omniture

Webhelp menggambarkan tahun penting untuk pertumbuhan global dan melihat ke arah pelaburan berterusan dalam kakitangan dan teknologi bagi 2023

Webhelp
2022-12-23 20:13 17

PARIS, 23 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Webhelp, pengusaha BPO pengalaman pelanggan global yang terkemuka, mengumumkan bahawa pada tahun ini ia mencapai kadar pertumbuhan global yang tertinggi sejak penubuhannya, dengan operasinya kini mencakupi lebih daripada 60 negara dan dengan hampir 125,000 orang diambil bekerja di peringkat global. Webhelp turut memenangi lebih daripada 50 anugerah industri pada tahun ini, diiktiraf sebagai peneraju dalam Gartner Magic Quadrant untuk BPO Khidmat Pelanggan dan memperoleh penilaian tertinggi dalam Pengalaman Pelanggan secara global oleh Analyst Everest Group.

Sepanjang tahun, Webhelp berkembang di 24 lokasi baharu dan enam negara baharu – Thailand, Bosnia Herzegovina, Ghana, Israel, Macedonia Utara dan China – dengan 18 pembukaan tapak baharu yang selanjutnya di lokasi-lokasi sedia ada merentas Amerika Syarikat, Amerika Latin, Asia Pasifik dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Webhelp turut mengalami pertumbuhan pelanggan yang amat kukuh dalam tahun 2022, menerima lebih 240 pelanggan logo baharu di seluruh dunia dan mengalu-alukan lebih daripada 25,000 pengubah keadaan untuk syarikat. Sejajar dengan peningkatan permintaan, Webhelp terus meningkatkan bekerja hibrid dan jarak jauh melalui proposisi Webhelp Anywhere bagi menyampaikan kefleksibelan dan kebolehskalaan yang unggul kepada pelanggan dan memenuhi keutamaan kerja pekerja yang semakin berkembang.

"Pertumbuhan ialah sukan berpasukan dan setiap seorang daripada kakitangan kami mempunyai peranan untuk dimainkan dalam tahun yang luar biasa ini untuk Webhelp. Kami berbangga dengan tugas cemerlang yang disampaikan oleh pengubah keadaan kami bagi pihak pelanggan kami dan tidak sabar-sabar untuk meneruskan trend ini dalam tahun 2023, melabur selanjutnya dalam teknologi dan kakitangan, untuk terus menyediakan penyelesaian yang sebaik mungkin kepada klien kami dan pelanggan mereka," kata Olivier Duha, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Webhelp.

Webhelp berjaya menyempurnakan beberapa pemerolehan yang ketara dan pelaburan yang strategik termasuk pemerolehan Grupo Services di LATAM, penyedia Brazil yang terkemuka bagi Pengalaman Pelanggan didayakan secara digital. Di EMEA, Webhelp turut berganding bahu dengan Uitblinqers untuk memantapkan kedudukannya dalam pasaran Belanda dan membuat pelaburan tambahan dengan Gobeyond Partners, dengan pewujudan amalan Nudge – unit strategik yang memanfaatkan ekonomi tingkah laku untuk membantu organisasi-organisasi memacu hasil sebaik mungkin, dengan mempengaruhi tingkah laku pelanggan.

"Beberapa tahun yang lalu telah mengajar kami bahawa hubungan dan kemanusiaan adalah lebih penting berbanding sebelum ini. Saya amat berbangga kerana dapat berada di pucuk pimpinan sebuah syarikat yang berkembang pantas yang menerajui jalan dalam Pengalaman Pelanggan bertumpu insan yang didayakan oleh teknologi," sambung Olivier Duha.

Webhelp juga telah memfokuskan untuk mengukuhkan amalan kelestarian serta tadbir urus sosial alam sekitar (ESG). 12% daripada tenaga kerjanya telah diambil bekerja melalui program penyumberan impak pemenang anugerah yang melibatkan mengupah belia kurang bernasib baik, inisiatif penyepaduan semula untuk membantu banduan wanita bekerja dan ekosistem yang menyokong kebolehkerjaan pendatang dan pelarian. Pada tahun ini, Webhelp turut bekerjasama dengan SGS, syarikat pensijilan terkemuka, mengenai inisiatif jangka panjang untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan barisan hadapan.

Strategi pertumbuhan Webhelp menyokong keinginannya untuk berperanan sebagai rakan lautan biru yang strategik, memanfaatkan kombinasi antara jangkauan global dan kepakaran tempatan hiper bagi menyerlahkan nilai baharu untuk pelanggannya. Penyelesaian dan perkhidmatan Webhelp direka bentuk agar relevan dan bernilai untuk pelanggan natif digital dan perniagaan yang berusaha untuk mentransformasikan CX dan memacu nilai yang strategik serta pembezaan daripadanya.

Dalam tahun 2023, Webhelp akan meneruskan pertumbuhan strategiknya, berkembang selanjutnya di lokasi-lokasi utama yang baharu dan semasa di seluruh dunia, termasuk APAC, EMEA dan benua Amerika, selain pelaburan dalam kakitangan, teknologi dan inovasi.

Latar Belakang Webhelp

Webhelp mereka bentuk, menyampaikan dan mengoptimumkan pengalaman insan yang tidak dapat dilupakan untuk dunia digital hari ini – mencipta perjalanan pelanggan yang mengubah keadaan. Bermula daripada jualan hingga perkhidmatan, penyelarasan kandungan hingga pengurusan kredit, Webhelp merupakan rakan hujung-ke-hujung dalam semua perjalanan pelanggan B2C dan B2B. Seramai lebih 110,000 pekerjanya yang bersemangat merentas lebih 60 negara berkembang maju bagi mencetuskan perbezaan untuk jenama-jenama yang paling menarik di dunia. Ketika ini, Webhelp dimiliki oleh pengurusannya dan Groupe Bruxelles Lambert (Euronext: GBLB), syarikat pegangan pelaburan global yang terkemuka, setakat November 2019. Untuk maklumat lanjut tentang Webhelp, kunjungi Webhelp.com.

Source: Webhelp
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion Survey, Polls & Research