omniture

DJSI Pilih CTCI sebagai Syarikat Pembinaan & Kejuruteraan Global Paling Mampan, Dua Tahun Berturut-turut

CTCI
2022-12-19 11:07 70

TAIPEI, 19 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) yang terkemuka CTCI Corporation (TWSE: 9933) hari ini mengumumkan bahawa buat tahun kedua berturut-turut ia telah menerima skor tertinggi dan merupakan peneraju kumpulan industrinya (249 syarikat pembinaan & kejuruteraan) dalam Penilaian Kemampanan Korporat S&P Global, menurut maklumat skor S&P Global. CTCI dipilih untuk dimasukkan ke dalam Indeks Pasaran Memuncul Dow Jones Sustainability untuk tahun kelapan berturut-turut. Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan kepada usaha yang bersungguh-sungguh dan dalam tempoh jangka panjang oleh CTCI bagi meningkatkan prestasi korporatnya yang berkaitan dengan aspek-aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).  Pada tahun 2022, CTCI memperoleh 86/100 skor terbaik berbanding purata industri 20/100.

CTCI Corporation has been selected by DJSI as No.1 in global corporate sustainability assessment in the construction & engineering industry group. Pictured here is a group of kids who signed up for the Little Engineers Summer Camp, an educative program held annually by CTCI.
CTCI Corporation has been selected by DJSI as No.1 in global corporate sustainability assessment in the construction & engineering industry group. Pictured here is a group of kids who signed up for the Little Engineers Summer Camp, an educative program held annually by CTCI.

Antara tiga dimensi penilaian tersebut, CTCI menerima skor tertinggi dalam Dimensi Tadbir Urus & Ekonomi serta Dimensi Sosial dan dalam masa yang sama menyaksikan penambahbaikan yang besar dalam Dimensi Alam Sekitar. CTCI mendapat skor penuh dalam lapan penunjuk, terutamanya dasar alam sekitar & sistem pengurusan, materialiti, pengaruh dasar serta kerakyatan korporat & kedermawanan.

"Ramai daripada kalangan pelanggan kami dari seluruh dunia datangnya daripada sektor-sektor intensif-emisi, seperti kilang penapisan, loji petrokimia dan loji janakuasa. Di CTCI, kami bertekad untuk memanfaatkan kepakaran kejuruteraan kami untuk membantu pelanggan menurunkan jejak karbon mereka," kata John T. Yu, Pengerusi CTCI Group.

"Melalui teknologi hijau, kontrak hijau dan pelaburan hijau, kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan pembekal kami sepanjang rantai nilai bagi meningkatkan impak yang berterusan. Komitmen mampan kami diperlihatkan pada komposisi hasil kami. Bahagian projek-projek hijau dalam aliran hasil kami telah meningkat sebanyak 412% sepanjang 7 bulan yang lalu, melonjak daripada 23% pada tahun 2015 kepada 66% pada tahun 2022," tambah beliau.

"Sebagai sebuah syarikat EPC yang terkemuka, CTCI mengetahui kepentingan untuk menunjukkan ciri kepimpinan dan menjadi contoh untuk industri ini. Saban tahun, CTCI menganjurkan forum kejuruteraan mampan di Taiwan untuk berkongsi pandangan serta amalan terbaik agar dapat mendorong pertumbuhan bersama."

"Pencapaian kami dalam aspek kemampanan sebahagiannya datangnya daripada usaha kakitangan kami, yang lebih sedar berbanding sebelum ini tentang kepentingan kemampanan pada masa kini. Sebahagiannya juga datangnya daripada strategi-strategi yang kami sediakan, seperti memasukkan sasaran sifar bersih ke dalam KPI kami dan menubuhkan pejabat ESG yang meraih kedudukan tinggi serta Ketua Pegawai Kemampanan."

CTCI menyokong Cita-cita Perniagaan untuk kempen 1.5°C yang dipimpin oleh inisiatif Science Based Targets. Dengan memanfaatkan teknologi jimat tenaga dalam projek-projek yang telah dilaksanakan antara tahun 2019 dan 2021, CTCI membantu pelanggan mengurangkan 11.7 juta tan CO2e. Tambahan pula, CTCI komited untuk mencapai emisi sifar bersih di pejabatnya menjelang tahun 2030 dan emisi sifar bersih di semua tapak pemfabrikatan menjelang tahun 2050.

CTCI memainkan peranan yang aktif dalam kerakyatan korporat. Melalui yayasan pendidikan — CTCI Education Foundation — yang ditubuhkan olehnya, CTCI mengadakan program-program pendidikan secara berkala yang memberi manfaat kepada orang ramai, seperti kem musim panas jurutera cilik, CTCI ESG Award, program pertukaran ESG industri-akademik serta platform kursus kejuruteraan percuma "CTCI Learning". Kesemua ini selari dengan matlamat pembangunan mampan PBB dan membantu melibatkan orang ramai dalam bidang kemampanan. Khususnya, dengan lebih 250 kursus yang dikumpul, CTCI Learning membantu mewariskan kepakaran kejuruteraan CTCI selama empat dekad.

CTCI merupakan satu-satunya syarikat kejuruteraan di Taiwan setakat ini yang telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam indeks DJSI, rangkaian penanda aras yang terbaik dalam kelas untuk pelabur yang ingin memperlihatkan keyakinan kemampanan mereka dalam portfolio pelaburan mereka. Indeks Pasaran Memuncul Dow Jones Sustainability merangkumi peneraju-peneraju kemampanan pasaran memuncul sebagaimana yang dikenal pasti oleh S&P Global melalui Penilaian Kemampanan Korporat.

Latar Belakang CTCI http://www.ctci.com

CTCI (TWSE: 9933, TPEx: 5209, TPEx: 6803) ialah penyedia perkhidmatan kejuruteraan global yang menyediakan rangkaian perkhidmatan, produk dan penyelesaian yang komprehensif. Sejak penubuhannya pada tahun 1979, CTCI berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan kejuruteraan, perolehan, pemfabrikatan, pembinaan, pentauliahan dan pengurusan projek yang paling andal di dunia. Beribu pejabat di Taipei, Taiwan, CTCI menawarkan perkhidmatan kepada kemudahan hidrokarbon, petrokimia, kuasa, alam sekitar, pengangkutan, teknologi canggih dan juga pasaran industri. Syarikat ini merupakan penyedia perkhidmatan EPC Taiwan yang terkemuka, dengan kira-kira 7,000 pekerja di sekitar 40 tapak operasi yang mencakupi lebih daripada 10 negara. Ia merupakan ahli bagi Indeks Pasaran Memuncul Dow Jones Sustainability™.

Untuk siaran akhbar yang lebih lanjut, sila ke: https://www.ctci.com/www/ctci2022/page.aspx?L=EN&C=0902 

Source: CTCI
Related Stocks:
Taiwan:9933
Keywords: Oil/Energy Utilities