omniture

Monopoly Dreams(TM) dan Novelte Robotics Berganding Bahu Memanjakan Pengunjung dengan Maklumat & Khidmat Pemandu Pelancong Interaktif - RoboButler

Monopoly Dreams
2022-12-20 09:22 14

HONG KONG, 20 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Agar terus seiring dengan trend inovasi Dunia, Monopoly Dreams Hong KongTM dan Novelte Robotics berganding bahu untuk memanjakan pelawat dengan Maklumat serta perkhidmatan pemandu pelancong yang interaktif "RoboButler" yang digelar GB1. Sebagai duta barisan hadapan Monopoly Dreams, GB1 mampu bekerja tanpa gangguan semasa waktu operasi setiap hari, bagi menyediakan kepada pelawat dengan perkhidmatan yang mesra dan prihatin di pelbagai tempat tarikan di dalam dewan bertema: penyambut tetamu di Pintu Masuk, pemandu pelancong yang membawa pengunjung ke pelbagai fasiliti dan berada pada mod interaktif tunggu sedia bagi menawarkan maklumat kepada pengunjung yang bertanya dan sebagainya.

Mr. Monopoly dan Novelte RoboBulter
Mr. Monopoly dan Novelte RoboBulter

GB1 dikonfigurasi dengan antara muka interaktif skrin sentuh resolusi tinggi 14" (1920 piksel x 1080 piksel). Badan robot setinggi 1-meter berupaya mendaki cerun sehingga 7°. Diadaptasi dengan 6 pembesar suara yang terletak di bahagian tubuh yang berbeza, membolehkan maklumat mesra dan ucapan salam GB1 didengari oleh pengunjung dari sudut dan tempat yang berbeza. Tambahan pula, kapasiti bateri litium 10.4 Ah memberi kuasa kepada RoboButler untuk menyediakan perkhidmatan yang berpanjangan kepada pelanggan sebagaimana diperlukan.

Selain meningkatkan perkhidmatan yang lebih menyeronokkan dan prihatin kepada pengunjung di Monopoly Dreams Hong KongTM, RoboButler akan turut membantu mengurangkan kos buruh dan meningkatkan kecekapan operasi fasiliti. Tambahan pula, semangat bekerja kakitangan akan turut ditingkatkan dengan meringankan beban kerja rutin yang berulang-ulang kepada RoboButler. Di samping itu, GB1 akan turut diprogramkan untuk melakukan rondaan jarak jauh di pelbagai tapak bagi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan keselamatan, menjadikannya butler yang sebenar dari segi perbuatan dan namanya.

Latar Belakang MONOPOLY DREAMS HONG KONGTM

Monopoly Dreams Hong KongTM ialah tempat tarikan bertema MONOPOLY yang pertama di dunia serta tempat tarikan pelancong serba baharu di Hong Kong. Ia terletak di tempat tarikan pelancong yang paling popular – Peak, yang merupakan surat ikatan hak milik yang paling mahal dan "raja hartanah" terulung bagi MONOPOLY Edisi Hong Kong. Elemen-elemen klasik MONOPOLY seperti Stesen Kereta Api, Bekalan Air dan Perbankan Utama akan disediakan bagi memberi pengalaman MONOPOLY yang terbaik kepada pengunjung. Semua orang boleh mencuba nasib dan mengejar impian mereka di MONOPOLY DREAMSTM. Ayuh Kita Miliki Semuanya Bersama-sama.

Untuk butiran dan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Monopoly DreamsTMwww.monopolydreams.com 

 

 

Source: Monopoly Dreams
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment New products/services