omniture

CGTN: Pendekatan Baharu: Mengapa China melonggarkan sekatan COVID-19 ketika ini

CGTN
2022-12-21 10:54 71

BEIJING, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- SARS-CoV-2, virus penyebab COVID-19, bermutasi secara berterusan. Sejak bermulanya pandemik tiga tahun yang lalu, virus tersebut telah melanda dunia dengan wajah-wajah berbeza – Alfa, Beta, Delta, Gama dan kemudian Omicron – yang telah meragut berjuta-juta nyawa.

Wu Zunyou, ketua pakar epidemiologi di Chinese Center for Disease Control and Prevention, berkata pada hari Sabtu di sebuah mesyuarat tahunan bahawa sekiranya langkah-langkah terkini oleh China untuk melonggarkan sekatan diambil pada awal tahun ini, 866,000 hingga 1 juta kematian berkaitan COVID akan berlaku di tanah besar Cina pada tahun 2022.

Menjelang bulan November apabila China mengumumkan dasar baharunya untuk melonggarkan beberapa langkah ketat yang bertujuan untuk memantau dan mengurangkan penularan COVID-19, negara ini melaporkan lebih 5,000 kematian yang disebabkan oleh virus ini.

Jumlah kematian yang rendah, daripada 1.4 bilion penduduk, bukanlah sesuatu yang berlaku dengan mudah. Memandangkan banyak negara mencuba dan meninggalkan langkah-langkah lebih ketat satu demi satu sejak tiga tahun yang lalu, China tidak mengikuti langkah berkenaan.

Sejak tiga tahun yang lalu, tatkala terdapat kemunculan semula COVID-19 pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, kerajaan tempatan berusaha untuk menghentikan penularan virus secepat mungkin, walaupun ia bermakna kelembapan sementara pergerakan sosial dan juga aktiviti ekonomi.

Negara ini telah mengeluarkan dan mengemas kini sembilan versi Protokol Diagnosis dan Rawatan untuk COVID-19, menyediakan panduan untuk mengawal penularan dan rawatan yang tepat pada masanya kepada pesakit COVID-19.

Edisi baharu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, Zhong Nanshan, pakar penyakit pernafasan terkenal China, berkata minggu lalu dalam satu syarahan tentang perjuangan memerangi Omicron yang dianjurkan oleh Sun Yat-sen University, menambah bahawa edisi baharu ini akan bersifat kondusif untuk pembangunan ekonomi berdasarkan kepada pencegahan dan kawalan aktif pandemik.

Kesemua langkah yang berasaskan kepada situasi terkini dan mutasi virus ini diperkenalkan bagi membendung penularan virus ini dengan cara yang lebih berasaskan sains dan bersasar, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China.

Omicron yang kurang membawa maut

Para penyelidik mendapati bahawa kepatogenan dan kevirulenan Omicron telah menurun, dibandingkan dengan strain COVID-19 terdahulu.

Satu kajian yang diketuai oleh para penyelidik daripada University of Hong Kong di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Hainan Medical University di Wilayah Hainan, selatan China, diterbitkan dalam jurnal Nature pada 21 Januari, menunjukkan bahawa replikasi dan kepatogenan varian Omicron SARS-CoV-2 dalam tikus dilemahkan berbanding strain jenis liar serta varian Alfa, Beta dan Delta.

Neeltje van Doremalen, seorang penyelidik di Makmal Virologi National Institute of Allergy and Infectious Diseases di bawah National Institutes of Health Amerika Syarikat, memberi pandangan yang serupa pada bulan November dalam jurnal Science Advances. Data menunjukkan bahawa Omicron mereplikasi ke tahap lebih rendah berbanding Delta dalam kera rhesus, menghasilkan pengurangan penyakit klinikal.

Langkah China seterusnya di tengah-tengah Omicron

Penyelidik-penyelidik Cina optimis terhadap situasi berkenaan, dengan Omicron menjadi virus dominan buat masa ini.

Pakar epidemiogi Wu berkata bahawa perkadaran bagi kes-kes teruk dan kritikal terhadap penyakit tersebut antara semua kes yang telah disahkan di China menurun dari 16.47 peratus pada tahun 2020 kepada 3.32 peratus pada tahun 2021. Setakat 5 Disember 2022, ia mencecah 0.18 peratus.

Zhang Wenhong, ketua Pusat Penyakit Berjangkit dengan Huashan Hospital of Fudan University berpangkalan di Shanghai, berkata di persidangan tersebut bahawa sistem imun manusia beransur-ansur menjadi seimbang dengan Omicron, tidak mungkin strain yang lebih mudah berjangkit akan muncul.

Ia merupakan "kesimpulan yang telah diramalkan" bahawa China akan bebas daripada pandemik ini dan trend ini tidak akan berbalik, kata Zhang, namun warga emas dan kumpulan rentan yang lain masih perlu dilindungi dengan betul, menggesa warga emas untuk divaksin.

Baru-baru ini, kerajaan Cina mengeluarkan satu rancangan yang bertujuan untuk meningkatkan vaksinasi dalam kalangan warga emas bagi melindungi kumpulan rentan ini dengan lebih baik.

Rancangan berkenaan menyeru usaha untuk mempercepatkan peningkatan kadar vaksinasi dalam kalangan individu berumur 80 tahun ke atas dan juga untuk terus meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan individu berumur antara 60 dan 79.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pada 14 Disember bahawa beliau "berharap" agar pandemik COVID-19 tidak lagi dianggap sebagai satu darurat global suatu masa nanti pada tahun hadapan.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-19/-New-Approaches-Alpha-to-Omicron-why-China-is-easing-COVID-controls-1fS73iihxZu/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service