutup pada 20 Disember 2022, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan yang lazim.
Novavax boleh menggunakan hasil bersih daripada tawaran nota tersebut dan tawaran saham biasa serentak, sekiranya disempurnakan, untuk tujuan korporat umum, termasuk tetapi tidak terhad kepada pelancaran komersial global Nuvaxovid yang berterusan, pembayaran balik atau pembelian semula sebahagian daripada $325 juta amaun pokok tertunggak daripada 3.75% nota senior tidak bercagar dan boleh ditukar syarikatnya yang perlu dibayar pada 1 Februari 2023, modal kerja, perbelanjaan modal, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, perbelanjaan ujian klinikal, pembayaran balik di bawah perjanjian pembekalan kami, serta pengambilalihan dan tujuan strategik yang lain.
Novavax menganggarkan bahawa perolehan bersih daripada tawaran nota tersebut akan bernilai kira-kira $142.2 juta (atau kira-kira $166.3 juta sekiranya pembeli awal melaksanakan sepenuhnya pilihan mereka untuk membeli nota tambahan), selepas menolak diskaun pembeli awal dan anggaran perbelanjaan tawaran yang perlu dibayar oleh Novavax.
Tawaran dan penjualan nota tersebut tidak didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda ("Akta Sekuriti") atau mana-mana undang-undang sekuriti negeri. Nota tersebut mungkin tidak ditawarkan atau dijual di A.S. kecuali menurut pengecualian daripada syarat pendaftaran Akta Sekuriti dan mana-mana undang-undang sekuriti negeri yang berkenaan.
Nota tersebut ditawarkan hanya kepada individu yang dipercayai secara munasabah sebagai pembeli institusi yang layak menurut Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti. Tawaran dan penjualan nota tersebut serta mana-mana saham biasa yang boleh dikeluarkan selepas penukaran nota adalah tidak pernah, dan tidak akan, didaftarkan di bawah Akta Sekuriti atau mana-mana undang-undang sekuriti lain, dan nota serta mana-mana saham sedemikian tidak boleh ditawarkan atau dijual tanpa pendaftaran atau kecuali menurut pengecualian yang berkenaan daripada, atau dalam transaksi yang tidak tertakluk kepada, syarat pendaftaran Akta Sekuriti dan mana-mana undang-undang sekuriti lain yang berkuat kuasa.
Siaran akhbar ini tidak membentuk suatu tawaran untuk menjual atau mengumpan tawaran untuk membeli sekuriti yang ditawarkan ini, dan tidak akan ada sebarang jualan bagi sekuriti yang ditawarkan ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa lain di mana tawaran, pengumpanan, atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan berdasarkan undang-undang sekuriti mana-mana negeri atau bidang kuasa lain.
Tentang Novavax
Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX) ialah sebuah syarikat bioteknologi yang mempromosikan kesihatan yang lebih baik di seluruh dunia melalui penemuan, pembangunan dan pengkomersialan vaksin inovatif untuk mencegah penyakit berjangkit yang serius. Platform teknologi rekombinan proprietari syarikat ini memanfaatkan kuasa dan kepantasan kejuruteraan genetik untuk menghasilkan nanopartikel imunogen tinggi dengan cekap yang direka untuk menangani keperluan kesihatan global yang penting. Vaksin COVID-19 Novavax telah mendapat kebenaran daripada pelbagai pihak berkuasa kawal selia di seluruh dunia termasuk Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S, Suruhanjaya Eropah dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Vaksin ini kini sedang dinilai oleh pelbagai agensi kawal selia di seluruh dunia, termasuklah untuk petunjuk dan populasi tambahan seperti golongan remaja serta sebagai dos penggalak. Selain vaksin COVID-19 ini, Novavax juga sedang menilai calon vaksin Gabungan Influenza dengan COVID-19 (CIC) dalam sebuah ujian klinikal Fasa 1/2, iaitu calon vaksin percubaan influenza kuadrivalen miliknya dan vaksin berasaskan strain Omicron (NVX-CoV2515) serta vaksin berasaskan strain asal / berasaskan Omicron berformat bivalen. Calon-calon vaksin ini menggabungkan adjuvan Matrix-M berasaskan saponin proprietari Novavax untuk meningkatkan tindak balas imun dan merangsang tahap antibodi peneutralan yang tinggi.
Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan. Para pelabur dinasihatkan supaya tidak bergantung sepenuhnya pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan tentang keupayaan Novavax untuk melengkapkan tawaran ini dengan jayanya, anggaran hasil bersih daripada tawaran tersebut serta penggunaan perolehan yang dijangkakan oleh Novavax. Novavax memberi amaran bahawa pernyataan berpandangan ke hadapan ini tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian yang berkenaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berkaitan dengan sama ada Novavax akan dapat menyempurnakan tawaran yang berpotensi pada garis masa yang ditetapkan atau mengikut terma yang dijangkakan, sekiranya berlaku, dan kemungkinan kesan buruk pada harga pasaran saham biasanya. Selain itu, pengurusan Novavax mengekalkan budi bicara yang luas berkenaan peruntukan hasil bersih daripada tawaran tersebut. Risiko yang berkenaan juga merangkumi risiko yang disenaraikan di bawah tajuk "Faktor Risiko" dan di tempat lain dalam Laporan Tahunan Novavax pada Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2021 dan dalam Laporan Suku Tahunan Novavax pada Borang 10-Q untuk suku tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2022, sebagai tambahan kepada faktor risiko yang disertakan dari semasa ke semasa dalam pemfailan SEC yang berikutnya oleh Novavax. Pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini adalah tepat hanya pada tarikh dokumen ini sahaja dan Novavax tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan tersebut. Perniagaan Novavax tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang tinggi termasuk yang dirujuk di atas. Para pelabur, bakal pelabur dan mereka yang lain perlu memberi pertimbangan yang teliti terhadap risiko dan ketidakpastian ini. Semua pernyataan berpandangan ke hadapan adalah layak secara keseluruhannya berdasarkan pernyataan amaran ini.
Hubungan:
Pelabur
Erika Schultz | 240-268-2022
ir@novavax.com
Media
Ali Chartan atau Giovanna Chandler | 202-709-5563
media@novavax.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1506866/Novavax_High_Res_Logo.jpg?p=medium600