omniture

Persidangan Ekosistem Digital Global Pertama 2022 melabuhkan tirai dengan jayanya

2022 Global Digital Ecosystem Conference
2022-12-21 23:51 137

Bertema "Teknologi baharu, format baharu, model baharu", peserta-peserta meneroka laluan menuju pembangunan digital

HANGZHOU, China, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Persidangan Ekosistem Digital Global pertama 2022, dihoskan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Hangzhou dan Jabatan Perdagangan Wilayah Zhejiang, telahpun diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou pada 13 Disember 2022. Sebagai salah satu sesi penting dalam Ekspo Dagangan Digital Global (GDTE), kira-kira 20 penceramah jemputan dan 300 ahli profesional dari dalam dan luar negara mengambil bahagian di lapangan, dengan para tetamu daripada kedutaan dan konsulat New Zealand, Malaysia, Thailand, Belanda, Mesir dan Belgium serta para peserta dari 30 negara dan wilayah menyertai perbincangan secara dalam talian.

Timbalan pengarah Jabatan Perdagangan Wilayah Zhejiang Hu Zhenfang, timbalan ketua setiausaha Kerajaan Rakyat Perbandaran Hangzhou Xu Qingshan dan naib presiden Informa Asia serta pengarah urusan wilayah China Gong Kangkang menyampaikan ucapan semasa upacara perasmian, menekankan peranan penting yang dimainkan oleh acara tersebut dalam menggalakkan pembangunan perdagangan digital Zhejiang dan bagaimana mereka membayangkan acara tersebut ditransformasikan menjadi platform yang memberi impak di peringkat global untuk pertukaran dan kolaborasi.

Naib presiden Informa Asia, Cik Gong dan pengerusi Hangzhou Expo Group Li Jian menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik untuk bersama-sama membina portal perdagangan digital global yang mana kedua-dua syarikat akan mengintegrasikan sumber perdagangan global, sekali gus membantu wilayah ini membina hab dagangan digital global yang bertumpu di Hangzhou.


Dalam siri sesi kedua, anggota Chinese Academy of Engineering, Tan Jianrong menyampaikan ucaptama, diikuti oleh penceramah jemputan bagi membincangkan pendekatan terbaik untuk memajukan pertumbuhan mampan dalam ekosistem digital dan ekonomi digital. Semasa sesi berkenaan, ketua-ketua projek daripada syarikat-syarikat gergasi transformasi digital dunia meninjau banyak aspek laluan pembangunan, trend dan senario aplikasi untuk teknologi digital.

GDTE ialah satu inisiatif penting yang dinyatakan pada tahun 2020 oleh Majlis Negeri dalam Rancangan Pengembangan Zon Perdagangan Bebas Perintis Zhejiang. Sebuah projek penting yang diwujudkan untuk membina platform perdagangan dan pertukaran digital peringkat-kebangsaan dengan kehadiran antarabangsa yang memaparkan pencapaian dalam membina ekonomi digital, ketika ini, GDTE merupakan satu-satunya perhimpunan profesional global rasmi di China seumpamanya dengan tema dagangan digital yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat CPC dan Majlis Negeri.

GDTE sulung diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou mulai 11-14 Disember 2022. Acara berkenaan dihoskan oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Zhejiang dan Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China serta dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Hangzhou, Jabatan Perdagangan Wilayah Zhejiang dan Biro Pembangunan Perdagangan Kementerian Perdagangan. Sebagai bahagian yang penting dalam GDTE, Persidangan Ekosistem Digital Global pertama ini bertujuan untuk merangsang pertukaran dan kolaborasi antara segmen-segmen huluan dan hiliran dalam sektor dagangan digital, mendorong kepelbagaian ekosistem digital yang mampan dan memastikan China tetap berada di landasan untuk menjadi ekonomi digital yang kuat dan mampan dengan memanfaatkan kumpulan bakat kompetitif Delta Sungai Yangtze serta kelebihan dalam teknologi digital, e-dagang, AI dan juga teknologi kewangan (fintech).

 

 

Source: 2022 Global Digital Ecosystem Conference
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Financial Technology