omniture

CGTN: China terus galakkan penerimaan 'kerangka biodiversiti pasca-2020'

CGTN
2022-12-20 18:49 52

BEIJING, 20 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Segmen tahap tinggi daripada bahagian kedua mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-pihak Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) melabuhkan tirai di Montreal, Kanada pada hari Sabtu.

Mesyuarat tersebut memainkan peranan yang amat penting dalam menggalakkan proses rundingan COP15, kata Huang Runqiu, presiden COP15 dan menteri ekologi dan alam sekitar China.

"China akan terus memainkan peranannya sambil memegang jawatan presiden COP15 untuk membantu membentuk sinergi daripada semua pihak, merapatkan jurang dan membina konsensus bagi mencapai kerangka yang bercita-cita tinggi, realistik dan seimbang yang telahpun diharapkan oleh komuniti antarabangsa," tambah beliau.

"Kita harus saling bekerjasama untuk menggalakkan kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan Alam Semula Jadi, membina sebuah komuniti dengan semua hidupan di Bumi dan mencipta dunia yang bersih dan indah untuk kita semua," kata Presiden Cina Xi Jinping di upacara perasmian segmen tahap tinggi terlebih dahulu pada hari Khamis.

Menurut Huang, ucapan yang dibuat oleh Xi memberi inspirasi kepada para perunding. Sejumlah 190 wakil memberi sumbangan yang aktif kepada pembangunan kerangka biodiversiti global pasca-2020. Mereka menyatakan hasrat politik yang kuat untuk mencapai penerimaan dan pelaksanaannya.

China telah menggalakkan kemajuan ekologi dan perlindungan biodiversiti. "Kami telah menemui laluan perlindungan biodiversiti dengan ciri-ciri Cina," kata Xi.

Pada 13 Disember, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf "Inisiatif Shan-Shui" China untuk memulihkan 10 juta hektar ekosistem di seluruh negara ini sebagai salah satu daripada 10 projek perintis untuk memelihara alam semula jadi. Inisiatif itu diiktiraf sebagai Keutamaan Pemulihan Dunia. Inisiatif bercita-cita tinggi ini menggabungkan 75 projek berskala besar, bermula daripada gunung hingga muara pantai, merentas negara yang paling padat penduduknya di dunia.

Sejak permulaan tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-13 (2016-2020), China telah melaksanakan 44 projek "Inisiatif Shan-Shui" dan menyempurnakan perlindungan dan pemulihan ekologi seluas lebih daripada 3.5 juta hektar.

Menurut kertas putih tentang Pemuliharaan Biodiversiti, China telah mewujudkan 10 program perintis untuk sistem taman negara sejak tahun 2015, meliputi kawasan seluas 2.2 juta hektar. Pelbagai spesies terancam seperti panda gergasi dan antelop Tibet, dilindungi dengan baik di kawasan tersebut. Selain itu, China menubuhkan hampir 10,000 simpanan alam semula jadi, menyumbang kira-kira 18 peratus daripada kawasan darat keseluruhan.

Setakat ini, hampir 200 taman botani dan 250 tapak menyelamat dan membiak hidupan liar ditubuhkan dengan kira-kira 23,000 spesies tumbuhan dan lebih 60 spesies haiwan terancam dipelihara.

Pada masa akan datang, China akan terus memajukan kemajuan ekologi dan merancang pembangunannya dalam konteks untuk menggalakkan kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan Alam Semula Jadi, kata Xi.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-18/China-to-continue-promoting-post-2020-biodiversity-framework--1fRU1qjSIZa/index.html


 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Conservation/Recycling Trade show news