omniture

China dan ASEAN Pererat Pertukaran dan Kerjasama untuk Perubatan Tradisional

CRIOnline
2022-12-20 19:05 70

BEIJING, 20 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Laporan daripada CRIOnline:

Mulai 11 hingga 13 Disember, Forum China-ASEAN mengenai Perubatan Tradisional ke-7 telahpun diadakan di Bandar Fangchenggang, Guangxi, China.

Forum China-ASEAN mengenai Perubatan Tradisional diadakan setiap dua tahun. Dengan tema "Merebut Peluang RCEP bagi Menggalakkan Pembangunan Perubatan Tradisional Berkualiti Tinggi," Forum ke-7 mengadakan perbincangan yang berfokuskan tiga topik — penyelidikan tentang pembangunan perubatan tradisional di bawah kerangka RCEP, perlindungan terhadap sumber perubatan tradisional dan perdagangan perkhidmatan serta budaya perubatan tradisional, teknik dan pengalaman dalam pencegahan serta kawalan wabak.

Huang Luqi, Timbalan Pentadbir bagi Pentadbiran Negeri Perubatan Tradisional Cina, Presiden Chinese Academy of Traditional Chinese Medicine dan Ahli Akademik Chinese Academy of Engineering, berkata bahawa China dan ASEAN telah melangkah maju bersama-sama untuk jangka masa yang lama, menjadi contoh kerjasama yang saling menguntungkan dan pembangunan bersama di rantau ini serta mencapai hasil yang bermanfaat dalam kerjasama mereka untuk perubatan tradisional. Perubatan tradisional ialah elemen yang penting dalam membina sebuah komuniti China-ASEAN dengan masa depan yang dikongsi bersama, dengan prospek yang luas untuk jalinan kerjasama antara China-ASEAN.

Di forum tersebut, Fangchenggang Traditional Chinese Medicine Hospital and Friendship Hospital Laos; Guangxi Botanical Garden of Medical Plants dan Institut Perubatan Tradisional Kementerian Kesihatan Laos; Hospital Gabungan Pertama antara Guangxi University of Traditional Chinese Medicine dan UTAR T&CM Centre Malaysia; Guangxi International Zhuang Medicine Hospital dan Saimangkorn International Hospital of Laos; serta Guangxi International Zhuang Medicine Hospital dan China-Myanmar Friendship Hospital menandatangani perjanjian kerjasama berhubung isu-isu seperti menjalin kerjasama penyelidikan mendalam bagi perubatan tradisional dan membina secara bersama sistem penjagaan perubatan antarabangsa bagi perubatan Cina. Kesemua ini akan memperluas dan mempererat pertukaran dan juga kerjasama berhubung perubatan tradisional antara China dan negara-negara ASEAN. (oleh Lei Qijun)

Source: CRIOnline
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service