omniture

Pertandingan Inovasi & Pembangunan Mudah Alih Huawei 2022 Labuhkan Tirai, dengan Senarai Pemenang Didedahkan

Huawei AppGallery
2022-12-20 08:45 62

SHENZHEN, China, 20 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pertandingan Inovasi & Pembangunan Mudah Alih Huawei melabuhkan tirai baru-baru ini selepas lebih 2,500 penyerahan aplikasi yang inovatif daripada lebih 5,000 pasukan sejak lebih 100 hari yang lalu. Lebih daripada 530 pasukan pembangun pelajar dan lebih 500 pembangun wanita mengambil bahagian dalam pertandingan ini, memaparkan sepenuhnya inovasi oleh pembangun muda dan juga pembangun wanita.

Bilangan peserta memecah rekod, memaparkan rangkaian inovasi yang luas

Pertandingan ini diadakan di lima wilayah global: China, Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah & Afrika serta Amerika Latin dan menampilkan bilangan pasukan berdaftar dan penyertaan yang mencatat rekod.

Di wilayah pertandingan China, Koudai Story memenangi Anugerah Liputan Senario-Penuh. Aplikasi ini disokong pada pelbagai jenis peranti yang berbeza termasuk jam tangan, peranti telematik serta tablet untuk menjadikan penceritaan boleh diakses bila-bila masa. Pemenang-pemenang bagi Anugerah Inovasi Pelajar melibatkan Rehabilitation Housekeeper dan WEight, yang pertama diintegrasikan dengan Penyahpepjiatan Awan dan Pengujian Awan serta memudahkan latihan rehabilitasi dan yang terakhir menggabungkan Fungsi Awan dan DB Awan serta menawarkan penyelesaian diet sihat.

Wilayah pertandingan lain turut menarik penyerahan premium dengan nilai sosial yang amat tinggi, bertujuan untuk membuka jalan ke arah masa depan digital yang lebih cerah dan lebih inovatif. Sebagai contoh, KonsultaMD di Asia Pasifik merapatkan jurang antara pesakit dan kakitangan perubatan serta menyediakan perkhidmatan rundingan kesihatan peringkat tinggi. GreenIt di Eropah menangani perubahan iklim dengan membantu meletakkan asas demi masa depan bebas karbon. Di wilayah pertandingan Timur Tengah & Afrika, Us And Them membantu kanak-kanak yang mengalami kurang upaya intelek menerima latihan rehabilitasi saintifik di rumah. Di Amerika Latin, Sofie - Red de bienestar memberi sokongan emosi kepada pelbagai pengguna.

Aplikasi yang berjaya
Aplikasi yang berjaya

Insentif menarik dan sokongan untuk pembangun, menginspirasikan inovasi pintar untuk semua senario

Pertandingan tahun ini menampilkan rangkaian ganjaran yang menarik, termasuk insentif khas dan sumber perkhidmatan tanpa pelayan daripada AppGallery Connect.

Huawei akan terus menyokong pembangun global ketika mereka melakar kejayaan baharu dengan menyediakan pelbagai pertandingan serta insentif, serta ekosistem bertumpukan inovasi yang menjadikan penyelesaian pintar lebih mudah diakses berbanding sebelum ini.

 

Source: Huawei AppGallery
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Awards