KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Alcon, Novo Nordisk, Jardine Schindler Group diiktiraf sebagai 3 tempat terbaik untuk bekerja di Malaysia bagi tahun 2022 menurut program pensijilan "Best Places to Work" berprestij tahunan. Best Places to Work ialah program pensijilan antarabangsa, dianggap sebagai 'Standard Platinum' dalam mengenal pasti dan mengiktiraf tempat-tempat bekerja terbaik di seluruh dunia, memberi peluang kepada majikan untuk mempelajari lebih lanjut tentang penglibatan dan kepuasan pekerja mereka serta memberi pengiktirafan kepada mereka yang membawa pengalaman kerja yang cemerlang dengan piawaian tertinggi berhubung keadaan kerja.
Alcon Malaysia, ahli gabungan peneraju global bagi penjagaan mata, dianugerahkan kedudukan teratas yang diikuti oleh Novo Nordisk Malaysia, ahli gabungan syarikat penjagaan kesihatan global dengan pengalaman selama lebih 95 tahun dalam inovasi dan kepimpinan bagi penjagaan diabetes. Jardine Schindler Group, satu Usaha Sama antara Jardine Matheson di Hong Kong dan Schindler Group di Switzerland, yang mana gabungan mereka membawa pengalaman selama lebih 300 tahun dalam pengurusan perniagaan, pengkhususan serantau dan kecemerlangan kejuruteraan menduduki tempat ketiga.
Biarpun dengan cabaran yang dihadapi di seluruh dunia sekitar pusing ganti pekerja dan tahap penglibatan yang semakin menurun, purata tahap penglibatan bagi syarikat-syarikat berprestasi terbaik di Malaysia mencapai 85% dan ini merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan. Pencapaian ini bukan sahaja menunjukkan komitmen berterusan majikan untuk membina dan mengekalkan persekitaran kerja yang terbuka dan telus, tetapi juga usaha mereka untuk memastikan penglibatan perniagaan bertapak kukuh dari segi kepercayaan, etika dan tingkah laku.
Setiap tahun di Malaysia, program ini bekerjasama dengan banyak organisasi, merentas industri-industri yang berbeza untuk membantu mereka mengukur, menanda aras, menambah baik amalan HR (sumber manusia) mereka dan memanfaatkan pandangan berpandukan data bagi menambah nilai, meningkatkan ketangkasan dan meningkatkan keberkesanan organisasi.
Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila kunjungi www.bestplacestoworkfor.org. Sertai komuniti kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook.