omniture

Kilang Jerman CATL memulakan pengeluaran sel

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2022-12-22 08:50 57

ARNSTADT, Jerman, 22 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Thuringia GmbH (CATT), kilang pertama CATL di luar China, telah memulakan pengeluaran bersiri sel bateri ion-litium dalam bulan Disember seperti yang dijadualkan, menandakan satu lagi peristiwa penting dalam perjalanan global CATL.

Kelompok pertama sel bateri ion-litium dikeluarkan daripada barisan pengeluaran yang baru dipasang di bawah keadaan bersiri dalam bangunan G2 CATT. Pemasangan dan penjayaan barisan pengeluaran yang selebihnya giat dijalankan untuk peningkatan pengeluaran.

Sel yang dikeluarkan di peringkat tempatan ini lulus kesemua ujian yang diperlukan untuk produk CATL secara global yang membuktikan bahawa CATL berupaya untuk memulakan pengeluaran sel dan membekalkan sel kepada pelanggan Eropahnya daripada kilang tempatannya.

"Permulaan pengeluaran membuktikan bahawa kami berpegang kepada janji kami kepada pelanggan kami sebagai rakan kongsi yang andal untuk industri ini dan kami tetap komited terhadap peralihan e-mobiliti Eropah walaupun di bawah keadaan yang amat mencabar seperti pandemik," kata Matthias Zentgraf, presiden CATL untuk Eropah. "Kami bekerja keras untuk meningkatkan pengeluaran sehingga kapasiti penuh yang merupakan keutamaan tertinggi kami untuk tahun yang akan datang."

CATT menerima permit untuk pengeluaran sel bateri dari negeri Thuringia pada bulan April ini, yang membolehkan kapasiti awal sebanyak 8 GWj setahun. Kilang tersebut telahpun memulakan pengeluaran modul dalam bangunan G1nya dalam suku ketiga tahun 2021.

Dengan jumlah pelaburan sehingga 1.8 bilion Euro, CATL merancang untuk mencapai kapasiti pengeluaran sebanyak 14GWj dan mencipta sehingga 2,000 peluang pekerjaan baharu secara keseluruhan di dalam Jerman pada masa akan datang.

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities