omniture

SOARITS PR Mempromosikan Jenama SME Malaysia di Luar Negara

SOARITS PR SDN BHD
2022-12-22 19:57 22

Institusi Malaysia menaja RM219,900 untuk mempromosikan jenama tempatan ke luar negara.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Disember 2022 /PRNewswire/ -- "Kadar pertumbuhan ekonomi negara-negara Asia Tenggara menjangkau China untuk kali pertama dalam tempoh 30 tahun." "Negara-negara Asia Tenggara menikmati dividen demografi dan pertumbuhan ekonomi yang digalakkan oleh pembelanjaan dan pembinaan infrastruktur." Ini adalah pemerhatian terhadap Asia Tenggara yang dibuat oleh media Eropah, seperti Les Echos Perancis dan Handelsblatt Jerman.

Untuk mengambil kesempatan peluang pertumbuhan di rantau ini, SOARITS PR menerima tajaan daripada pihak berkuasa Malaysia untuk menganjurkan satu acara globilisasi untuk menonjolkan jenama dan perusahan tempatan serta peluang pembangunan di pentas antarabangsa. Acara ini juga akan memberikan peluang untuk syarikat global yang merancang untuk melabur di Asia Tenggara untuk mengetahui kelebihan melabur di Malaysia.

SOARITS PR juga menjemput penganjur Lang International Corporate Titan Award (LICTA) sebagai pengadil dan saksi. LICTA ialah salah-satu acara berprestij tinggi di bidang korporat Malaysia. Setiap tahun, LICTA akan memilih dan mengesahkan tidak lebih daripada 40 syarikat "cemerlang, berpengaruh, dipercayai". Acara tahunan yang dianjurkan LICTA juga diliputi oleh media seperti The Star, Sin Chew Daily, China press, dan Nanyang Siang Pau. Sementara itu SOARITS PR telah berjaya mengumpul sebanyak RM219,90100 tajaan bagi 100 syarikat terpilih untuk pengedaran dan promosi siaran akhbar di arena antarabangsa.

Lang International Corporate Titan Award (LICTA) - Soarits PR,Isabella Dai
Lang International Corporate Titan Award (LICTA) - Soarits PR,Isabella Dai

Di Malaysia, terdapat banyak jenama atau syarikat yang lebih berpotensi dan unggul daripada jenama terkemuka antarabangsa. Namun, disebabkan kekurangan strategi promosi dan pembungkusan yang berkesan, jenama-jenama ini kekal tidak popular di laman antarabangsa. Dalam acara ini, SOARITS akan membantu syarikat yang terpilih dalam penulisan siaran akhbar yang efektif serta mengagihkannya kepada 400 media Bahasa Inggeris. Melalui siaran akhbar, jenama akan meperolehi pendedahan segera dan menikmati populariti dan kredibiliti di luar negara pada kos yang berpatutan. Di samping itu, ini juga akan meningkatkan jumlah pelaburan asing di negara ini.

Berikut adalah butiran acara ini:

Tarikh: Disember 16, 2022 - Januari 13, 2023

Event website:https://www.pr.soaritsmedia.com/event/

Syarat-syarat:

  • Serahkan semua dokumen yang berkaitan. Beroperasi atas dasar first-come, first-served.
  • Syarikat metilah berdaftar melebihi 2 tahun.
  • Mencapai lebih RM 1 juta pendapatan.
  • Syarikat mestilah pembayar cukai di Malaysia.
  • Syarikat atau pengarahnya tidak mempunyai tuntutan mahkamah yang belum diselesaikan, kebankrapan, atau litigasi.
  • Syarikat mestilah mempunyai tanggungjawab dari segi sosial dan alam sekitar (perniagaan seperti KTV, bar, wain dan MONEY GAME tidak akan dilayan)

Pengenalan SOARITS PR: SOARITS PR ialah sebuah agensi perhubungan awam profesional. Sehingga sekarang, ia telah membantu ratusan syarikat untuk mengukuhkan jenama mereka serta meningkatkan pendapatan. SOARITS mempunyai lebih daripada 3,000 rakan kongsi media di seluruh dunia untuk membantu syarikat dalam pembinaan jenama. , pengiklanan media luar, pengiklanan media cetak, pendedahan jenama, dan pengurusan krisis perhubungan awam. Untuk maklumat lanjut, sila lawati hhttps://www.pr.soaritsmedia.com/en/

Source: SOARITS PR SDN BHD
Keywords: Outsourcing Businesses Publishing/Information Service Small Business Services