omniture

Tinjauan pada Permulaan Baharu: Sambutan Ulang Tahun ke-10 Guangzhou Award Melabuhkan Tirai

The Guangzhou Award Secretariat
2022-12-19 20:49 56

GUANGZHOU, China, 19 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Bengkel untuk Pemimpin-pemimpin Pemikiran 2022 dan Sambutan Ulang Tahun ke-10 Guangzhou Award berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Baiyun Guangzhou mulai 12 hingga 15 Disember. Wakil-wakil dari lebih 120 bandar di lebih 50 negara serta wilayah, rakan gabungan daripada pertubuhan antarabangsa serta pakar dan ilmuwan dalam bidang kajian bandar hadir secara dalam talian untuk mengkaji semula dekad lalu Guangzhou Award serta membincangkan masa depan kemampanan bandar.

Diwujudkan secara bersama oleh bandar Guangzhou, UCLG dan Metropolis, Guangzhou Award ialah anugerah antarabangsa pertama yang dinamakan bersempena sebuah bandar Cina. Siri Acara Ulang Tahun ke-10 Guangzhou Award melibatkan sebuah majlis perasmian, 4 sub-forum dan sebuah majlis penutup. Di majlis perasmian, laporan kajian terkini Guangzhou Award, termasuk Civitas Novus: Urban Innovation Assessment Zero Draft Report dan Learning from the 5th Guangzhou International Award for Urban Innovation dilancarkan. International Database on Urban Innovation dan Pameran Dalam Talian Ulang Tahun ke-10 Guangzhou Award diumumkan secara serentak.

Tema-tema sub-forum ialah Bandar Hijau dan Ketahanan Iklim (Green Cities and Climate Resilience), Warisan Bandar dan Pemeliharaan Budaya (Urban Heritage and Cultural Preservation), Bandar-bandar yang Pelbagai dan Pembangunan Inklusif (Diverse Cities and Inclusive Development) serta Bandar-bandar Inovatif, Teknologi dan Tadbir Urus (Innovative Cities, Technology and Governance). Semasa berlangsungnya setiap sub-forum, wakil-wakil bandar dan pakar-pakar lain meneliti inisiatif yang inovatif daripada Guangzhou Award, bertukar-tukar pengalaman serta pandangan dalam pelajaran yang dipelajari serta merangsang pembelajaran rakan setara antara bandar-bandar seluruh dunia.

Dengan tempoh 10 tahun mengarusperdanakan usaha inovasi bandar, Guangzhou Award menyumbang ilmu setempat kepada tadbir urus global dan pembinaan komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia. Sejak penubuhannya pada tahun 2012, Guangzhou Award telahpun diadakan sebanyak 5 kitaran dengan sejumlah 1,361 inisiatif dari 556 bandar dan kerajaan tempatan di 96 negara dan wilayah. Ia telah mencetuskan penyelesaian yang inovatif untuk pelbagai cabaran bandar dan dilaksanakan untuk bertindak balas kepada kesemua 17 Matlamat Pembangunan Mampan. Pada tahun 2020, inisiatif yang disenarai pendek daripada Guangzhou Award dimasukkan ke dalam Best Practices Database UN-Habitat Urban Agenda Platform. Guangzhou Award sentiasa dimanfaatkan untuk mendedikasikan dokumentasi dan kajian inisiatif inovasi bandar bagi menyediakan barangan awam yang berkualiti tinggi kepada bandar-bandar dan kerajaan-kerajaan tempatan demi mempercepatkan transformasi bandar serta mencapai matlamat Agenda Bandar Baharu dan Agenda untuk Pembangunan Mampan 2030.

Empat edisi Bengkel untuk Pemimpin-pemimpin Pemikiran telahpun diadakan di bawah kerangka Guangzhou Award dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman terkini serta ilmu pengetahuan dan menggalakkan pertukaran antarabangsa dan juga pembinaan kapasiti dalam bidang inovasi bandar. Sejumlah besar pengurus bandar dan pihak berkepentingan di seluruh dunia mengambil bahagian dalam Bengkel untuk Pemimpin-pemimpin Pemikiran dan belajar daripada inovasi bandar.

 

Source: The Guangzhou Award Secretariat
Keywords: Environmental Products & Services Environmental Issues Trade show news