omniture

TCL Dedahkan Inovasi Terkini dan Kemas Kini Utama di CES 2023

TCL Electronics
2022-12-21 08:39 25

TCL membawakan portfolio pawagam rumah, perkakas rumah dan mudah alih 2023 ke CES berserta pengumuman jenama yang amat dinanti-nantikan

HONG KONG, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- TCL, salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global serta jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka, membuat kemunculan tahunannya di CES 2023, Las Vegas, Nevada. Menerusi pengumuman jenama yang penting dan tawaran kategori-penuh, jenama televisyen global yang menduduki kedudukan teratas ini menunjukkan bagaimana ia akan menjadikan kehidupan lebih menyeronokkan dan boleh dicapai dengan teknologi TCL yang terkini, melalui sidang media secara bersemuka dan juga pameran.


Para hadirin CES dijemput untuk mengunjungi reruai TCL berukuran 1,600 meter persegi yang luas di Dewan Pusat, Pusat Konvensyen Las Vegas untuk meneroka reka bentuk, prestasi dan fungsi penambahan terkini kepada portfolio pawagam rumah dan mudah alih TCL. Reruai tersebut turut menawarkan peluang untuk merasai pengalaman rangkaian penuh produk rumah pintar TCL secara peribadi. Kawasan pameran khas akan melibatkan penerokaan mendalam terhadap teknologi LED Mini utama TCL yang menetapkan penanda aras untuk industri ini, teknologi QLED, kawasan TCL Gaming khas dan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang kolaborasi sukan globalnya yang terkini.

Kunjungi TCL di Reruai #16915 dan #16937, Dewan Pusat, Pusat Konvensyen Las Vegas, mulai 5-8 Januari 2023. TCL akan turut mengadakan Sidang Media jam 13:00 PST pada 4 Januari 2023. Dapatkan butiran tentang maklumat siaran langsung ini di sini.

Ikuti TCL di saluran media sosial TCL untuk perkembangan terkini semasa CES 2023.

Twitter: @TCL_Global 
Facebook: @TCLElectronicsGlobal  
Instagram: tclelectronics 
YouTube: TCL Electronics

Sidang Media TCL di CES 2023
Tarikh
: 4 Januari 2023
Masa: 13:00 (PST)
Tempat: Oceanside Ballroom D, Pusat Konvensyen Mandalay Bay, Las Vegas
Livestream: go.tcl.com/ces 

Reruai TCL di Pusat Konvensyen Las Vegas
Tarikh:
 5-8 Januari 2023
Tempat: Reruai #16915 & #16937, Dewan Pusat

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news Future Events