omniture

CGTN: Persidangan Kerja Ekonomi Pusat Tahunan memandu ekonomi menempuh waktu sukar

CGTN
2022-12-27 08:30 80

BEIJING, 27 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Diserang oleh cabaran domestik dan halangan luar yang disruptif, ekonomi Cina telah menghadapi tahun 2022 yang sukar dengan kadar pertumbuhan KDNK tiga peratus dalam tiga suku pertama.

Persidangan Kerja Ekonomi Pusat tahunan telahpun diadakan di Beijing mulai 15 hingga 16 Disember tatkala pemimpin-pemimpin Cina memutuskan mengenai keutamaan untuk kerja-kerja ekonomi pada tahun 2023.

Menyampaikan ucapan penting di persidangan tersebut, Presiden Cina Xi Jinping mengkaji semula kerja-kerja ekonomi negara ini pada tahun 2022, menganalisis keadaan ekonomi semasa dan mengatur kerja-kerja ekonomi tahun hadapan.

Ketika ini, asas bagi pemulihan ekonomi masih belum stabil dan China masih menghadapi tekanan tiga kali ganda terhadap permintaan yang menguncup, kejutan bekalan dan jangkaan yang lemah, menurut mesyuarat tersebut dalam satu kenyataan.

"Walau bagaimanapun, kita harus melihat bahawa ekonomi kita memiliki kebingkasan yang kukuh, potensi yang besar dan kevitalan yang teguh," menurut mesyuarat tersebut, menyeru keyakinan teguh dalam kerja-kerja ekonomi dan menjanjikan usaha yang besar untuk menjamin pertumbuhan yang berkualiti tinggi dan munasabah.

Memastikan kestabilan sebagai keutamaan

Mesyuarat tersebut menuntut untuk menjadikan kestabilan ekonomi sebagai keutamaan tertinggi dan mengejar kemajuan yang mantap dan dalam masa yang sama menjamin kestabilan ekonomi untuk tahun hadapan.

Bagi ekonomi dengan saiz China, penting untuk mengekalkan prestasi ekonomi yang mantap. Usaha akan dibuat untuk menstabilkan pertumbuhan, guna tenaga dan harga agar penunjuk ekonomi utama akan tetap dalam julat yang sesuai, tegas mesyuarat tersebut.

Mesyuarat berkenaan turut menyebut tentang menyelaraskan pencegahan dan kawalan epidemik dengan lebih baik menerusi pembangunan ekonomi dan sosial, menggesa untuk mengoptimumkan tindak balas epidemik mengikut masa dan keadaan, serta memberi tumpuan kepada warga tua dan mereka yang menghidap penyakit yang mendasari.

Menyebut bahawa negara ini telah memperkenalkan campuran dasar untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi awal tahun ini, Zhang Junwei, seorang felow penyelidik Pusat Penyelidikan Pembangunan Majlis Negeri, percaya bahawa negara ini akan menumpukan usaha yang lebih besar bagi menstabilkan pertumbuhan, guna tenaga dan harga.

Mesyuarat berkenaan menekankan selanjutnya keazaman pemimpin-pemimpin Cina untuk menganggap isu memulihkan keseimbangan agregat ekonomi sebagai tugas utama dalam operasi ekonomi semasa.

Peningkatan permintaan domestik

Negara ini akan memfokuskan untuk meningkatkan permintaan domestik pada tahun hadapan dengan mengutamakan pemulihan dan perluasan penggunaan, meningkatkan pendapatan peribadi bandar dan luar bandar melalui pelbagai saluran dan menggalakkan lebih banyak modal persendirian untuk mengambil bahagian dalam pembinaan projek-projek negara yang utama, menurut mesyuarat berkenaan.

Potensi pasaran domestik juga akan dimanfaatkan sepenuhnya agar permintaan domestik dapat memainkan peranan yang lebih kukuh untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menurut mesyuarat tersebut, menjanjikan sokongan permintaan organik dan menaik taraf keperluan terhadap perumahan serta sokongan untuk sektor swasta dan juga platform ekonomi digital.

China telahpun mengeluarkan satu garis panduan untuk meluaskan permintaan domestik dan mendorong sistem permintaan domestik yang kukuh bagi menggalakkan pembangunan jangka panjangnya.

Usaha akan dibuat untuk memudahkan penggunaan dalam segala aspek dan mempercepatkan penaiktarafan kualiti penggunaan, mengoptimumkan struktur pelaburan dan meluaskan skop pelaburan dan dalam masa yang sama menggalakkan pembangunan kawasan bandar dan luar bandar yang diselaraskan bagi menyerlahkan potensi permintaan domestik, menurut garis panduan berkenaan.

Menurut Biro Statistik Kebangsaan (NBS), jualan runcit November China merosot sebanyak 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, yang menunjukkan trend penurunan dalam permintaan domestik.

Cai Tongjuan, seorang penyelidik di Chongyang Institute for Financial Studies di bawah Renmin University of China menegaskan bahawa pembinaan pasaran domestik yang berdaya tahan adalah sangat kritikal. "Tanpa permintaan, pasaran domestik umpama air tanpa sumber."

Dari segi pendapatan peribadi yang semakin meningkat, Cai menegaskan bahawa penting untuk mengelakkan daripada berbicara tentang penggunaan secara berasingan daripada pendapatan. Beliau menambah pendapatan penduduk menurun dengan permintaan penggunaan mereka dalam tempoh yang singkat selepas tiga tahun memerangi epidemik dan hanya dengan meningkatkan pendapatan boleh guna penduduk dengan efektif, maka penggunaan boleh didorong dengan efektif.

Pembangunan berkualiti tinggi

Persidangan penetap rentak selama dua hari itu turut menekankan untuk meneruskan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Selain daripada menyelaraskan pencegahan dan kawalan epidemik yang lebih baik menerusi pembangunan ekonomi dan sosial, mesyuarat berkenaan menyatakan penyelarasan yang lebih kukuh harus dicapai. Ini seharusnya berlaku antara pertumbuhan kualitatif dan kuantitatif, antara reformasi struktur sisi bekalan dan peningkatan permintaan domestik serta antara dasar ekonomi dan juga dasar-dasar lain, menurut mesyuarat berkenaan.

Bagi memupuk paradigma pembangunan yang baharu, dinamik endogen dan keandalan peredaran domestik harus diperkukuh manakala kualiti peredaran antarabangsa harus ditingkatkan.

Mesyuarat berkenaan turut menegaskan keperluan untuk mengurus tugas semasa dengan baik dan dalam masa yang sama mempertimbangkan pembangunan masa depan.

Kunci untuk mengukur pembangunan ekonomi adalah sama ada pertumbuhan ekonomi dapat membawa pembangunan yang lebih mutlak dan berkualiti lebih tinggi, seperti yang dinyatakan oleh Chen Wenling, ketua ekonomi China Center for International Economic Exchanges.

Wang Jun, pengarah Forum Ketua Ekonomi China, berkata pelaksanaan Persidangan Kerja Ekonomi Pusat terus meletakkkan "kualiti" di hadapan "kuantiti" yang bererti merebut kualiti ekonomi merupakan hala tuju utama pada masa akan datang.

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2022-12-16/China-holds-key-economic-meeting-to-plan-for-2023-1fOwyYJjt5u/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis