KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian perabot terbesar di Malaysia, MAJUHOME Concept sedang menetapkan taraf baharu dalam pengalaman membeli belah dengan pelancaran bilik pameran ketujuhnya di IOI City Mall Fasa 2, Putrajaya, melalui konsep reka bentuk yang inovatif.
Diinspirasikan oleh konsep "Gaya Moden Organik," bilik pameran baharu itu direka bentuk dengan idea untuk menyediakan pelanggan rumah yang jauh dari rumah. Ia menampilkan pilihan yang teliti untuk memaparkan perabot mewah dan moden, serta koleksi eksklusif seperti Edisi Belgium, barisan sofa mewah dengan jaminan 20 tahun, Koleksi Kayu, Koleksi Marmar, Koleksi Seramik, Pilihan Pereka dan lain-lain. Bilik pameran menawarkan pelbagai produk dengan persediaan konsep yang berbeza pada harga yang berbaloi serta mengekalkan tahap kualiti dan keselesaan yang tinggi.
Pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat professional dengan perkhidmatan perundingan reka bentuk dalaman yang disediakan. Pengarah Urusan MAJUHOME Concept, Ken Low berkata bilik pameran baharu itu bertujuan untuk meningkatkan perjalanan pembelian pelanggan dengan menawarkan kemudahan, keselesaan dan perkhidmatan peribadi kepada mereka di bawah satu bumbung.
"Matlamat kami adalah untuk menjadikan bilik pameran ini satu gaya hidup yang berpaksikan peningkatan tahap pengalaman membeli pelanggan kami. Kami membawa lebih banyak pilihan produk dan pendekatan yang lebih interaktif dengan pasukan reka bentuk dalaman kami yang akan bekerjasama dengan pelanggan untuk memastikan kepuasan mereka dan memenuhi visi mereka tentang rumah idaman. Ini juga akan membantu kami memahami keperluan mereka dengan lebih baik untuk memenuhi permintaan pemilik rumah moden yang semakin meningkat." kongsi Ken.
Terletak di Level LG, di IOI City Mall Fasa 2, bilik pameran MAJUHOME Concept memenuhi ruang seluas 45,000 kaki persegi. Ia dipenuho dengan pelbagai perabot dan barangan eksklusif daripada ruang tamu hingga tempat makan, peralatan tempat tidur, perabot luar, hiasan rumah, perabot kanak-kanak dan banyak lagi. Pusat penyelesaian sehenti ini juga menempatkan lebih daripada 10 jenama tilam terkenal dunia termasuk KING KOIL, Napure, Natura, Slumberland, Lady Americana dan banyak lagi. Tawaran tambahan termasuk kafe dalaman untuk pembeli berehat sebentar..
Dalam meraikan kejayaan ini, MAJUHOME menganjurkan Jualan Pembukaan Besar-Besaran dari 23 hingga 31 Disember 2022. Menawarkan diskaun sehingga 70%, pelanggan boleh mendapatkan tawaran hebat termasuk kerusi berpenyandar Chesterfield pada harga RM499, set sofa kerusi berpenyandar daripada hanya RM3,999 atau meja makan marmar mewah daripada RM1,499. Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM10,000.
Tentang MAJUHOME Concept
MAJUHOME Concept telah ditubuhkan pada tahun 1986. Sejak 36 tahun yang lalu, MAJUHOME telah berkembang daripada kedai perabot rumah tradisional menjadi pusat beli-belah perabot moden sehenti. Jenama ini menawarkan keseimbangan perabot gaya hidup pada harga terbaik, termasuk pelbagai jenis konsep perabot untuk memenuhi kumpulan pelanggan yang pelbagai. Dengan tujuh bilik pameran berjumlah 350,000 kaki persegi ruang lantai, MAJUHOME ialah salah satu pusat membeli-belah perabot terbesar di Lembah Klang.