omniture

Hisense: Bagaimana Memanfaatkan Tiga Kelebihan Pertumbuhan Berkualiti Tinggi

Hisense
2022-12-21 08:34 74

QINGDAO, China, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada 18 Disember, Fisher Yu, Naib Presiden Kanan Hisense, menyampaikan ucaptama di Persidangan Rakan Kongsi Global Hisense, mengumumkan bahawa Hisense akan terus mewujudkan rangkaian produk teknologi merangkumi LCD, paparan laser dan LED untuk menyediakan penyelesaian sistem paparan penuh berkisarkan rumah, perniagaan dan kenderaan.

Fisher Yu, Naib Presiden Kanan Hisense
Fisher Yu, Naib Presiden Kanan Hisense

Hisense Bertambah Baik dengan Pendekatan Komprehensif

Hisense, sebagai syarikat yang terkemuka di peringkat global, bukan semata-mata pengeluar produk televisyen tunggal, namun penyelidik dan juga penyedia penyelesaian paparan sistem semua-adegan.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Hisense sentiasa percaya bahawa persaingan untuk televisyen bersifat menyeluruh. Jusuteru itu, selain teknologi paparan, Hisense juga berusaha agar cemerlang dalam pelbagai aspek termasuk kualiti audio, kandungan, antara muka pengguna, reka bentuk perindustrian dan AIOT, meluaskan susun atur produknya dan menerobos sempadan pembangunan teknologinya.

Tiga Enjin Pertumbuhan Berkualiti Tinggi Hisense

Menurut Yu, teknologi paparan Hisense telah dinaik taraf ke tahap serba baharu melalui penyelidikan dan pembangunan selama berdekad-dekad dan terdapat tiga aspek penting dalam pertumbuhannya yang pesat dan berkualiti tinggi.

Penaiktarafan teknologi ULED diperlihatkan paling ketara dalam pertumbuhan mantap Hisense kerana ia membawa kualiti gambar televisyen ke tahap baharu. Hisense berjaya melancarkan platform teknologi paparan generasi baharu ULED X dan produk unggulannya U8H. Produk yang canggih ini mengandungi pemproses 8K AI PQ dan algoritma kawalan cahaya 16-bit pertama dalam industri ini, lalu membolehkan produk ini mencapai tiga kali ganda kontras persekitaran dan dua kali ganda julat dinamik Televisyen OLED.

Laluan Menuju Pembangunan ULED
Laluan Menuju Pembangunan ULED

Penampilan sulung global Televisyen Laser 8K di Persidangan Rakan Kongsi Global, menonjolkan satu lagi pemacu bagi kemajuan Hisense. Data daripada Omdia menunjukkan bahawa Hisense memiliki 51% daripada pasaran dalam jualan Televisyen Laser mulai Januari hingga September pada tahun ini, menduduki Kedudukan No. 1 di dunia. Selain itu, hasil daripada penyelarasan yang erat dengan rakan-rakan kongsi huluan dan hiliran dalam rantaian bekalan, Hisense memajukan industri daripada 2K kepada 4K dan kini 8K, lalu mencipta Televisyen Laser yang paling mesra tonton dan mengagumkan.

Susun atur produk Hisense yang diperluaskan dalam teknologi LED turut menyumbang kepada pembangunannya yang pantas. Seperti yang diumumkan oleh Yu, dalam bidang Mikro LED yang popular, Hisense membangunkan sendiri dua siri produk paparan langsung LED, "Vision One" dan "Vision X", yang sebahagian besarnya menggalakkan perubahan dalam teknologi produk dan pengalaman produk.

Sebagai perintis dalam industri ini, Hisense juga komited terhadap pembangunan mampan dan karbon rendah. Dedikasinya terhadap kehidupan karbon rendah dan hijau diaplikasikan dalam seluruh proses pembangunan, pembuatan dan kitar semula produk. Sebagai contoh, Televisyen Laser 100-inci Hisense menggunakan kira-kira 1/3 hingga 1/2 kuasa Televisyen LCD konvensional dengan saiz yang sama.

Inovasi kendiri sentiasa menjadi konsep utama yang mendasari pembangunan jenama Hisense. Pada masa akan datang, Hisense akan terus menggalakkan pembangunan teknologi paparan, memacu penaiktarafan industri melalui inovasi dan mewujudkan penanda atas baharu untuk televisyen canggih.

 

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Semiconductors Telecommunications Trade show news