omniture

NAVER Cloud mendorong pengembangan ekosistem SaaS global dengan strategi kerjasama saling menguntungkan

NAVER Cloud
2022-12-27 08:17 80

- Sumbangan yang aktif untuk mengukuhkan keupayaan perniagaan global syarikat-syarikat PKS SaaS melalui Perniagaan Maju Global Syarikat-syarikat Besar, Sederhana dan Kecil

- Syarikat-syarikat PKS SaaS dengan kerjasama NAVER Cloud mencapai jualan luar negara kira-kira sebanyak KRW1.1 bilion, berserta kontrak bernilai KRW2.95 bilion pada tahun ini

SEONGNAM, Korea Selatan, 27 Disember 2022 /PRNewswire/ -- NAVER Cloud (Ketua Pegawai Eksekutif, Park Won-ki, Kim Yu-won) mendorong pengembangan ekosistem SaaS global sekali gus mengupayakan syarikat-syarikat PKS SaaS Korea untuk mengembangkan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat global dengan menyediakan perkara-perkara am yang diperlukan untuk membuka pasaran baharu dengan moto yang saling menguntungkan.

NAVER Cloud telah melaksanakan Perniagaan Maju Global Syarikat-syarikat Besar, Sederhana dan Kecil bagi meningkatkan kemajuan global syarikat-syarikat PKS SaaS domestik melalui jalinan kerjasama dengan Yayasan Kerjasama Pertanian dan Perikanan Besar, Sederhana dan Kecil di bawah Kementerian Teroka PKS sejak tahun 2019.

Khususnya, Hari SaaS di Vietnam merupakan satu sesi kaunseling eksport yang bertujuan untuk memberi peluang perniagaan yang baharu kepada syarikat-syarikat PKS SaaS dengan memantapkan keupayaan luar negara melalui mesyuarat dan perangkaian luar talian bersama pembeli luar negara. Melalui perniagaan ini, NAVER Cloud menyokong sembilan syarikat SaaS yang bekerjasama dengannya sendiri dan Korea Water Resources Corporation bagi membuka saluran jualan baharu dan mengembangkan perniagaan dalam Pasaran Vietnam.

Selain daripada itu, prestasi syarikat-syarikat SaaS yang menjalin perkongsian dengan NAVER Cloud melalui Perniagaan Maju Global Syarikat-syarikat Besar, Sederhana dan Kecil 2022 juga ketara. Jualan luar negara baharu mencecah kira-kira KRW1.1 bilion, berserta kontrak bernilai kira-kira KRW2.95 bilion. Bilangan kaunseling eksport dengan pembeli luar negara turut melangkaui 285 kes, meningkatkan eksport kepada kira-kira KRW1.59 bilion. Bilangan negara yang mengeksport meningkat sebanyak 13 kepada 35 berbanding tahun sebelumnya manakala bilangan akaun luar negara sebahagian besarnya meningkat daripada 88 kepada 125 tahun ini.

Wakil NAVER Cloud berkata, "NAVER Cloud telah mencari keadaan yang saling menguntungkan dan dalam masa yang sama memberi sokongan yang menyeluruh untuk meningkatkan keupayaan pertumbuhan kendiri syarikat-syarikat PKS SaaS dalam pasaran global yang berubah pantas," menambah "Kami akan memperluaskan lapangan dan keupayaan kami untuk berkembang bersama-sama syarikat-syarikat PKS SaaS asing serta syarikat-syarikat domestik dengan menyediakan banyak infrastruktur kami dan pelbagai pendidikan serta khidmat runding profesional."


 

Source: NAVER Cloud
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications