omniture

Hackathon RHB "Get Your Hack On" Menggalakkan Penyelesaian Perbankan Inovatif Di Seluruh ASEAN

RHB Banking Group
2022-12-23 12:25 62

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Inisiatif hackathon Get Your Hack On (GYHO) oleh RHB Banking Group (RHB) kembali pada tahun ini dengan edisi ASEAN untuk mencungkil penyelesaian inovatif dan baharu yang dapat merevolusikan pengalaman perbankan pelanggan di seluruh rantau Asia Tenggara. RHB, dengan kehadiran yang kukuh di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Kemboja, Vietnam dan Lao PDR, menyeru bakat-bakat teknologi yang hebat dari seluruh rantau ini untuk mempamerkan bakat mereka dalam bidang teknologi, reka bentuk dan pembangunan perniagaan dengan bersaing dalam hackathon pengekodan 48-jam ini.

RHB GYHO Asean 2023 kini dibuka untuk pendaftaran.
RHB GYHO Asean 2023 kini dibuka untuk pendaftaran.

Hackathon maya Get Your Hack On Edisi ASEAN 2023 pada tahun ini akan diadakan mulai 13 hingga 15 Januari, dengan pusingan akhir berlangsung pada 28 Januari 2023. Para penginovasi teknologi dinilai berdasarkan kepada kebolehan mereka membangunkan idea yang unik untuk penyelesaian perbankan yang inovatif, keaslian dan reka bentuk yang baik serta keupayaan teknikal mereka untuk melaksanakan penyelesaian yang dicadangkan.

Ryan Teoh, Ketua Pegawai Strategi dan Inovasi Kumpulan RHB Banking Group berkata, "Pemacu kejayaan yang penting dalam inovasi digital RHB ialah kesediaan kami untuk melabur dalam kakitangan yang tepat dengan set kemahiran digital yang tepat. Sejak hackathon kami yang pertama dalam tahun 2021, kami telah menyaksikan momentum yang semakin meningkat dalam sifat inovasi digital dan teknologi daripada para peserta. Dengan memperluaskan capaian kami di seluruh rantau ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai penginovasi teknologi untuk menunjukkan idea serta penyelesaian yang baharu dan menarik di edisi RHB Get Your Hack On ini."

RHB GYHO ialah platform yang mencipta peluang hebat untuk bakat-bakat teknologi dan menawarkan peluang perniagaan buat mereka yang berkebolehan membangunkan penyelesaian dan prototaip baharu yang menarik yang dapat merevolusikan pengalaman perbankan. Platform ini turut menyediakan peluang kerjaya kepada bakat-bakat yang berjaya menunjukkan keazaman mereka terhadap idea bertumpu pelanggan yang baharu, budaya mengutamakan pelanggan yang kukuh serta tumpuan yang jelas untuk menyelesaikan pergeseran dan masalah utama pelanggan.

RHB GYHO Edisi ASEAN 2023 menawarkan hadiah wang tunai yang menarik sebanyak lebih daripada USD10,000 secara keseluruhan. Juara-juara akan membawa pulang USD5,000, manakala pasukan tempat ke-2 dan ke-3 masing-masing akan menerima USD2,500 dan USD1,000, dengan hadiah saguhati yang lain serta anugerah khas.

Untuk maklumat lanjut tentang RHB GYHO EDISI ASEAN 2023, sila kunjungi https://jomhack.com/rhbgyhoasean/ dan daftar sebelum 9 Januari 2023.

Source: RHB Banking Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications