omniture

Huawei Perkenal Penyelesaian Rangkaian Pengangkutan Rel Optik-Penuh

Huawei
2022-12-21 23:52 56

SHENZHEN, China, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Huawei mendedahkan satu siri penyelesaian rangkaian pengangkutan rel optik-penuh, termasuk penyelesaian rangkaian pembawa rel bandar generasi seterusnya — rangkaian optik awan rel bandar serta penyelesaian rangkaian tulang belakang optik-penuh kereta api.

Melihatkan keperluan dan cabaran rangkaian dalam era awan rel bandar, Huawei menawarkan penyelesaian rangkaian pembawa rel bandar generasi seterusnya — rangkaian optik awan rel bandar. Xiong Xianyin, Ketua Pegawai Teknologi untuk industri rel Huawei Aviation & Rail BU, berkata bahawa penyelesaian rangkaian optik awan rel bandar menyampaikan lebar jalur yang tinggi, kependaman rendah, keselamatan tinggi dan keandalan tinggi yang membantu membina rangkaian yang menyokong pembangunan mampan rel bandar pintar serta menyokong dengan lebih baik pembinaan rel bandar pintar berdasarkan kepada seni bina awan.

Penyelesaian rangkaian optik awan rel bandar Huawei menawarkan ciri-ciri yang berikut:

Paip ultra-jalur lebar: Cahaya kelabu dan cahaya berwarna wujud bersama dalam satu rangkaian yang merupakan satu inovasi yang menyokong pengembangan kapasiti rangkaian fleksibel atas-permintaan dengan meluaskan panjang gelombang. Lebar jalur yang disokong dapat berkembang dengan lancar daripada 100G kepada 200G, malah melangkaui 300G. Satu set peranti dan sepasang gentian boleh memenuhi keperluan evolusi sepanjang dekad yang akan datang.

Kependaman ultra-rendah: Perkhidmatan berasaskan awan menggunakan penghantaran panjang gelombang tunggal 10G ke pusat kawalan dalam satu lompatan, lalu menghapuskan kependaman penghantaran nod perantaraan. Kependaman hujung-ke-hujung adalah kurang daripada 1 ms, memastikan pengalaman perkhidmatan yang premium.

Operasi terjamin: Sistem perkhidmatan diasingkan secara fizikal daripada satu sama lain hujung-ke-hujung dan setiap perkhidmatan dapat menikmati saluran fizikal khusus bagi menjamin keselamatan.

Huawei menyediakan penyelesaian rangkaian tulang belakang optik-penuh kereta api berdasarkan kepada teknologi paip keras natif (NHP), membangunkan rangkaian penghantaran kalis masa depan yang amat andal untuk kereta api pintar. Penyelesaian ini mempunyai ciri-ciri berikut:

Pengasingan fizikal: Ia mewarisi ciri-ciri SDH dan menyokong evolusi mampan kepada teknologi paip keras generasi kelima OTN OSU. Ia menyediakan 100% pengasingan fizikal untuk perkhidmatan penting bagi menjamin keselamatan perkhidmatan yang lengkap.

Evolusi lancar: Ia menyokong platform penumpuan berbilang perkhidmatan dan dapat membawa kedua-dua teknologi komunikasi tanpa wayar GSM-R dan FRMCS, lalu memastikan evolusi rangkaian kawalan kereta api yang lancar.

O&M dipermudah: Platform pengurusan daripada penyelesaian ini mewarisi tabiat O&M SDH. Pasukan O&M boleh menggunakan semula platform ini secara langsung.

Rangkaian optik-penuh Huawei bertujuan untuk membina tapak optik-penuh yang terjamin, andal dan sentiasa berkembang untuk pengangkutan rel, lalu memberi jaminan rangkaian asas untuk pengangkutan rel digital dan pintar.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Railroads and Intermodal Transportation Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Transportation New products/services