omniture

Kejayaan Penting yang Mungkin Dicapai dalam Diagnostik Penyakit Kardiovaskular untuk Asia Tenggara

Neuome Peptides Pte. Ltd.
2022-12-19 09:02 69

SINGAPURA, 19 Disember 2022  /PRNewswire/ -- Neuome Peptides Pte. Ltd., sebuah syarikat berpangkalan di Singapura telah mewujudkan platform pembangunan-cerakin, dikuasakan oleh pembelajaran mesin dan algoritma berpaten yang baharu untuk pengesanan penanda bio yang boleh diukur.


Syarikat ini berjaya mereka bentuk peptida khusus untuk mengikat kepada penanda bio terbukti, yang sedia ada untuk Penyakit Kardiovaskular dan ketika ini sedang membangunkan cerakin diagnostik yang efektif. Penggunaan peptida kecil, terkonjugasi dengan nanopartikel emas, memberikan keseimbangan antara kekhususan dan kepekaan yang tinggi, seterusnya memberi keputusan yang amat tepat dan pantas.

Menurut Persekutuan Jantung Dunia, penyakit kardiovaskular menyumbang sebanyak hampir satu pertiga daripada semua kematian di Asia Tenggara, membunuh 4 juta orang setiap tahun. Justeru itu, ujian yang kerap dengan diagnosis yang dipertingkat diperlukan bagi tujuan penjagaan pencegahan.

Ini dapat dijayakan dengan produk TruHeart™, cerakin tempat jagaan untuk mendiagnosis Sindrom Koronari Akut yang dapat memberi keputusan yang boleh diukur dalam 3-5 minit, menggunakan sampel tusukan jari untuk menguji penanda bio yang penting, Troponin I dan T, serta Mioglobin (akhirnya dilanjutkan kepada D-Dimer dan Peptida Natriuretik Otak). Ia berada di peringkat lanjutan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta semakin maju kepada percubaan klinikal global. Ia akan dihantar bagi mendapatkan kelulusan FDA dan kemudian diperkenalkan ke pasaran setelah mendapat kelulusan.

Produk ini boleh menjadi pengubah keadaan, membolehkan pesakit membuat pemeriksaan yang berpatutan untuk keadaan yang mungkin membawa maut ini pada peringkat awal dengan mudah, di rumah mereka sendiri, mencapai keputusan yang boleh diukur tanpa memerlukan makmal. Ini dapat membimbing pesakit dengan lebih cekap untuk mendapatkan perhatian perubatan yang sewajarnya; mereka yang mengalami keadaan jantung yang lazim juga boleh memantau keadaan mereka di rumah secara teratur. Berbanding dengan piawaian industri, ia berpatutan dengan cara yang unik; kartrij bersalut peptida akan berharga hanya ~USD$2, manakala pembaca elektronik kuantitatif akan berharga ~USD$80. Ini berbeza dengan peranti tempat jagaan sedia ada yang turut memberi keputusan kuantitatif untuk penanda bio jantung, namun dengan peranti yang berharga sehingga USD$4,500dengan kartrij berharga dalam lingkungan USD$18-37.

Lembaga Penasihat Saintifik syarikat ini melibatkan pemimpin-pemimpin tersohor dalam bidang ini, seperti Padmashri Balram Bhargava, bekas Ketua Pengarah Indian Council of Medical Research (ICMR). Syarikat ini telah menjadualkan percubaan klinikal di lima buah hospital di India (termasuk NarayanaHrudayalaya yang terkenal), dalam proses untuk memperoleh tapak yang besar di AS dan lima tapak di Eropah. Ia turut melanjutkan perbincangan bersama A*Star dan National Heart Centre Singapura. Ini hanyalah satu daripada banyak produk yang sedang dirancang yang dijayakan oleh kaedah reka bentuk peptida berpaten. Rancangan jangka pendek termasuk cerakin untuk Kanser Prostat dan Kolorektum, Denggi, Malaria dan banyak lagi.

Latar Belakang Neuome Peptides

Ia mengkhusus dalam menggunakan pendekatan berasaskan peptida bagi mengubah dan mendemokrasikan industri diagnostik dengan peranti yang berpatutan, berupaya menyediakan keputusan berkualiti makmal dalam tempoh yang singkat dan pada kos yang rendah. Sejajar dengan motonya, "Penumpuan Sains" yang mengintegrasikan unsur-unsur sains hayat, nanoteknologi, elektronik serta pembelajaran AI/mesin dalam produk-produknya. Misi syarikat ini adalah untuk membangunkan penyelesaian diagnostik yang tepat, cekap dan berpatutan untuk isu-isu kesihatan global yang lazim.

Ketahui lebih lanjut tentang TruHeart™: https://neuomepeptides.com/truheart/

Source: Neuome Peptides Pte. Ltd.
Keywords: Biometrics Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services